Pengawasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Sur-Veillance" adalah perkataan Perancis untuk "melihat dari atas". Perhatikan "mata-di-puncak" yang serba lihat dalam logo IAO ini
Kamera pengawasan

Pengawasan (Bahasa Inggeris: surveillance) ialah pemerhatian tingkah laku atau kelakuan, manakala sistem pengawasan ialah proses memerhatikan tingkah laku orang ramai, objek atau proses dalam sistem keakuran pada norma-norma yang dijangka atau dimahukan dalam sistem dipercayai untuk tujuan sekuriti atau kawalan sosial. Lihat juga analisis penyimpangan.

Dalam bahasa Melayu, perkataan "pengawas" berpunca daripada perkataan "awas" yang bermaksud pemerhatian teliti semasa melihat. Dalam konteks yang sama, perkataan bahasa Perancis "Sur-Veillance" juga bermaksud "melihat dari atas"[1]. Dalam bahasa Inggeris pula, istilah "surveillance" digunakan untuk kesemua jenis pemerhatian, bukan sahaja pemerhatian mata atau visual. Namun, mata serba lihat di langit masih menjadi ikon pengawasan.

Perkataan pengawasan sering digunakan untuk menakrifkan pemerhatian dari satu jarak dengan penggunaan alatan elektronik atau lain-lain cara melalui teknologi, sebagai contoh:

Akan tetapi pengawasan turut melibatkan kaedah-kaedah mudah yang menggunakan teknologi rendah atau kaedah tiada penggunaan teknologi seperti pemerhatian terus, pemerhatian melalui binokular, tampanan pos, atau kaedah-kaedah lain yang serupa.

Istilah ini juga masih boleh digunakan untuk pemerhatian penyakit oleh ahli epidemiologi. Lihat pengawasan klinikal.

Pengawasan, Tentangan Pengawasan, Pengawasan Songsang, "Sousveillance"[sunting | sunting sumber]

Kamera dom pengawasan "Mata serba lihat di langit" yang diletakkan atas tiang keluli di Kanada.

Pemantauan merupakan seni memantau aktiviti seseorang atau kumpulan dari kedudukan pihak yang berkuasa. Pemantauan mungkin secara senyap (covert) (tanpa pengetahuan mangsa) atau jelas (overt) (mungkin dengan peringatan yang kerap seperti "kami sedang memantau anda"). Pemantauan merupakan sebahagian dalaman sejarah manusia. Seni Peperangan karya Sun Tzu, yang tertulis 2,500 tahun dulu membincangkan bagaimana pengitip-pengitip hendak digunakan bagi menentang pihak lawan seseorang. Tetapi teknologi pengomputeran dan elektronik moden telah memberi bidang pengawasan satu padang operasi baru yang luas. Pengawasan boleh dilakukan secara automatik oleh komputer, dan lazimnya orang ramai meninggalkan kesan ekstensif yang memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti mereka.

Tentangan Pengawasan adalah amalan mengelak pengawasan atau menjadikan diri sendiri susah dikesan untuk diawasi. Sebelum rangkaian komputer diperkenalkan, tentangan pengawasan melibatkan mengelakkan agen dan komunikasi secara rahsia. Kini dengan perkembangan semasa: iaitu Internet, kebolehan memperoleh sistem sekuriti, dan himpunan maklumat dalam komputer, tentangan pengawasan kini berkembang dalam skop dan kekompleksan. Kini tentangan pengawasan melibatkan kesemua dari mengetahui bagaimana menghapuskan satu fail komputer ke mengelakkan daripada menjadi sasaran agensi pengiklanan secara langsung.

Pengawasan Songsang adalah amalan menyonsangkan pengawasan, sebagai contoh, rakyat biasa mengambil gambar polis, para pembeli-belah mengambil gambar penjual, dan penumpang teksi mengambil gambar pemandunya yang sendiri biasanya punyai kamera pengawasan dalam teksi-teksi yang mereka bawa. Satu contoh terbaik merupakan rakaman pemukulan Rodney King oleh George Haliday. Pengawasan songsang adalah cubaan menggulingkan kerahsiaan pengawasan itu sendiri melalui rakaman pengawasan itu dan seterusnya mengedarkannya kepada umum.

