Pembunuhan Beramai-ramai Nanking

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pembunuhan Beramai-ramai Nanking (Cina Tradisional: 南京大屠殺, Cina Ringkas: :南京大屠杀, pinyin: Nánjīng Dàtúshā), juga dfikenali sebagai the Rape of Nanking, ialah satu perisitwa jenayah perang berbentuk genosid yang dilakukan oleh tentera Jepun di Nanjing yang ketika itu ibu negara Republik China, setelah kecundang di tangan Tentera Diraja Jepun pada 13 Disember 1937. Tempoh pembunuhan beramai-ramai ini tidak begitu jelas, namun keganasan berkekalan selama enam minggu, sehingga awal Februari 1938.

Ketika pendudukan Nanjing, tentera Jepun melakukan banyak kezaliman, seperti merogol, menjarah, membakar dengan sengaja dan menghukum mati tahanan perang dan orang awam. Walaupun hukuman mati dimulakan atas dalih menghapuskan askar-askar Cina yang menyamar sebagai orang awam, sebilangan besar yang tidak bersalah dikenal pasti sebagai penjuang musuh secara sengaja lalu dihukum mati—atau dibunuh serta-merta—apabila pembunuhan beramai-ramai makin menjadi-jadi. Sebilangan besar wanita dan kaank-kanak juga dibunuh apabila perbuatan merogol dan membunuh kian meluas.

Menurut Tribunal Tentera Antarabangsa Kehakiman untuk Timur Jauh, "Anggaran-anggara yang dibuat pada satu tarikh yang kemudian menunjukkan bahawa jumlah bilangan orang awam dan tahanan perang yang dibunuh di Nanking dan kawasan sekitaranya ketika enam minggu pertama pendudukan Jepun melebihi 200,000 orang. Bahawa anggaran-anggaran ini tidak ditokok tambah adalah disebabkan kenyataan bahawa persatuan-persatuan pengebumian dan pertubuhan-pertubuhan lain mengira lebih 155,000 mayat yang dikebumikan mereka. Mereka juga melaporkan bahawa kebanyakan mayat itu terikat dengan tangannya diikat di belakang. Perangkaan ini tidak mengambil kira sesiapa yang mayatnya musnah kerana dijilat api, atau dicampak ke dalam Sungai Yangtze, atau selainnya dibuang oleh pihak Jepun." [1](Perenggan 2, ms 1015, Judgment International Military Tribunal for the Far East) Takat kezaliman itu masih diperdebat antara pihak China dan Jepun, dengan bilangannya[1] daripada beratus-ratus yang diakui sesetengah pihak Jepun,[2] hingga 300,000 yang mati bukan di perang yang diakui pihak China[3]. Sebilangan penyelidik Jepun mengira 100,000 – 200,000 sebagai anggaran.[4] Negara-negara lain pula percaya bilangan korban adalah antara 150,000 – 300,000.[5] Bilangan ini mula-mula diiktiraf pada Januari 1938 oleh Harold Timperly, seorang wartawan di China ketika pencerobohan Jepun, berdasarkan laporan dari saksi-saksi masa itu. Sumber-sumber lain, termasuk buku The Rape of Nanking oleh Iris Chang, juga menghebohkan 300,000 sebagai bilangan korban. Tambahan pula, pada 12 Disember 2007, dokumen-dokumen kerajaan AS yang baru diubah status mendedakan bilangan korban yang jauh lebih tinggi dalam lingkungan 500,000, di kawasan sekitar Nanking sebelum diduduki. [6]

Selain bilangan mangsa, beberapa pengkritik dari Jepun juga meragui kewujudan kezaliman itu pun. Sungguhpun kerajaan Jepun telah mengakui terjadinya insiden itu[perlu rujukan], sesetengah nasionalis Jepun mendakwa, menggunakan sebahagian dakwaan Tentera Diraja Imperial Jepun di Tribunal Tentera Antarabangsa untuk Timur Jauh, bahawa bilangan korban itu hanya melibatkan tentera dan tiada berlakunya kezaliman terhadap orang awam pun. Dakwaam ini turut dikritik oleh ramai tokoh, dengan memetik kenyataan pihak bukan China di Tribunal, saksi-saksi lain dan melalui bukti fotografi dan arkeologi bahawa pembunuhan orang awam pernah berlaku.

Pengecaman pembunuhan beramai-ramai ini ialah satu titik tengah nasionalisme China. Bagaimanapun, di Jepun, pendapat orang ramai mengenai kekeruhan pembunuhan beramai-ramai ini masih banyak berbelah bagi - ini terbukti oleh kenyataan bahawa sementara sesetengah komentar Jepun memanggilnya sebagai 'Pembunuhan beramai-ramai Nanking' (南京大虐殺 Nankin daigyakusatsu?), yang lain pula memakai istilah 'Insiden Nanking' (南京事件 Nankin jiken?) yang lebih samar-samar. namun, istilah ini boleh memaksudkan satu Insiden Nanjing berasingan yang berlaku ketika rampasan bandar ini oleh pihak Nasionalis pada tahun 1927 sebagai sebahagian Ekspedisi Utara, yang mana warga asing di bandar ini diserang. Pembunuhan beramai-ramai tahun 1937 ini serta takat liputannya dalam buku teks sekolah masih menjadi titik perdebatan dan kontroversi dalam hubungan China-Jepun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. A more complete account of what numbers are claimed by who, can be found in self described "moderate" HATA Ikuhiko's article The Nanking Atrocities: Fact and Fable found here https://archive.is/20120604094104/www.wellesley.edu/Polisci/wj/China/Nanjing/nanjing2.html
  2. TANAKA Masaaki claims that very few citizens were killed, and that the massacre is in fact a fabrication in his book "Nankin gyakusatsu” no kyokÙ (The "Nanking Massacre" as Fabrication) http://www.ne.jp/asahi/unko/tamezou/nankin/whatreally/index.html
  3. "Why the past still separates China and Japan Robert Marquand (August 20, 2001) Christian Science Monitor. States an estimate of 300,000 dead
  4. KASAHARA Tokushi states "more than 100,000 and close to 200,000, or maybe more", referring to his own book Nankin jiken Iwanami shinsho (FUJIWARA Akira (editor) Nankin jiken o dou miruka 1998 Aoki shoten, ISBN 4-250-98016-2, p.18). This estimation includes the surrounding area outside of the city of Nanking, which is objected by a Chinese researcher (the same book, p.146). HORA Tomio concludes "more than 200,000" in his book (Nankin jiken o dou miruka p.123, YOSHIDA Hiroshi Tennou no guntai to Nankin jiken 1998 Aoki shoten, ISBN 4-250-98019-7, p.160). HORA Tomio writes 50,000 – 100,000 (TANAKA Masaaki What Really Happened in Nanking 2000 Sekai Shuppan, Inc. http://www.sdh-fact.com/ ISBN 4-916079-07-8, p.5).
  5. Based on the Nanking war crimes trial verdict (incl. 190,000 mass slaughter deaths and 150,000 individual killings) March 10, 1947
  6. http://news.xinhuanet.com/english/2007-12/12/content_7236237.htm U.S. archives reveal war massacre of 500,000 Chinese by Japanese army