Pemprosesan imej digital

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pemprosesan imej digital ialah penggunaan algoritma komputer untuk menjalankan pemprosesan imej pada imej digital. Kelebihan pemprosesan imej digital ke atas pemprosesan imej analog samalah dengan kelebihan pemprosesan isyarat digital ke atas pemprosesan isyarat analog — ia membolehkan penggunaan algoritma yang jauh lebih banyak kepada data masukan, dan boleh mengelakkan masalah seperti peningkatan hingar dan herotan isyarat semasa pemprosesan.

Pemprosesan imej digital boleh dilakukan menggunakan kaedah domain ruang (manipulasi terus piksel) atau kaedah domain frekuensi (pengubahsuaian penjelmaan Fourier). Jenis pemprosesan imej digital yang paling umum ialah suntingan imej digital.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan teknik pemprosesan imej digital, ataupun biasanya dipanggil pemprosesan gambar digital, dimajukan pada 1960-an di Jet Propulsion Laboratory, MIT, Bell Labs, University of Maryland, serta beberapa tempat lain, untuk penggunaan dalam bidang perimejan satelit, penukaran piawai foto kawat, pengimejan perubatan, videofon, pengecaman aksara dan peningkatan foto [1]. Namun kos pemprosesan agak mahal dengan kelengkapan komputeran pada zaman itu. Pada 1970-an, pemprosesan imej digital berkembang pesat, apabila komputer murah dan perkakasan khas mula mudah didapati. Untuk sesetengah masalah seperti penukaran piawai televisyen, imej kini boleh diproses dalam masa nyata. Apabila komputer tujuan am makin bertambah laju, ia mula mengambil alih hampir semua peranan perkakasan khas kecuali dalam bidang yang amat khusus dan intensif-pengiraan.

Dengan komputer dan pemproses isyarat laju yang boleh diperolehi pada 2000-an, pemprosesan imej digital telah menjadi bentuk pemprosesan imej yang paling biasa, dan umumnya digunakan bukan sahaja kerana ia merupakan kaedah serba guna, malah merupakan cara termurah.

Pemprosesan digital imej kamera[sunting | sunting sumber]

Gambar yang dipenuhi hingar
Gambar yang diproses 1
Gambar yang diproses 2

Kamera digital biasanya memiliki cip pemprosesan imej digital khusus untuk mengubah data mentah dari penderia imej kepada imej warna-dibetulkan dalam satu format fail imej piawai. Imej dari kamera digital ini biasanya akan diproses lanjut (menggunakan komputer) untuk meningkatkan kualitinya, satu kelebihan jelas kamera digital ke atas kamera filem. Pemprosesan imej digital ini lazimnya dilakukan oleh program perisian khas yang boleh memanipulasi imej tersebut dengan banyak cara.

Banyak kamera digital kini membolehkan pengguna melihat histogram imej, sebagai bantuan untuk lebih memahami julat keamatan setiap gambar.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Pemprosesan imej digital membolehkan penggunaan algoritma yang lebih rumit untuk pemprosesan imej, dan justeru itu menawarkan kedua-dua prestasi canggih untuk tugas mudah dan pelaksanaan kaedah yang mustahil dengan cara analog.

Pemprosesan imej digital merupakan satu-satunya teknologi yang praktis untuk:

Antara teknik yang digunakan dalam pemprosesan imej digital termasuklah:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Fundamentals of Image Processing oleh Ian T. Young, Jan J. Gerbrands, Lucas J. Van Vliet, Paperback, ISBN 90-75691-01-7 (1995)
  2. Image Analysis and Mathematical Morphology oleh Jean Serra, ISBN 0-12-637240-3 (1982)
  3. Image Analysis and Mathematical Morphology, Volume 2: Theoretical Advances oleh Jean Serra, ISBN 0-12-637241-1 (1988)
  4. Front-End Vision and Multi-Scale Image Analysis oleh Bart M. ter Haar Romeny, Paperback, ISBN 1-4020-1507-0 (2003)
  5. Geometry-Driven Diffusion in Computer Vision oleh Bart M. ter Haar Romeny (Ed.), ISBN 0-7923-3087-0 (1994)
  6. Digital Image Processing oleh Rafael C. Gonzalez, Richard E. Woods, ISBN 0-201-18075-8 (2002)
  7. Digital Image Processing oleh William K. Pratt, Paperback, ISBN 0-471-01888-0 (1978)
  8. Digital image processing di Wikipedia
  1. Azriel Rosenfeld, Picture Processing by Computer, New York: Academic Press, 1969

Pautan luar[sunting | sunting sumber]