"Sousveillance" (suatu istilah yang dicipta Steve Mann, seorang profesor di Universiti Toronto [2]) adalah pengawasan songsang yang termasuk rakaman aktiviti pengawasan oleh seorang yang terlibat dalam aktiviti berkenaan. Bengkel-bengkel sousveillance baru-baru ini seperti Arkiban dan Rakaman Terus Menerus Pengalaman Peribadi oleh Microsoft adalah bukti industri "sousveillance" yang semakin berkembang termasuk penglibatan Microsoft (dengan kamera boleh dipakainya), Nokia, Hewlett Packard (dengan "Casual Capture" (Tangkapan Kasual)nya serta pelbagai lagi yang lain-lain.

Pengawasan Klinikal adalah pemerhatian peristiwa (termasuk, sebagai contoh, kelakuan penyakit berjangkit atau penyakit kronik) dengan kesan yang signifikan pada kesihatan umum. Penggunaan pengawasan klinikal untuk memaklumkan polisi umum dalam mengedarkan sumber-sumber kesihatan semakin berkembang dan meluas mungkin menyebabkan kebimbangan privisi. Tekanan terhadap kehendak pensakit itu sendiri bagaimanapun adalah satu jenis "sousveillance" klinikal di mana maklumat dikendalikan dengan terbuka dan saksama ("equiveillance").

Equiveillance adalah satu perkataan bahasa Inggeris yang menggambarkan kesaksamaan antara pengawasan dan "sousveillance". Ia telah dicadangkan bahawa equiveillance akan menjaga integriti konteks data yang dikupulkan daripada pengawasan.

Kesan pengawasan[sunting | sunting sumber]

What are you looking at? ("Apa yang anda sedang melihat?") — Grafiti oleh Banksy yang mengomen tentang kamera pengawasan bersebelahan di lebuhraya bawah dekat Taman Hyde, bandar London.

Kesan paling besar pengawasan berkomputer adalah jumlah angka besar organisasi-organisasi yang terlibat dalam operasi pengawasan:

  • Perkhidmatan negara dan sekuriti masih mempunyai sistem pengawasan yang paling berkuasa, kerana mereka dibenarkan oleh undang-undang. Kendatipun, pada hari ini tahap pengawasan oleh negara telah meningkat, dan dengan menggunakan komputer mereka kini boleh mencantumkan pelbagai jenis sumber maklumat berbeza untuk mewujudkan profil individu-invididu atau kumpulan-kumpulan dalam masyarakat.
  • Ramai koperasi yang besar kini menggunakan pelbagai jenis pengawasan 'pasif'. Ini secara utamanya adalah satu cara mengawasi aktiviti-aktiviti staf dan untuk mengawal perhubungan awam. Tetapi sesetengah badan-badan koperat besar secara aktif menggunakan pelbagai jenis cara pengawasan untuk memerhatikan aktiviti-aktiviti aktivis dan kumpulan-kumpulan kempen yang mungkin memberi kesan kepada pengoperasian mereka.
  • Ramai syarikat-syarikat menukar maklumat sesama sendiri secara sah di sisi undang-unang, dengan membeli dan menjualnya daripada syarikat lain atau agensi kerajaan tempatan yang mengumpulkannya. Data ini biasanya dibeli oleh syarikat-syarikat yang hendak menggunakannya untuk tujuan pemasaran atau pengiklanan.
  • Maklumat peribadi dikumpulkan oleh pelbagai kumpulan dan individu. Sesetengah daripada ini digunakan untuk tujuan tidak jenayah, tetapi penggunaan maklumat peribadi sensitif untuk melakukan jenayah seperti penipuan kad kredit dan lain-lain semakin meningkat.

Pengawasan moden kini tidak boleh dielak secara total. Akan tetapi, kumpulan bukan negara boleh menggunakan teknik-teknik pengawasan menentang suatu organisasi, dan sesetengah amalan yang berhati-hati boleh merendahkan peluang pengawasan itu berjaya. Sesetengah negara juga dihadkan pengawasan yang dibenarkan oleh undang-undang, terutama apabila mengawasi mereka yang tidak mendatangkan bahaya.

