Pemberontakan Hotel Peninsula Manila 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pemberontakan Hotel Peninsula Manila 2007 berlaku pada hari Khamis, 29 November 2007 dengan merampas Hotel Manila Peninsula dengan tujuan mencetuskan pemberontakan rakyat. Hotel Manila Peninsula terletak di bandar Ayala Avenue, Makati, Manila, Filipina dan ia merupakan sebuah hotel mewah. Rampasan itu dilakukan oleh beberapa orang paderi , sekumpulan tentera pemberontak dan diketuai oleh seorang bekas Timbalan Presiden, Teofisto Guingona. Kumpulan tentera Magdalo dari angkatan tentera Filipina seramai 25 orang terlibat. Tentera pemberontak itu membawa senjata api M-16 dan M-14 dengan memakai bendera dan pin tentera Magdalo. Setakat ini tiada kematian dilaporkan.

Antara paderi yang terlibat ialah Antonio Tobias, Emeritus Julio Labayen, Jimmy Regalario Robert Reyes, Francisco Nemenzo, Julius Layyen,Antonio Tobias dan Robert Reyes . Pasukan tentera telah mengawal ketat Istana Malacanang semasa rampasan kuasa berlaku. Lebuh raya Luzon Selatan turut dikawal ketat.

Cara dan taktik yang dilakukan amat dramatik tetapi melucukan kerana tidak dirancang dengan rapi. Senator Antonio Trillanes IV menyeru semua lelaki rakyat Filipina yang berani bangkit menentang kerajaan tirani.

Senator Antonio Trillanes melakukan rampasan kuasa selama tujuh jam apabila bertindak meninggalkan bilik mahkamah di mana dia dibicarakan kerana cuba menggulingkan Arroyo dalam konfrontasi 20 jam pada 2003. Rampasan itu turut disertai oleh Brigadier Jeneral Danilo Lim, bekas ketua pasukan elit peninjau tentera Scout Rangers yang pernah terlibat dalam beberapa komplot rampasan kuasa 1989.

Rampasan kuasa ditamatkan oleh pasukan tentera komando elit (SWAT) yang menyerbu masuk ke hotel lima bintang menggunakan kereta perisai dengan melepaskan gas pemedih mata dan tembakan amaran ke udara. Setiausaha Pertahanan, Gilberto Teodoro dan media mengecam tindakan keras kerajaan Arroyo kerana menggunakan tindakan yang tidak sepatutnya terhadap paderi-paderi yang memberontak. Tiga batalion tentera seramai 1500 orang telah mengepung dan menggempur hotel tersebut.

Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo juga mengenakan perintah berkurung dari tengah malam hingga 5 pagi, menyebabkan kira-kira 400 orang awam yang tidak tahu tentang perintah itu ditangkap. Askar yang memberontak akan ditangkap, diburu dan didakwa di mahkamah.

Presiden Gloria Macapagal Arroyo memanggil mesyuarat tergempar di kabinet dan mengambil helikopter untuk kembali ke Istana Malacanang dengan kawalan keselamatan ketat. Polis Nasional Filipina segera menaikkan status 'amaran merah' terhadap keselamatan Metro Manila. Gerry Barias selaku Ketua Polis Filipina mengarahkan semua yang berada di Metro Manila berhati-hati keluar.

Pemimpin rampasan kuasa telah ditahan oleh Polis National Filipina dan dibawa ke ibu pejabat polis di Kem Bagong Diwa, Taguig. Wartawan yang membuat liputan turut ditahan dan disoal siasat.

Rampasan kuasa ini lebih kepada menguji kesiapsiagakan pasukan keselamatan negara Filipina. Kolumnis akhbar Philippine Star, Ana Marie Pamintuan menyifatkannya sebagai 'kucing yang melompat tiba-tiba ke tengah jalan raya'. Rakyat tidak peduli dengan seruan rampasan kuasa kerana telah bosan dengan pemerintahan yang tidak stabil dan hanya akan menjejaskan ekonomi negara.