Manila

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandaraya Manila
City of Manila

Lungsod ng Maynila
Manila
Bandar
(Dari atas, kiri ke kanan): Manila skyline, Manila Central Pejabat Pos, Balai Bandaraya Manila, Rizal Monument, Binondo, Istana Malacañang, Manila Bay, Gereja Tondo.

Lambang
Nama panggilan: Pearl of the Orient[1][2]
Queen of the Orient
The City of Our Affections
City by the Bay
Distinguished and Ever Loyal City
Motto: Linisin at Ikarangal ang Maynila
Peta Metro Manila menunjukkan lokasi Kota Manila
Manila yang terletak di Filipina
[[Fail:Templat:Peta lokasi Philippines|10x10px|Bandaraya Manila
City of Manila|link=|alt=]]
Bandaraya Manila
City of Manila

Lokasi Manila di Filipina

Koordinat: 14°35′N 120°58′E / 14.583°U 120.967°T / 14.583; 120.967Koordinat: 14°35′N 120°58′E / 14.583°U 120.967°T / 14.583; 120.967
Negara  Filipina
Wilayah Wilayah Ibu kota Negara
Daerah ke-1 s/d 6 di Manila
Zon bandar 100
Barangays 897
Kerajaan Manila 1500-an
Bandaraya Sepanyol Manila 24 Jun 1571
Kerajaan
 • Jenis Mayor–council
 • Datuk Bandar Alfredo S. Lim (Liberal)
 • Timbalan Datuk Bandar Francisco M. Domagoso (Nacionalista)
 • Perwakilan
 • City Council
Keluasan
 • Bandar 38.55 km2 (14.88 sq mi)
 • Bandar 1,474.82 km2 (569.43 sq mi)
 • Metro 638.55 km2 (246.55 sq mi)
Ketinggian 16.0 m (52.5 ft)
Populasi (2010)[3]
 • Bandar 1,652,171
 • Kepadatan 42,858/km2 (111,000/sq mi)
 • Bandar 21,951,000
 • Kepadatan bandar 15,400/km2 (40,000/sq mi)
 • Metro 11,855,975
 • Kepadatan metro 18,567/km2 (48,090/sq mi)
Demonim Manileño (m) / Manileña (f), Manilan
Zon waktu PST (UTC+8)
Kod ZIP 0900 hingga 1096
Kod kawasan 2
Laman web manila.gov.ph

Manila (bahasa Tagalog: Maynila) merupakan ibu negara Filipina yang terletak di timur Teluk Manila di pulau Luzon. bandaraya ini terletak di bahagian timur Teluk Manila di pulau terbesar dan paling utara Filipina, Luzon. Walaupun terdapat beberapa buat tempat kemiskinan, bandar ini merupakan salah satu bandaraya kosmopolitan dunia dan daerah metropolitannya merupakan pusat ekonomi, budaya, pendidikan dan industri negara ini. Manila sering disebut Mutiara Orient.

Manila merupakan sebuah daerah metropolitan dengan penduduknya melebihi 10 juta orang. Metropolis ini disebut Metro Manila, tetapi selalunya hanya disebut sebagai Manila oleh orang asing dan selain penduduk sana, terdiri daripada 17 bandar dan kawasan perbandaran. Rencana ini membincangkan bandarnya; lihat Metro Manila untuk rencana mengenai daerah metropolisnya.

Bandaraya ini merupakan bandar kedua terpadat di Filipina setelah banddar Quezon, bekas ibu negara Filipina.

Manila dan daerah sekitarnya dijadikan sebagai satu kesatuan sebagai Metro Manila untuk memudahkan pentadbiran daerah pertumbuhan yang agak cepat ini. Kini ini, bandar dan metropolisnya berjaya sebagai pusat budaya dan ekonomi. Tetapi bandar ini juga mempunyai masalah lebihan penduduk, kesesakan dan pencemaran.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Manila merupakan salah sebuah bandaraya yang tertua di Asia. Manila pada zaman pra-Sepanyol adalah sebuah kesultanan Melayu Islam. Islam di Manila Kota Seludong dikatakan berasal dari Brunei semasa zaman keagungan dan perkembangan empayar kesultanan Brunei. Nama MANILA sendiri datangnya dari kalimah Arab iaitu Fiamanillah yang bermaksud "Dalam Lindungan Allah". Walau bagaimanapun Islam tidak dapat berkembang pesat di Manila kerana ancaman Sepanyol yang ketika itu sedang melakukan usaha penyebaran agama Kristian. Serangan kali pertama Sepanyol ke atas Kota Manila adalah pada tahun 1570 dan kali kedua pada tahun 1571. Sepanyol yang diketuai oleh Miguel Lopez de Legaspi telah dapat menjatuhkan kerajaan Islam Manila yang dipimpin oleh Raja Sulaiman. Raja Sulaiman adalah orang pertama mati syahid di Filipina dalam menegakkan kekuasaan Islam.

