Penahanan rakyat Amerika oleh Iran 2009-2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penahanan rakyat Amerika Syarikat oleh Iran 2009-2011 merujuk kepada kejadian pada 31 Julai 2009 kepada pengembara berjalan kaki A.S. Sarah Shourd (32), Shane Bauer (28) dan Joshua Fattal (28). Mereka ditahan oleh pengawal sempadan Iran kerana dituduh mengintip di Kurdistan Iraq. Iran mendakwa tiga orang ini menyeberangi ke wilayahnya,[1] tetapi ketiga-tiga rakyat Amerika ini mendakwa mereka diculik di wilayah Iraq.[2]

Sarah Shourd dibebaskan setelah membayar 5 bilion rial (~ AS$ 465,000) sebagai ikat jamin kepada Iran pada 14 September 2010,[3] atas alasan kemanusiaan kerana kesihatan yang menurun. Sarah Shourd tidak akan boleh kembali ke Iran untuk perbicaraan.[4] Pada 21 September 2011, Shane Bauer dan Joshua Fattal juga dibebaskan selepas membayar ikat jamin $ 500,000 setiap seorang.[3]

Pada bulan Jun 2010, rencana dalam The Nation menyatakan penduduk nampak mereka berjalan kaki di sebelah sempadan Iraq. Sahabat mereka, Shon Meckfessel, tidak ditahan kerana tinggal di belakang di Hotel Miwan di Sulaymaniyah kerana kesejukan. Dia mahu menyertai mereka pada hari berikutnya.[5]

Perbicaraan bermula pada 6 Februari 2011, dan pada 20 Ogos, Bauer dan Fattal disabitkan "kemasukan secara haram" dan "pengintipan" dan dihukum lapan tahun penjara.[6] Shane Bauer dan Josh Fattal dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana masuk secara haram ke Republik Islam Iran, dan lima tahun penjara atas tuduhan pengintipan untuk agensi perisikan Amerika. Biasanya mengintip akan membawa hukuman mati di Iran.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Ketiga-tiga mereka rakyat Amerika yang anti-perang, keadilan sosial dan aktivis Pergerakan Perpaduan Palestin .Mereka aktif di Timur Tengah , dan bercuti di Kurdistan Iraq , Maklumat internet menunjukkan kawasan menarik ialah air terjun Ahmed Awa - destinasi popular pelancong Kurd dan di Sulaymaniyah. Mereka ditahan oleh pengawal sempadan Iran.

Shane Bauer[sunting | sunting sumber]

Shane Bauer membesar di Onamia, Minnesota dan San Leandro, California. Beliau seorang fotojournalist bebas dan wartawan yang bekerja dengan Pacifica News Service , Mother Jones , The Nation dan lain-lain media berhaluan kiri. Beliau boleh bercakap Bahasa Arab.

Sarah Shourd[sunting | sunting sumber]

Sarah Emily Shourd, membesar di Los Angeles, California , bekerja dalam bidang pendidikan dan keadilan sosial di Damsyik , Syria. Dia mengajar pelarian perang di Iraq ,subjek Bahasa Inggeris. Shourd dihalau oleh Iran pada 14 September 2010 dengan ikat jamin $ 500,000.Ibunya mendakwa terdapat gumpalan darah di payu dara dan precancerous sel-sel pangkal rahim.Pada Mei 2011, Shourd mengumumkan bahawa dia tidak akan kembali ke Iran untuk dibicarakan

Joshua Fattal[sunting | sunting sumber]

Joshua "Josh" Fattal membesar di Elkins Park, Pennsylvania merupakan pencinta alam sekitar dan pendidik. Beliau mengikuti Program Antarabangsa Kepujian (IHP) dari Januari hingga Mei 2009.Sebelum itu, Fattal bekerja di Aprovecho di Oregon, Amerika Syarikat.

Iraq Kurdistan[sunting | sunting sumber]

Kurdistan Iraq merupakan wilayah autonomi Iraq , sebuah entiti persekutuan yang diiktiraf oleh Iraq . Ia mempunyai sistem demokrasi berparlimen yang dikenali sebagai Dewan Negara Kurdistan - ke atas wilayah- wilayah Erbil , Dahuk, dan Sulaymaniyah serta pKirkuk , Diyala dan Ninawa.

Tahanan[sunting | sunting sumber]

Keadaan sebenar penahanan mereka tidak diketahui. Mereka di Penjara Evin, Tehran .Ketiga-tiga tahanan tidak dibenarkan berkomunikasi dengan keluarga mereka sehingga Mei 2010. Pegawai konsulat Swiss telah dapat melawat mereka pada 29 September dan 29 Oktober 2009 dan mengesahkan mereka tidak dizalimi.Amerika Syarikat tidak mempunyai hubungan rasmi diplomatik dengan Iran.

Ibu ketiga-tiga mereka melawat mereka pada bulan Januari 2010 selepas kerajaan meluluskan visa .Mereka bertemu pada Mei 2010 semasa masih dalam tahanan.

Proses kehakiman Iran[sunting | sunting sumber]

Presiden Iran ,Ahmadinejad menyatakan mereka tidak bersalah kerana pengintipan, tetapi masuk secara haram ke Iran. Pada 15 Februari, Mohammad Javad Larijani , setiausaha Majlis Tinggi Iran untuk Hak Asasi Manusia menyatakan penahanan mereka tidak disengajakan.Mohammad Larijani merupakan saudara Ayatollah Sadeq Larijani , Ketua Hakim Iran , dan Ardashir Ali Larijani , Pengerusi Parlimen Iran .

Pada 20 Ogos 2011, mereka dijatuhi hukuman 3 tahun kerana kemasukan secara haram dan 5 tahun untuk pengintipan, sejumlah 8 tahun.

Dibebaskan[sunting | sunting sumber]

Pada pertengahan September 2010, selepas setahun di dalam penjara, Sarah Shourd dibebaskan dengan ikat jamin AS $ 500,000. .Dia diterbangkan dengan kapal terbang peribadi ke ibu negara [Oman]], Muscat. Oman mempunyai hubungan rapat dengan Iran dan Amerika Syarikat.Oman berkongsi kawalan dengan Iran di Selat Hormuz di muara Teluk Parsi, yang menjadi laluan 40 % lalu lintas kapal tangki minyak dunia.

Ini dikuti pembebasan Shane Bauer dan Joshua Fattal selepas membayar ikat jamin $ 500,000 setiap seorang pada 21 September 2011.

Sarah Shourd dan Joshua Fattal akan berkahwin selepas pembebasan mereka.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jack Healy (2009-12-16). "Iran Says 3 American Hikers Will Be Tried Over Crossing". The New York Times.
  2. ^ Babak Sarfaraz (2010-06-23). "US Hikers Were Seized in Iraq". Dicapai pada 2010-07-19.
  3. ^ a b "Iran frees jailed US hiker 'spies' Bauer and Fattal". BBC. 21 September 2011.
  4. ^ Ian Black (2010-09-14). "Iran frees US hiker Sarah Shourd after detaining her on spy charges". The Guardian. London. Dicapai pada 2010-09-14.
  5. ^ Shon Meckfessel. "Statement on Missing US Hikers", The Nation, 17 Ogos 2009.
  6. ^ "Iran jails US 'hikers' for 8 years: report", AP Online. 21 Ogos 2011; Iran's state television website
  7. ^ Lawyer says Iran about to free 2 jailed Americans