Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
30 Januari merupakan hari ke-30 dalam kalendar Gregory. Tinggal 335 hari (atau 336 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 1648 - Perang Lapan Puluh Tahun: Perjanjian Münster dan Osnabrück ditandatangani, maka berakhir sudah konflik antara Belanda dan Sepanyol.
- 1649 - Perang Saudara Inggeris: Raja Charles I dipancung di London kerana derhaka besar.
- 1661 - Oliver Cromwell, Tuan Pelindung Komanwel England dihukum mati secara ritual setelah dua tahun mati.
- 1790 - Bot penyelamat pertama diuji di Sungai Tyne.
- 1820 - Edward Bransfield dari Tentera Laut Diraja British mendarat di tanah besar Antartika.
- 1826 - Jambatan Gantung Menai (gambar) yang menyambungkan pulau Anglesey dan tanah besar Wales dibuka, antara jambatan gantung moden pertama di dunia.
- 1835 - Dalam cubaan membunuh Presiden Amerika Syarikat yang pertama dalam sejarah, Richard Lawrence cuba menembak Andrew Jackson.
- 1841 - Kebakaran besar meranapkan dua pertiga kawasan Mayagüez, Puerto Rico.
- 1841 - Yerba Buena, California diberi nama baru iaitu San Francisco.
- 1925 - Kerajaan Turki mengusir Patriarch Constantine VI dari Istanbul.
- 1930 - Radiosond, sejenis alat pengukuran atmosfera yang dipasang pada belon cuaca, dilancarkan oleh ahli meteorologi Pavel Molchanov di Pavlovsk, USSR.
- 1933 - Adolf Hitler mengangkat sumpah sebagai Canselor Jerman.
- 1943 - Perang Dunia Kedua: Hari kedua Pertempuran Pulau Rennell. Kapal USS Chicago (CA-29) tenggelam manakala sebuah kapal pembinasa A.S. rosak teruk akibat serangan torpedo Jepun.
- 1943 - Holokus di Letychiv, Ukraine: Pasukan Gestapo Nazi menjalankan penembakan besar-besaran terhadap orang Yahudi dari Geto Letychiv. 200 orang Yahudi yang masih hidup dari kem hamba Letychiv diarah menanggalkan pakaian lalu ditembak mesingan ke dalam gaung. Kira-kira 7,000 orang Yahudi terkorban di Letychiv.
- 1944 - Perang Dunia Kedua: Tentera Amerika Syarikat mendarat di Majuro (kini wilayah Kepulauan Marshall).
- 1945 - Kapal Wilhelm Gustloff yang disarati orang pelarian, tenggelam di Laut Baltik akibat terkena torpedo oleh kapal selam Soviet, menjadikannya malapetaka laut yang terburuk dalam sejarah yang menyaksikan kira-kira 9,000 orang terkorban.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Serbuan Cabanatuan: 126 orang Renjer Amerika dan pejuang Filipina membebaskan 500 orang tahanan dari kem Cabanatuan.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Hitler memberi ucapan terakhirnya melalui radio pada ulang tahun ke-12 beliau berkuasa.
- 1948 - Nathuram Godse menembak mati pemimpin politik dan rohani gerakan kemrdekaan India Mahatma Gandhi (gambar) dengan sepucuk pistol Beretta di Delhi.
- 1956 - Rumah tokoh hak asasi awam Amerika Martin Luther King, Jr. terkena bom sebagai pembalasan atas peristiwa Pemulauan Bas Montgomery.
- 1960 - Parti Kebangsaan Afrika diasaskan di Chad, hasil penggabungan parti-parti berhaluan traditionalis.
- 1968 - Perang Vietnam: Angkatan Tentera Rakyat Vietnam dan Viet Cong melancarkan Serangan Tet pada Hari Tahun Baru Vietnam.
- 1972 - Pakistan menarik diri dari Negara-negara Komanwel.
- 1972 - Pada Ahad Berdarah, anggota Rejimen Payung Terjun British menembak 26 pembantah hak awam di Derry, Ireland Utara, membunuh sekurang-kurangnya 13 orang.
- 1976 - George H. W. Bush menjadi pengarah CIA yang ke-11.
- 1982 - Richard Skrenta mengarang kod virus PC pertama sepanjang 400 baris dan menyamar sebagai program but Apple bernama "Elk Cloner".
- 1989 - Amerika Syarikat menutup kedutaannya di Kabul, Afghanistan.
- 1994 - Buffalo Bills menjadi pasukan pertama dalam Liga Bola Sepak Nasional yang bermain (dan kalah) dalam empat Super Bowl berturut-turut.
- 1994 - Péter Lékó dari Hungary menjadi jaguh catur termuda.
- 1996 - Gino Gallagher yang disyaki menjadi ketua Tentera Pembebasan Kebangsaan Ireland, dibunuh ketika menunggu faedah penganggurannya.
- 1996 - Ahli astronomi amatur Jepun Yuji Hyakutake menemui Komet Hyakutake, antara komet paling hampir dengan Bumi dalam 200 tahun terakhir.
- 2003 - Belgium menerima perkahwinan sama jantina sebagai sah.
- 2011 - Keputusan awal pungutan suara kemerdekaan Selatan Sudan menunjukkan hampir 99% pengundi mahukan Sudan Selatan berpisah dari Sudan.