Pekan Nenas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pekan Nenas di daerah Pontian terletak 43 kilometer dari pusat bandar Johor Bharu, Johor.

Terdapat beberapa kemajuan dari segi infrastruktur yang terdapat di Pekan Nenas. Antaranya ialah jalan raya yang baik. Terdapat juga pasar minggu yang menyediakan pelbagai juadah dan kelengkapan seharian yang dijual pada harga yang berpatutan.

Pembangunan Pekan Nenas selari dengan arus globalisasi. Banyak kilang-kilang didirikan di Pekan Nenas bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Antara kilang yang didirikan ialah Shimano, Mastersofa, kilang memproses dan mengetin nenas dan pelbagai lagi. Selain itu, terdapat pelbagai jenis tanaman kontan dan komersial yang ditanam di Pekan Nenas. Antaranya ialah Nenas, Kopi, Koko, Pisang dan Keladi.

Di pekan Nenas juga terdapat pusat pelancongan iaitu air terjun Gunung Pulai yang mana amat terkenal di negeri Johor kerana kejernihan dan pemandangan yang indah.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]