Pembangunan perisian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pembangunan perisian merupakan terjemahan keperluan pengguna atau matlamat pemasaran kepada keluaran perisian.[1][2] Pembangunan perisian kadang kala difahami sebagai merangkumi proses kejuruteraan perisian (software engineering) digabung dengan penyelidikan dan matlamat pemasaran perisian bagi membangunkan keluaran perisian komputer (computer software).[3] Ini berbeza dengan pemasaran perisian, yang mungkin atau tidak membabitkan pembangunan keluaran baru.

Adalah sukar untuk mengasingkan sama ada kejuruteraan atau pemasaran yang lebih bertanggung jawab bagi kejayaan atau kegagalan keluaran perisian bagi memenuhi jangkaan pelanggan. Oleh itu adalah penting bagi memahami kedua-dua proses dan/atau membantu kerjasama antara kedua jurutera dan pemasaran dalam proses pembangunan perisian keseluruhan. Kepentingan kejuruteraan dan pemasaran seringkali diimbangkan dalam bentuk pengurus projek yang mungkin menggunakan atau tidak menggunakan gelaran tersebut.

Pembabitan pemasaran juga dikenali sebagai analisa keperluan perisian (software requirements analysis).[4] Oleh kerana pembangunan perisian mungkin membabitkan tolak-ansur atau melampaui apa yang diperlukan oleh pelanggan, projek pembangunan perisian mungkin terbabas kepada proses yang biasanya tidak dikaitkan dengan kejuruteraan seperti penyelidikan pasaran, sumber manusia, pengurusan risiko, harta intelek, belanjawan, pengurusan krisis, dll. Proses ini juga mungkin menyebabkan peranan pembangunan perniagaan bertindan dengan pembangunan perisian.

Dalam buku "Great Software Debates", Alan M. Davis menyatakan dalam bab "Requirements", subbab "The Missing Piece of Software Development":

Students of engineering learn engineering and are rarely exposed to finance or marketing. Students of marketing learn marketing and are rarely exposed to finance or engineering. Most of us become specialists in just one area. To complicate matters, few of us meet interdisciplinary people in the workforce, so there are few roles to mimic. Yet, software product planning is critical to the development success and absolutely requires knowledge of multiple disciplines.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Birrell, N.D. (1985). A Practical Handbook for Software Development. Cambridge University Press. ISBN 0-521-25462-0. 
  2. DRM Associates (2002). "New Product Development Glossary". Diperoleh pada 2006-10-29. 
  3. Jim McCarthy. "Dynamics of Software Development" (August 1, 1995), pp:10-30
  4. Won Kim: “On Assuring Software Quality and Curbing Software Development Cost”, in Journal of Object Technology, vol. 5, no. 6, July-August 2006, pp. 35-42 http://www.jot.fm/issues/issue_2006_07/column5
  5. Alan M. Davis. Great Software Debates (8 Oktober 2004), pp:125-128 Wiley-IEEE Computer Society Press

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Luke Hohmann. "Beyond Software Architecture: Creating and Sustaining Winning Solutions" (30 Januari, 2003)
  • Jim McCarthy. "Dynamics of Software Development" (1 Ogos, 1995), pp:10-30
  • Robert K. Wysocki. "Effective Software Project Management" (27 March, 2006), pp:72-75
  • PhD, CISM, John Rittinghouse. "Managing Software Deliverables: A Software Development Management Methodology" (12 November, 2003)
  • Dan Conde. "Software Product Management: Managing Software Development from Idea to Product to Marketing to Sales" (1 September, 2002), pp:24-29
  • Edward Hasted. "Software That Sells : A Practical Guide to Developing and Marketing Your Software Project" (10 Jun, 2005)
  • A. M. Davis, "Just enough requirements management: where software development meets marketing" (30 May, 2005)
  • John W. Horch, "Two Orientations On How To Work With Objects," IEEE Software, vol. 12, no. 2, pp. 117-118, Mar., 1995.
  • Karl E. Wiegers, "More About Software Requirements: Thorny Issues and Practical Advice" (20 Disember, 2005)