Nota: Dalam kesemua jenis pengawasan yang disebutkan di bawah, isu corak adalah penting. Walaupun dalam dirinya sendiri satu cebisan data kelihatan tidak berbahaya, tetapi apabila dikumpulkan bersama dengan data komunikasi orang lain ia boleh memberitahu pelbagai maklumat mengenai perhubungan sosial, corak perkerjaan, dan juga tabiat-tabiat peribadi. Pengumpulan dan pemerosesan data komunikasi adalah secara besarnya dilakukan secara automatik oleh komputer. Lihat juga: analisa trafik

Telefon dan telefon bimbit[sunting | sunting sumber]

Amalan pemasangan alatan mendengar pada wayar telefon adalah meluas.

Ini termasuk dalam kontrak atau pemberian lesen kepada syarikat-syarikat telefon, di mana syarikat-syarikat berkenaan diwajibkan memberikan laluan mendengar perbualan kepada perkhidmatan sekuriti dan polis.

Untuk telefon bimbit yang menjadi ancaman terbesar adalah pengumpulan data komunikasi. Data ini tidak hanya terbatas pada masa dan berapa lama panggilan dibuat, tetapi turut termasuk lokasi geografi asal dan destinasi panggilan. Ini boleh dipastikan secara amnya disebabkan sel komunikasi geografi disimpan dengan butiran mengenai panggilan. Tetapi ia juga mungkin untuk mendapat resolusi lebih besar lokasi seseorang dengan menggabungkan maklumat daripada beberapa sel yang meyelubungi lokasi pemanggil.

Telefon bimbit adalah, dalam istilah pengawasan, suatu liabiliti besar. Liabiliti ini hanya akan berkembang pada masa telefon bimbit generasi ketiga (3G) akan diperkenalkan. Ini disebabkan stesyen dasar akan lebih dekat lokasinya.

Lihat rencana pemasangan alat pendengaran telefon untuk butiran lanjut.

Perkhidmatan pos[sunting | sunting sumber]

Dengan lebih ramai orang menggunakan faksimili dan emel kesignifikanan sistem pos semakin memudar (ini mungkin bukan situasinya dalam kesemua negara, tetapi sememangnya begini keadaannya dengan komunikasi antarabangsa, tetapi tidak secara tempatan). Tetapi kebolehan membaca isi surat pos masih sangat penting kepada perkhidmatan sekuriti.

Tiada cara yang mudah untuk mengetahui bahawa surat-surat anda sedang dibaca. Mesin pengendalian surat juga sering mengoyakkan benda, maka kerosakan bukanlah indikasi tepat bahawa surat-surat anda sedang dibaca.

Cara termudah untuk menghalang sebarang surat anda dibuka dan dibaca adalah untuk melekatkan pita pelekat pada kesemua ceruk dan kelim surat, dan kemudiannya tandakan pita dengan marker yang tidak boleh dipadamkan. Ini menghalang kesemua jenis cubaan kecuali yang paling handal.

Pada waktu lampau biasanya disket floppy akan dihantar melalui pos. Hari ini fail sebegini lebih mudah dihantar menerusi emel. akan tetapi CD dan DVD data masih dihantar secara kebiasaan melalui pos. Untuk memastikan data sebegini tidak terbuka dibacakan kepada sesiapa pun, anda harus menyembunyikan data itu.

Alatan pengawasan - 'bugs'[sunting | sunting sumber]

Alatan pengawasan atau 'bugs' tidaklah merupakan sejenis medium berkomunikasi, tetapi mereka juga boleh menjadi alatan yang memerlukan saluran komunikasi. Idea suatu 'bug' biasanya melibatkan satu pemancar radio, tetapi banyak lagi pilihan untuk membawa suatu isyarat; anda boleh menghantar frekuensi radio melalui wayar bangunan dan menerimanya di luar, anda boleh menerima isyarat daripada telefon tampa wayar, dan anda boleh mengambil data daripada rangkaian komputer yang pemasangannya tidak sempurna atau mencari frekensi radio suatu monitor komputer.

