Paul Gottlieb Nipkow

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Paul Gottlieb Nipkow
Maklumat peribadi
Negara  Jerman
Tarikh lahir 23 Ogos 1860
Tempat lahir Lauenburg
Tarikh mati 24 Ogos 1940
Kerja
Projek utama Cakera Nipkow
Sumbangan utama Televisyen

Paul Julius Gottlieb Nipkow ialah seorang juruteknik dan pencipta berbangsa Jerman.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Nipkow lahir di Lauenburg (Lębork) di Pomerania. Ketika bersekolah di Neustadt (Wejherowo), Prusia Barat, Nipkow menguji kaji telefoni dan pemancaran gambar bergerak. Selepas tamat persekolahan, beliau ke Berlin untuk menelaah bidang sains. Beliau mengkaji ilmu optik fisiologi bersama Hermann von Helmholtz, dan juga ilmu elektrofizik bersama Adolf Slaby.

Cakera Nipkow[sunting | sunting sumber]

Ketika masih menuntut, beliau mencipta cakera Nipkow setelah memikirkan kegunaan sekeping cakera berlingkaran lubang untuk membahagikan gambar kepada corak titik-titik dan garis-garis pada akhir tahun 1883. Diingatkan bahawa Alexander Bain telah memancarkan imej melalui telegrafi pada 1840-an, cuma cakera Nipkow inilah yang meningkatkan proses pengekodan.

Beliau memohon paten yang meliputi teleskop elektrik yang berfungsi pengeluaran semula objek bercahaya secara elektrik, dalam kategory "radas eletrik". Paten diberikan pada 15 Januari 1885, diundurkan tarikhnya ke 6 Januari 1884. Tidak diketahui sama ada Nipkow pernah cuba menzahirkan penggunaan cakera ini sehingga ada yang tertanya-tanya sama ada beliau pernah menghasilkan sekeping pun ciptaan tersebut. Paten tersebut lupus selepas 15 tahun berikutan tiada yang berminat. Selepas itu, Nipkow bekerja sebagai pereka di sebuah institut di Berlin-Buchloh dan terus meninggalkan usaha penyiaran gambar.

Sistem TV terawal[sunting | sunting sumber]

Siaran TV pertama menggunakan kaedah pengimbasan gambar optik-mekanik yang dibantu oleh cakera Nipkow; oleh itu beliau wajar dihargai atas ciptaan ini. Nipkow menceritakan tontonan TV pertamanya dalam siaran radio di Berlin pada tahun 1928: "peti televisyen diletakkan dalam bilik gelap. Beratus-ratus orang sabar menunggu masa untuk menonton televisyen buat kali pertama. Saya juga di kalangan mereka, hati saya semakin berdebar. Sekarang buat julung kalinya saya dapat melihat apa yang telah saya cipta 45 tahun lalu. Akhirnya saya sampai di baris hadapan, kain gelap ditanggalkan ke tepi, barulah saya menyaksikan gambar berkerlipan di hadapan mata saya, bukan senang untuk melihatnya." Sistem yang didemonstrasi tersebut adalah dari syarikat John Logie Baird. Baird ialah pencipta bertama yang berjaya memanfaatkan cakera Nipkow, maka terhasilnya gambar televisyen terawal di makmalnya pada Oktober 1925.

Mulai tahun 1937, apabila perkhidmatan televisyen BBC yang baru dimulakan memilih sistem pengimbasan gambar elektronik sepenuhnya yang berdasarkan usaha Manfred von Ardenne dan ikonoskop ciptaan Vladimir Zworykin dari sistem mekanik Baird, maka citpaan Nipkow tidak diperlukan lagi bagi pembangunan televisyen selanjutnya.

Akhir hayat[sunting | sunting sumber]

Saluran televisyen awam pertama di Jerman yang dilancarkan di Berlin pada tahun 1935, dinamakan Fernsehsender Paul Nipkow sempena Paul Nipkow, iaitu "bapa" kepada teras teknologi televisyen terawal. Beliau menjadi presiden kehormat "majlis televisyen" "Dewan Penyiaran Diraja". Nipkow meninggal dunia di Berlin.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]