Pegawai Kesihatan Persekitaran
Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) lazimnya merupakan seorang penjawat awam atau pegawai kesihatan wilayah atau negeri yang bertanggungjawab memberi teguran, didikan dan menguatkuasakan standard peraturan dan akta yang telah termaktub di dalam perundangan berkaitan kesihatan umum. Walaubagaimanapun, terdapat juga ramai PKP yang bekerja dalam sektor swasta seperti pegawai keselamatan dan pegawai kesihatan korporat. Juga segelintir masih menjalankan karier sebagai PKP dalam sektor kesihatan ketenteraan.
Isi kandungan |
Jawatan [sunting]
Malaysia [sunting]
Sebelum kemerdekaan Malaysia, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dikenali sebagai "Sanitary Inspector" atau "Inspector of Nuisances". Selepas merdeka nama ini ditukar menjadi "Merinyu Kesihatan Umum" sehinggalah pada tahun 1983, sempena peningkatan taraf pemegang Diploma Kesihatan Persekitaran namanya ditukar menjadi Inspektor Kesihatan. Akhirnya pada tahun 2002, namanya ditukar menjadi Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (gred penjawat awam U29/32/36) sehingga sekarang. Pegawai Kesihatan Persekitaran pula biasanya merujuk kepada mana-mana Inspektor Kesihatan yang berada dalam kedudukan gred pegawai kerajaan U41/42 yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran.
Pekerjaan [sunting]
- Pelatih keselamatan makanan
- Perancang pembangunan residensi, industri dan komersial di bandar dan di desa.
- Kawalan pest dan vektor
- Perancang pelan kontigensi dan pengimplementasian.
- Kawalan kacau-ganggu dan bunyi bising
- Kawalan penilaian impak alam sekitar
- Kawalan mutu air minuman
- Kawalan sistem pelupusan sisa pepejal dan pembersihan bandar bersepadu
- Kawalan pencemaran effluen, kumbahan dan habuk.
Kelayakan [sunting]
Pelatih Inspektor kesihatan dan Kesihatan persekitaran adalah lepasan ijazah yang biasanya dikeluarkan oleh kebanyakkan negara.
Lihat juga [sunting]
- Ketua Pegawai Hijau (CGE)
- Kesihatan umum
- Kesihatan persekitaran
- Inspektor kesihatan
- Keselamatan makanan
- Kesihatan dan keselamatan pekerjaan
Rujukan [sunting]
Pautan luar [sunting]
- The Royal Environmental Health Institute of Scotland
- New Zealand Institute of Environmental Health
- Chartered Institute of Environmental Health (England and Wales)
- Irish Environmental Health Officers Association (Republic of Ireland)
- International Federation of Environmental Health
- Environmental Health Australia
- Malta Association of Environmental Health Officers
- Western Australia Environmental Health Officer Professional Review Board
- The Role of the Environmental Health Officer
- http://www.kiksm.org
- http://www.maeh.org.my