Bugs terdapat dalam pelbagai bentuk serta saiz. Tujuan awal bugs adalah untuk mengawal, menghantar dan menerima bunyian. Pada hari ini alatan elektronik dikecilkan sehinggakan gambar isyarat televisyen pun boleh dipancar melalui bugs yang memasukkan kamera video kecil (sesuatu yang popular kini oleh sebab lintasan televisyen semasa acara sukan, dll.). Kos alatan sebegini telah menurun secara mendadak.

Lihat rencana mengenai alatan pengawasan untuk butiran lanjut.

Pengawasan berkomputer[sunting | sunting sumber]

Pada tahap yang paling asas, komputer merupakan sasaran pengawasan oleh sebab pelbagai jenis maklumat peribadi yang tersimpan di dalamnya. Sesiapa yang boleh mengakses atau memindahkan komputer anda boleh menerima maklumat mengenai anda. Jika seseorang boleh memasang perisian dalam sistem komputer anda mereka boleh menjadikan komputer anda sebagai satu alatan pengawasan.

Komputer boleh ditoreh dengan pelbagai kaedah, dengan merangkumi pemasangan bug berbentuk fizilak atau perisian pengawasan kepada penerimaan pancaran radio kepada suatu lokasi tersembunyi yang disumbangi operasi biasa pengomputeran.

Perisian intipan atau spyware iaitu suatu istilah ciptaan pakar Steve Gibson, sering digunakan untuk menerangkan tentang perisian yang dipasang dalam suatu komputer tampa kebenaran penggunanya. Perhubungan berkelajuan tinggi menyebabkan komputer lebih lemah daripada dahulu.

Lihat rencana mengenai pengawasan komputer untuk butiran lanjut.

Fotografi[sunting | sunting sumber]

Fotografi semakin berharga sebagai suatu kaedah pengawasan. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini terdapat perkembangan signifikan dalam tahap fotografi video yang dipamerkan semasa pertunjukan di pelbagai negara. Pada masa yang sama terdapat kemajuan dalam teknologi kamera litar tertutup atau CCTV dan pemprosesan imej komputer yang membenarkan imej-imej digital diambil daripada kamera untuk digabungkan dengan imej yang disimpan dalam pangkalan data.

Gambar fotograf telah lama dikumpulkan sebagai satu jenis bukti. Tetapi apabila protes dan penentangan sivil menjadi liabiliti semakin besar kepada kerajaan dan badan koperat, imej yang dikumpulkan bukan sahaja menjadi bukti dakwaan, tetapi juga sumber informasi pengetahuan. Koleksi gambar dan video juga punyai satu lagi kelebihan kepada pemegangnya - ia menakutkan mangsa.

Lihat juga: Fotografi rahsia.

TV litar tertutup[sunting | sunting sumber]

Televisyen litar tertutup (CCTV) - di mana gambar diperhatian atau dirakamkan, tetapi tidak dipancarkan - pada awalnya dicipta sebagai sejenis kaedah sekuriti untuk bank-bank. Kini ia telah maju sehingga ke tahap menjadi satu cara mudah dan tidak mahal untuk digunakan di rumah dan tujuan pengawasan seharian.

Penggunaan CCTV meluas di kalangan polis dan kerajaan telah berkembang merentasi 10 tahun lampau. Di UK, bandar dan kampung di sekitar seluruh negara telah memasang sejumlah besar kamera yang dihubungkan kepada polis. Justifikasi untuk perkembangan CCTV di bandar adalah alasan bahawa mereka membantu mengurangkan kadar jenayah - meskipun tiada bukti kukuh akan dakwaan ini. Perkembangan CCTV pada kawasan perumahan menaikkan isu-isu serius mengenai kegunaan CCTV sebagai alat untuk mengawal tindak tanduk sosial berbanding langkah mencegah jenayah.

