Penerbangan 191 American Airlines

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penerbangan 191 American Airlines

N110AA, pesawat yang terbabit dalam kemalangan.
Ringkasan kemalangan
Tarikh 25 Mei 1979
Ringkasan Hilang kawalan selepas enjin terlepas kerana penyelenggaraan yang tidak betul
Tempat Des Plaines, Illinois, Amerika Syarikat
Penumpang 258
Anak kapal 13
Kecederaan 5 (di tanah)
Kematian 273 (termasuk 2 di atas tanah)
Terselamat 0
Jenis pesawat McDonnell Douglas DC-10
Pengendali American Airlines
Pendaftaran N110AA
Asal penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare
Destinasi Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles

Penerbangan 191 American Airlines adalah penerbangan komersil terjadual American Airlines pada 25 Mei 1979, menggunakan pesawat McDonnell Douglas DC 10-10. Penerbangan ini bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles untuk penerbangan dari Chicago ke Los Angeles.

Kemalangan ini membunuh 258 penumpang dan 13 krew di pesawat (jumlah 271 orang; serta juga 2 orang di bumi, jumlah kematian sebanyak 273). Kemalangan ini disebabkan oleh enjin pesawat yang tertanggal dari sayap pesawat saat naik terbang. Pesawat ini terhempas di bidang kosong. Nahas ini menjadi nahas paling teruk dalam sejarah Amerika Syarikat.