Pemodulatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam telekomunikasi, pemodulatan merupakan proses mengubah bentuk gelombang berkala, iaitu nada, untuk menggunakan isyarat tersebut bagi membawa perutusan, sama seperti cara seorang ahli muzik memodulat/meninggirendahkan nada alat muzik dengan mengubah kelantangan, pengaturan masa dan pic. Biasanya bentuk gelombang sinusoid frekuensi tinggi digunakan sebagai isyarat pembawa. Tiga parameter utama gelombang sinus ialah amplitud ("kelantangan"), fasa ("masa") dan frekuensi ("pic"), semuanya boleh diubah suai menurut isyarat maklumat frekuensi rendah untuk mendapat isyarat termodulat.

Peranti yang melaksanakan modulatan dipanggil pemodulat manakala peranti yang melakukan sebaliknya dipanggil penyahmodulat (kadang-kadang pengesan). Peranti yang boleh melakukan keduanya dipanggil modem.

Isyarat modulatan[sunting | sunting sumber]

Isyarat modulatan bermaksud isyarat pembawa yang terpengaruh oleh isyarat maklumat yang hendak dihantar. Isyarat maklumat ini adalah isyarat jalur dasar yang mana frekuensinya hampir ke sifar (iaitu berfrekuensi rendah) seperti isyarat suara jika ia melibatkan penghantaran suara melalui radio.

Isyarat maklumat ini juga dikenali sebagai isyarat memodulat.Isyarat pembawa adalah isyarat berfrekuensi tinggi.Isyarat berfrekuensi tinggi boleh dipancarkan dengan mudah kerana banyak litar dan bahan boleh digunakan untuk melakukan pemancaran tersebut.

Oleh itu, satu proses dilakukan agar isyarat pembawa boleh membawa isyarat maklumat didalamnya agar ia boleh dipancarkan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Proses yang digunakan adalah proses pemodulatan di mana amplitud atau frekuensi atau sudut fasa isyarat pembawa diubahkan agar mengikuti bentuk (amplitud dan frekuensi) isyarat maklumat.

Proses pemodulatan ini dipanggil pemodulatan amplitud, pemodulatan frekuensi dan pemodulatan fasa.Semua ini adalah proses pemodulatan analog.

Modulasi[sunting | sunting sumber]

Adalah proses pertukaran isyarat analog kepada isyarat digital dan sebaliknya. Contohnya: modem.

Proses pertukaran isyarat analog kepada isyarat digital dipanggil Demodulate. Dan isyarat digital kepada isyarat digital dipanggil modulate.