Perkembangan CCTV di kawasan awam, yang dihubungkan pula kepada pangkalan data gambar dan identiti orang, menjadi ancaman besar kepada kebebasan sivil. Adalah pontensi besar bahawa anda tidak boleh jumpa secara sendirian di kawasan umum. Anda juga tidak boleh memandu atau berjalan secara samaran di sekitar kawasan bandar. Demonstrasi atau perhimpunan di tempat umum boleh dicabar kerana negara boleh mencipta senarai mereka yang memimpinnya, mengambil bahagian di dalamnya, malah sehingga yang bercakap dengan para penyerta protes pada persimpangan jalan pun boleh dikumpul juga.

Deretan elektronik[sunting | sunting sumber]

Masyarakat moden mencipta amaun besar data urus niaga. Pada masa dahulukala, data ini akan didokumentasikan dalan rekod kertas dan ini akan meninggalkan 'deretan kertas' tetapi pada hari ini kebanyakan daripada rekod-rekod ini bersifat elektronik dan sebaliknya 'deretan elektronik' pula dijanakan menggantikan deretan kertas. Data ini boleh digabungkan semula dengan automasi. Setiap kali anda menggunakan mesin perbankan, membayar menerusi kad kredit, menggunakan kad telefon, membuat panggilan dari rumah, atau menghabiskan urusniaga, anda sebenarnya mencipta suatu rekod elektronik. Apabila rekod ini diaggregetkan dan dianalisa, informasi yang terhasil membolehkan identifikasi corak kelakuan individu yang menggambarkan bagaimana gaya kehidupan dan perkerjaan anda.

Satu cara untuk memastikan autonomi dan kebebasan diri dalam dunia berdasarkan kertas adalah melalui urus niaga samaran, sebagai contoh dengan menggunakan wang kertas. Apabila urus niaga dilakukan secara elektronik, samaran ini mungkin telah kehilangan buat selamanya.

Pada hari ini, aggregasi besar maklumat urus niaga digabungkan oleh syarikat-syarikat pemasaran, laporan kredit, dan syarikat aggregasi data yang lain untuk menganalisa kelakuan pengguna supaya syarikat-syarikat boleh menentukan strategi pemasaran atau jualan mereka, atau untuk menimbang "kebolehan mempercayai" pihak lawan dalam urusan perniagaan. Set data ini juga dijual kepada syarikat-syarikat atau agensi kerajaan lain untuk kegunaan tambahan.

Dengan adanya set data yang besar, penggunaan maklumat urus niaga dipermudahkan untuk pengawasan automatik atau teknik-teknik analisa seperti perlombongan data untuk melaksanakan pengawasan data[pautan mati kekal].

Kumpulan data profil individu[sunting | sunting sumber]

Kumpulan data profil individu dalam konteks ini adalah proses mengumpulkan maklumat mengenai individu tertentu untuk membolehkan penghasilan satu profil - yakni, satu gambaran corak kelakuan (bandingan ini dengan penggunaan istilah kumpulan data profil individu yang digunakan dalam pengumpulan statistik atau pengurusan data di mana pengumpulan data profil individu adalah analisa maklumat mengenai data atau set data berkenaan secara sendirinya).

Pengumpulan data sebegini digunakan dalam operasi sekuriti, penguatkuasaan undang-undang dan operasi agensi perisikan untuk pengaplikasian yang pelbagai - sebagai contoh, untuk menimbang 'kepercayaan' untuk laluan sekuriti atau untuk memberikan laluan mengenai sistem dipercayai, atau untuk menangkap suspek atau ugutan. Kerajaan boleh mendapat maklumat daripada pihak ketiga - sebagai contoh dari bank-bank, syarikat-syarikat kredit atau majikan, dll. - dengan meminta laluan secara tidak formal atau dengan mewajibkan laluan dengan penggunaan sepina atau prosidur lainnya, atau dengan membeli data daripada aggregator atau broker data. Di bawah United States lwn Miller (1976), data yang dipegang oleh pihak ketiga tidak tertakluk kepada keperluan waran Pindaan Keempat perlembagaan negara Amerika Syarikat. Syarikat milikan peribadi dan penyiasat peribadi juga boleh mendapat laluan atau membeli data daripada aggregator sebegini.

