Pencairan bersiri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pencairan bersiri adalah pencairan mengikut langkah demi langkah untuk sesuatu bahan dalam larutan. Kebiasaannya, kadar pencairan pada setiap langkah adalah konsisten, menghasilkan kepekatan janjang geometri (geometric progression) dalam bentuk logaritma. Sepuluh kali ganda pencairan bersiri contohnya, 1 M, 0.1 M, 0.01 M, 0.001 M.... Pencairan bersiri lazimnya digunakan untuk menghasilkan pencairan larutan yang tepat serta digunakan untuk eksperimen. Setiap langkah untuk sepuluh kali ganda pencairan dipanggil sebagai pencairan logaritma ataupun pencairan-log, 3.16 kali ganda (100.5 kali ganda) pencairan dipanggil sebagai pencairan separa logaritma ataupun pencairan separa-log serta 1.78 kali ganda (100.25 kali ganda) pencairan dipanggil pencairan suku logaritma ataupun pencairan suku-log. Pencairan bersiri digunakan secera meluas dalam bidang science eksperemantasi merangkumi biokimia, farmakologi, mikrobiologi dan fizik

Biologi dan perubatan[sunting | sunting sumber]

Dalam bidang biologi dan perubatan, selain daripada kegunaan konvensional yang telah dinyatakan di atas, pencairan bersiri juga boleh digunakan untuk mengurangkan kepekatan organisma mikroskopik atau sel-sel di dalam sampel. Bilangan dan size koloni bakteria yang tumbuh pada plat agar adalah bergantung kepada kepada kepekatan dan oleh kerana banyak lagi teknik diagnotis lain yang melibatkan pengiraan bilangan mikroorganisma secara fizikal atau sel-sel yang dicetak khas menggunakan grid atau untuk kepekatan mutlak dalam jumlah yang banyak, pencairan adalah sangat berguna untuk mendapat keputusan yang tersusun[1] Pencairan bersiri juga adalah lebih murah dan mudah untuk disediakan daripada sel tunggal yang dikultivasikan daripada penyepit optik dan mikromanipulator.[2]

Homeopati[sunting | sunting sumber]

Pecairan bersiri adalah salah satu daripada teras asas amalan homeopati dengan "succussion", ataupun pergoncangan yang berlaku diantara setiap pencairan. Dalam homeopati, pencairan bersiri (dipanggil sebagai potentisasi) disempurnakan sehingga tiada molekul asal yang tinggal.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ K. R. Aneja. Experiments in Microbiology, Plant Pathology and Biotechnology. New Age Publishers, 2005, p. 69. ISBN 81-224-1494-X
  2. ^ Booth, C.; dll. (2006). Extremophiles. Methods in microbiology 35. Academic Press. m/s. 543. ISBN 978-0-12-521536-7. Cite has empty unknown parameter: |chapterurl= (bantuan)
  3. ^ Weissmann, Gerald (2006). "Homeopathy: Holmes, Hogwarts, and the Prince of Wales". The FASEB Journal. 20 (11): 1755–1758. doi:10.1096/fj.06-0901ufm. PMID 16940145. Dicapai pada 2008-02-01.
  4. ^ Ernst, Edzard (November 2005). "Is homeopathy a clinically valuable approach?". Trends in Pharmacological Sciences. 26 (11): 547–548. doi:10.1016/j.tips.2005.09.003. PMID 16165225.