Pelabuhan Yangshan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 30°37′N 122°04′E / 30.617°U 122.067°T / 30.617; 122.067

Jambatan Donghai
Pintu masuk ke kawasan pelabuhan

Pelabuhan Laut Dalam Yangshan' (洋山深水港) adalah pelabuhan baru di Teluk Hangzhou, selatan Shanghai. Dibina untuk mengatasi masalah perairan yang cetek di Pelabuhan Shanghai, ia memiliki kedalaman himpitan sehingga 15 meter dan mampu mengendalikan kapal kontena terbesar. Pelabuhan ini dibina di atas gugusan pulau Yangshan (sebahagian dari kepulauan Zhoushan) yang telah ditebus guna dan dihubungkan dengan tanah besar oleh Jambatan Donghai. Dibuka secara rasmi pada 1 Disember 2005 dan memiliki kepanjangan sehingga 32.5 km, Jambatan Donghai adalah jambatan ketiga terpanjang di dunia.

Himpitan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2000/2001, keputusan telah dibuat untuk memulakan pembinaan fasa pertama daripada 4 fasa. Fasa pertama dan kedua pelabuhan ini sudah siap dan sedang beroperasi, dengan 9 himpitan kapal pada dermaga sepanjang 3 km. Fasa pertama yang mula beroperasi pada 2004, boleh menampung 2.2 juta kontena setahun dan memiliki 10 kren dermaga. Fas kedua yang dibuka pada bulan Disember 2006, berkeluasan 72 hektar dan memiliki 15 kren dermaga.

Fasa ketiga yang akan dibuka secara berperingkat (fasa 3A sudah dibuka pada penghujung 2007) , akan siap sepenuhnya pada 2010 dengan 7 himpitan kapal. Apabila kesemua fasa siap sepenuhnya pada 2012, pelabuhan ini akan memiliki 30 himpitan kapal dan mampu mengendalikan sehingga 15 juta TEU setahun [1].

Kos[sunting | sunting sumber]

Kos terkumpul untuk Pelabuhan Yangshan mungkin mencapai 12 billion dolar dalam masa 20 tahun [2]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]