Maklumat yang berkenaan apa-apa urus niaga individu mudah didapati oleh sebab ia tidak secara amnya dihargai dalam sifat asingan, akan tetapi apabila urusan-urusan niaga sebegini dikumpulkan mereka boleh menjadi bahan binaan satu profil yang rapi mengenai tindak-tanduk kelakuan, tabiat dan kegemaran individu berkenaan.

Pada masa dahulu, kebanyakan maklumat mengenai individu dilindungi oleh kesamaran praktikal (satu istilah yang digunakan oleh Hakim Stevens dalam pendapatnya dalam USDOJ lwn Komiti Pemberita, 1989). Kesamaran praktikal merujuk kepada kesusahan praktikal untuk menaggreget atau menganalisa sejumlah besar poin-poin data dalam lokasi berlainan. Sebagai tambahan, informasi sering bersifat sementara selepas fakta. Tambahan pula, di mana data wujud sekalipun, pengaitan rekod berdasarkan kertas adalah satu proses yang memakan masa dan tenaga. Perekodan elektronik (secara khususnya digital) telah mengugat kesamaran praktikal ini dengan membolehkan pemerolehan data secara mudah bersertakan kos pemprosesan yang lebih rendah.

Maka, semakin banyak maklumat yang boleh didapati dalam bentuk elektronik - sebagai contoh, apabila rekod umum mengenai kelahiran, kes mahkamah, pembayaran cukai diberikan secara percuma di laman web - kebolehan mengolah profil data yang semakin rapi semakin tinggi dan mungkin menaikkan rasa bimbang.

Identiti[sunting | sunting sumber]

Ada masanya bila kita hendak menyembunyikan identiti diri kita — untuk mengekalkan kesamaran — untuk tujuan yang pelbagai. Untuk menghapuskan ini merupakan satu hakisan kebebasan sivil kita yang besar sekali. Ini mungkin semasa kita bergerak menuju ke sistem identiti elektronik. Terdapat dua aspek pada ini:

  • kemajuan sistem watikah elektronik — di mana anda memegang sebentuk kad atau dokumen; dan
  • kemajuan biometrik — di mana anda dikenalpasti daripada ciri-ciri biologi unik diri sendiri.

Kemajuan sistem identiti ditekankan pada dua penghadapan:

  • Industri perbankan, yang mahu mencari sistem yang lebih utuh dalam mengenalpasti urus niaga kewangan berbanding hanya daripada sebentuk kad plastik atau penggunaan tandatangan;
  • Penguatkuasa undang-undang, yang mahukan suatu cara mengenalpasti individu-individu secara lebih mudah, walaupun mereka tidak punyai sebab (iaitu bukti) untuk melakukan sedemikian.

(Lihat Henti dan Cari [3], [4] Diarkibkan 2006-05-19 di Wayback Machine)

Antara bentuk pengenalpastian yang termudah adalah dengan pemegangan watikah. Sesetengah negara mempunyai sistem dokumen identiti seperti kad pengenalan, untuk membantu pengenalpastian. Dokumen-dokumen lain, seperti lesen memandu, kad perpustakaan, kad bank atau kad kredit juga digunakan untuk mengenalpasti identiti. Masalahnya dengan identiti berdasarkan watikah adalah bahawa individu mesti membawa mereka, dan boleh dikenalpasti melaluinya, atau hadapi penalti undang-undang jika gagal berbuat demikian. Masalah ini diberatkan lagi dengan kad pengenalan yang dibacakan mesin, biasanya dengan penggunaan jalur magnetik berkod yang menyokong data kenalpasti pemegang. Dalam kes ini ia mungkin meninggalkan deretan dokumen semasa ia digunakan untuk pengesahan urus niaga, umpamanya, menggunakan kad pengenalan sebelum memasuki pejabat untuk mengesahkan pekerja atau membantu polis membuat siasatan jika berlakunya jenayah kolar putih.

