Kesihatan persekitaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kesihatan persekitaran (bahasa Inggeris: environmental health) adalah suatu cabang dalam bidang berkaitan kesihatan awam yang mengetengahkan suatu konsep kesedaran dan pengetahuan berkenaan aspek alam semula jadi, persekitaran dan persekitaran terbina yang mempunyai hubung kait dengan kesihatan manusia sejagat. Istilah lain yang turut digunapakai dalam merujuk kepada disiplin kesihatan persekitaran adalah kesihatan persekitaran awam dan penjagaan dan kesihatan persekitaran.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengertikan kesihatan persekitaran sebagai:

Segala aspek tubuh manusia termasuk kesihatan dan penyakit manusia yang mempunyai kaitan dengan faktor dalam alam sekitar. Ia juga merujuk kepada teori dan amalan berterusan menilai dan mengawal faktor dalam persekitaran yang boleh memberi kesan kepada kesihatan.

Kesihatan persekitaran sebagaimana digunakan oleh Pejabat Wilayah WHO di Eropah, termasuk kedua-dua kesan langsung patologi kimia, sinaran dan beberapa agen biologi, dan kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kesihatan dan kesejahteraan. Juga meliputi kesan terhadap persekitaran fizikal, psikologi, sosial dan estetik yang termasuk perumahan, pembangunan kawasan bandar, penggunaan tanah dan pengangkutan.[1]

Bidang kajian[sunting | sunting sumber]

Kesihatan Persekitaran menyeliputi kesemua perkara yang berkaitan dengan manusia-kesihatan yang berkait rapat dengan faktor alam semulajadi, keadaan alam sekeliling dan pembangunan persekitaran. Bidang kajian kesihatan persekitaran secara spesifiknya merangkumi:

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Robert Novick (penyunting) (1999-03-29). "Overview of the environment and health in Europe in the 1990s" (pdf). Pertubuhan Kesihatan Sedunia. http://www.euro.who.int/document/e66792.pdf. Capaian Oktober 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Kesihatan awam