Kemasukan Sepanyol ke Manila telah menyebabkan semua tanda-tanda Islam di kota tersebut dimusnahkan kecuali satu sahaja iaitu Kubu Intramuros. Penakhlukan Sepanyol ini adalah lanjutan daripada kejatuhan Islam di Kota Granada, Sepanyol pada tahun 1492 dengan misi untuk menghancurkan Islam di Timur. Pertembungan mereka dengan orang Islam Filipina memberi kesempatan kepada mereka untuk menjalankan misi kristianisasi ke atas masyarakat Filipina hingga hampir keseluruhan orang Filipina berjaya dikristiankan dan dengan itu berakhirlah kekuasaan Islam di Pulau Luzon. Semasa berada di bawah penjajahan Sepanyol,Manila telah banyak mengalami perubahan. Manila telah dijadikan ibu negeri Filipina dan dibangaunkan menjadi bandar Zaman Pertengahan seperti di Eropah. Walau bagaimanapun pihak Sepanyol menjalankan perdangan yang terhad dengan dunia luar kecuali dengan Tanah Jajahan Mexico. Perdagangan Geliung (kapal besar) telah diwujudkan antara pelabuhan Manila dengan pelabuhan Acapulco di Mexico. Pada November tahun 1762, British telah menduduki Manila daripada tangan Sepanyol akibat permusuhannya dengan Sepanyol yang menyokong Perancis semasa Perang Tujuh Tahun antara Perancis dengan British. Pada Februari 1763 Manila dikembalikan semula kepada Sepanyol.

Pelabuhan Manila dibuka kepada perdagangan dunia pada tahun 1834 dan telah mengembangkan lagi ekonomi Filipina. Pada tahun 1898. Manila telah ditakluki oleh Amerika Syarikat daripada tangan Sepanyol semasa berlakunya Revolusi Filipina menentang Sepanyol. Di bawah pemerintahan Amerika Syarikat, Manila telah mengalami banyah pembaharuan dari segi ekonomi, sosial dan politik. Pada tahun 1935, Manila telah diisytiharkan sebagai komanwel Filipina selama 10 tahun sehingga tahun 1945. Komanwel ini diwujudkan untuk memimpin Filipina ke arah berkerajaan sendiri di bawah pemerintahan Amerika Syarikat. Sepanjang tempoh 10 tahun ini, Filipina telah menjadi sebahagian daripada wilayah Amerika Syarikat dan perlu memberi taat setia kepada kerajaan Amerika.Walau bagaimanapun, komanwel ini terhalang apabila Jepun menyerang Filipina pada tahun 1941. Pada 2 Januari 1942, bandar Manila telah jatuh ke tangan Jepun dan rakyat Filipina telah hidup dengan menderita di bawah pentadbiran Jepun. Pada 27 Februari 1945, Manila telah berjaya dibebaskan oleh Amerika Syarikat daripada tangan Jepun sehinggalah Filipina diberikan kemerdekaan rasmi oleh Amerika Syarikat pada 4 Julai 1946.

Iklim[sunting | sunting sumber]

Dalam sistem Pengelasan iklim Köppen, Manila mempunyai iklim tropika yang lembap dan kering yang bersempadan dengan iklim monsun tropika. Seperti wilayah lainnya di Filipina, Manila sepenuhnya terletak di daerah tropika. Keadaannya dengan garisan khatulistiwa menggambarkan jarak suhu yang kecil, kecil kemungkinan berada di bawah 20 °C dan lebih tinggi dari 38 °C. Akan tetapi, tingkat kelembapan biasanya lebih tinggi yang menyebabkan iklim yang lebih panas.

Data iklim untuk Manila, Filipina
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tertinggi °C (°F) 35
(95)
35
(95)
36
(97)
37
(99)
38
(100)
38
(100)
38
(100)
36
(97)
35
(95)
35
(95)
35
(95)
34
(93)
38
(100)
Purata tinggi °C (°F) 30
(86)
30
(86)
31
(88)
33
(91)
34
(93)
34
(93)
33
(91)
31
(88)
31
(88)
31
(88)
31
(88)
31
(88)
31
(88)
Purata rendah °C (°F) 21
(70)
21
(70)
21
(70)
22
(72)
23
(73)
24
(75)
24
(75)
24
(75)
24
(75)
24
(75)
23
(73)
22
(72)
23
(73)
Rekod terendah °C (°F) 14
(57)
14
(57)
16
(61)
16
(61)
17
(63)
20
(68)
22
(72)
21
(70)
21
(70)
21
(70)
19
(66)
17
(63)
14
(57)
Kerpasan mm (inci) 23
(0.91)
23
(0.91)
13
(0.51)
18
(0.71)
33
(1.3)
130
(5.12)
254
(10)
432
(17.01)
422
(16.61)
356
(14.02)
193
(7.6)
145
(5.71)
2,042
(80.39)
Sumber: BBC[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "America has come a long way since December 7, 1941". Sarasota Herald-Tribune. Diperolehi pada 2010-06-18. 
  2. "'PEARL OF ORIENT' STRIPPED OF FOOD; Manila, Before Pearl Harbor, Had Been Prosperous--Its Harbor One of Best Focus for Two Attacks Osmena Succeeded Quezon". New York Times. 1945-02-05. Diperolehi pada 18-06-10. "Manila, modernized and elevated to the status of a metropolis by American engineering skill, was before Pearl Harbor a city of 623,000 population, contained in an area of fourteen square miles." 
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan 2010_census tidak disediakan
  4. "BBC: Average Temperatures for Manila, Philippines". BBC. Diperolehi pada 11-05-10. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Quezon City
Ibu negara Filipina
1976–kini
Diikuti oleh:
Incumbent
Didahului oleh
Malolos City
Ibu negara Filipina
1901–1948
Diikuti oleh:
Quezon City