Sebagai kaedah menentang amalan sesetengah yang tidak bertangungjawab yang bertindak memalsukan pembawaan watikah mereka, para penyelidik semakin menimbang sukatan biometrik atau sifat fizikal sebagai satu cara untuk menentukan identiti. Satu daripada kaedah paling lama melalui ini adalah penggunaan cap jari. Setiap daripada jari setiap manusia (sekalipun adik-beradik kembar) mempunyai corak unik tersendiri, dan ini telah lama dikenalpasti dan digunakan untuk pengenalan suspek dalam tahanan polis. Satu cap jejari/ibu jari boleh dipermudahkan kepada satu penerangan bersifat nombor, dan sistem sebegini digunakan di bank-bank dan kawasan yang dilindungi untuk pengenalpastian identiti.

Satu perkembangan yang lebih terkini adalah cap DNA, yang melihat kesan-kesan DNA pada badan untuk menghasilkan padanan. Akan tetapi, padanan yang dihasilkan kurang tepat berbanding cap jari biasa kerana ia hanya mengenalpasti orang sehinggalah ke kebarangkalian tertentu. Tambahan pula, adik-beradik kembar mempunyai DNA yang sama, dan seterusnya tidak dapat dibezakan melalui kaedah ini.

Gaya tulisan tangan — secara utamanya tandatangan anda — telah digunakan buat beberapa tahun untuk pengenalpastian identiti. Akan tetapi ciri-ciri lain individu juga boleh digunakan untuk pengenalpastian identiti. Analisa suara telah digunakan oleh sesetengah pihak untuk membuktikan identiti, tetapi ia tidak sesuai untuk penggunaan jalanan kerana masalah penyimpanan julat cap suara. Tetapi kemungkinan kedua-dua sistem jalanan yang paling bagus, disebabkan identiti boleh dipermudahkan sehingga poin-poin data bernombor berbanding suatu imej atau bunyi yang terperinci, adalah:

  • Pengenalpastian iris mata. Sesetengah bank kini menggunakan kaedah sebegini dalam sekuriti. Iris mata manusia mempunyai corak unik yang boleh dipermudahkan menjadi suatu siri penerangan dalam bentuk nombor. Pembaca iris memadankan corak iris kepada corak yang disimpan dan mengesahkan kepadanannya.
  • Pengenalpastian muka. Konfigurasi pengenalpastian muka boleh digunakan secara tepat untuk mengenalpasti satu individu daripada yang satu lagi. Sekali lagi, konfigurasi ini boleh dipermudahkan menjadi suatu siri penerangan dalam bentuk nombor.

Dengan penggabungan sesetengah bentuk ciri pengenalpastian peribadi, dengan satu sistem pengesahan ia mungkin untuk melalukan kesemua perkara dari membeli makanan sehinggalah melancong ke luar negara. Perkara paling penting merupakan bagaimana maklumat sebegini dikendalikan untuk menghilangkan kebarangkalian penjejakan. Jika anda menggabungkan satu sistem biometrik tertentu dengan teknologi kad pintar terbaru untuk menyimpan penerangan, sistem itu akan menahan penjejakan (kecuali jika urus niaga yang dilalukan membuat deretan kertas/elektronik). Akan tetapi jika ciri-ciri pengenalpastian disimpan secara pemusatan, terdapatnya kemungkinan lain penggunaan data yang disimpan, misalnya penggunaan imej CCTV beresolusi tinggi bersama dengan pangkalan data penerangan pengenalpastian muka untuk pengenalpastian secara rambang.

Pengoperasian manusia dan kejuruteraan sosial[sunting | sunting sumber]

Pengawasan yang paling invasif adalah penggunaan pengoperasian manusia. Ini menjadi dua bentuk:

  • Penggunaan pengoperasian untuk menyusup suatu organisasi; dan
  • Penggunaan teknik kejuruteraan sosial untuk mendapat maklumat.

Dalam kumpulan yang berhadapan dengan isu-isu yang bertentangan dengan polisi kerajaan isu penyusupan sering ditimbulkan. Juga, di mana kumpulan menentang badan-badan koperat yang besar, penyusupan oleh agen-agen koperasi berkeaan mungkin berlaku. Selain daripada pengoperasian, polis dan perkhidmatan sekuriti mungkin menekan sesetengah ahli sebuah organisasi untuk membongkarkan informasi yang mereka punyai berkenaan ahli lain.

Kos menjalankan pengoperasian amat mahal, dan untuk negara maklumat yang dikumpulkan daripada pengoperasian boleh didapati daripada kaedah pengawasan yang kurang menyusahkan. Jika diketahui, ia juga boleh menjadi bencana perhubungan awam untuk kerajaan atau badan koperat yang terlibat. Oleh sebab ini, penggunaan pengoperasian untuk menyusup organisasi tidak meluas seperti yang dijangkakan ramai. Tetapi pengoperasian masih tinggi kebarangkaliannya daripada organisasi-organisasi lain yang termotivasi untuk mengetahui dan memerhatikan kerja-kerja kumpulan kempen. Ini mungkin untuk motivasi politik atau ekonomi. Terdapat juga banyak hubung kait daripada badan koperat besar dengan polis dan perkhidmatan sekuriti, dan penukaran maklumat mengenai kumpulan-kumpulan dan para aktivis merupakan sebahagian daripada perhubungan ini.

Ia tidak mungkin untuk berjaga menentang penyusupan suatu organisasi tanpa merosakkan kebolehan atau keberkesanan organisasi itu. Terlalu banyak bimbang mengenai penyusupan dalam organisasi boleh membiakkan ketidakpercayaan dan hubungan perkerjaan yang buruk dalam satu organisasi. Lebih macam kaedah pengawasan lain, penyusupan profesional pengoperasi dalam satu organisasi sukar untuk dihalang.

Satu lagi senario, terutama apabila berdepan dengan koleksi agensi atau bank pihak ketiga yang mahukan penlangsaian semua hutang, selain daripada mediaatau perhubungan awam koperat, adalah kejuruteraan sosial, juga dikenali sebagai "pempreteksan". Ini melibatkan agen yang menanya menelefon atau bercakap dengan subjek secara fizikal dalam suatu cara untuk membuat subjek berkenaan percayai bahawa si penanya merupakan orang lain, atau seseorang yang punyai tarikan tidak tahu-menahu mengenai subjek itu. Tarikan sebenar yang disembunyikan si penanya adalah untuk mendapatkan sedikit informasi spesifik yang mereka percayai subjek punyai. Bentuk pengumpulan maklumat sebegini digunakan dengan paling kerap, dalam dasar ghalib, oleh pengoperasi kewangan yang cuba mendapatkan langsaian hutang daripada pembayar yang mengelak.

Untuk mengelakkan daripada memberikan informasi sensitif kepada pihak ketiga yang tidak dikehendaki, beberapa langkah keselamatan boleh diambil:

  • Seseorang tidak seharusnya memberikan maklumat sensitif melalui telefon atau secara terus kepada pihak ketiga yang tidak diansahkan.
  • Kejuruteraan sosial boleh dikenalpasti dengan menanya sesiri soalan-soalan untuk melihat sama ada si penanya mengetahui akan fakta atau rancangan masa depan yang mereka tidak seharusnya mengetahui. Jika si penanya mendakwa bahawa dirinya mewakili suatu institusi kewangan yang ghalib atau organisasi "dipercayai" lain, bolehlah suatu nombor ditanya daripadanya untuk dihubungi secara panduan telefon atau laman web organisasi berkenaan.

Pemberita yang berkerja untuk organisasi media yang terkenal boleh dikenalpasti dengan menelefon penyunting organisasi berkeaan, tetapi pemberita bebas harus diperhatikan - boleh jadi mereka berkerja untuk sesiapa pun.

Dalam keadaan seseorang adalah ahli organisasi-organisasi tertentu, seperti kumpulan aktivis, suatu imbangan antara privisi dan kebolehlaluan sering perlu, terutama apabila menjalankan suatu kempen umum. Ini sering memerlukan polisi sekuriti untuk berhadapan dengan media dan penanya lain.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]