Seni Peperangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Seni Peperangan
Cina Tradisional:

孫子兵法

Cina Ringkas:

孙子兵法

Hanyu Pinyin: Sūnzĭ Bīngfǎ
Maksud harfiah: Prinsip Ketenteraan Sun Tzu

'

Seni Peperangan, (Pinyin: Sūnzĭ Bīngfǎ, 孙子兵法) ialah satu treatis ketenteraan China purba yang disandarkan pada Sun Tzu (juga dikenali sebagai "Sun Wu" dan "Sunzi"),[1] seorang jeneral berpangkat tinggi yang juga ahli strategi dan taktik ketenteraan. Dipercayai treatis ini telah dibukukan pada lewat zaman Musim Bunga dan Luruh atau awal Negeri Berperang.[2] Teks terdiri daripada 13 bab dan setiap bab menumpukan satu aspek peperangan. Ia dianggap sebagai karya muktamad tentang strategi dan taktik ketenteraan pada zamannya. Ia yang paling termasyhur dan paling berpengaruh di antara Karya Klasik Ketenteraan China, dan, "selama dua ribu tahun yang lampau, ia kekal menjadi treatis ketenteraan yangterpenting di Asia, di mana ia dikenali oleh orang ramai."[3] Ia mempengaruhi pemikiran ketenteraan Timur dan Barat, taktik perniagaan, strategi perundangan, dan banyak lagi.

Buku mula-mula diterjemahkan ke dalam Bahasa Perancis pada tahun 1771 oleh paderi Jesuit Perancis, Jean Joseph Marie Amiot; penterjemahan separa ke dalam Bahasa Inggeris dilakukan oleh Everard Ferguson Calthrop, seorang pegawai British dalam tahun 1905. Terjemahan beranotasi telah disiap dan diterbitkan oleh Lionel Giles dalam tahun 1910.[4] Para pemimpin yang berlainan seperti Mao Zedong, Jeneral Vo Nguyen Giap, Baron Antoine-Henri Jomini, Jeneral Douglas MacArthur, dan para pemimpin Empayar Jepun mendapat ilham daripada karya ini.

Tema[sunting | sunting sumber]

Sun Tzu menganggap peperangan itu sebagai sesuatu yang perlu, tetapi harus dielakkan jika boleh. Karyanya menyatakan, "peperangan ialah seumpama api; mereka yang bermain senjata akan mati di hujung senjata."[5] Peperangan harus diselesaikan secepat mungkin agar dapat mengelak kerugian ekonomi: "Tiada negeri yang untung daripada peperangan berpanjangan: 100 kemenangan dalam 100 pertempuran tidak masuk akal. Sesiapa yang cekap mengalahkan musuhnya menewaskannya sebelum ancamannya menjadi nyata." Mengikut buku ini, kita harus mengelak daripada pembunuhan beramai-ramai dan perbuatan kejam kerana ini boleh mencetuskan tentangan dan berkemungkinan membolehkan musuh mendapat manfaat daripadanya. [5] Bagi pemenang, "cara yang terbaik ialah menawan negara dalam keadaan utuh; ia hanya harus dimusnahakan jika tiada pilihan lain.".[5]

Sun Tzu menitikberatkan tataatur tentera dalam strategi ketenteraan. Keputusan meletakkan sebuah angkatan perang mesti berlandaskan penilain objektif tentang keadaan sekitar fizikal dan kepercayaan subjektif pelaku lain dalam persekitaran tersebut. Beliau berpendapat bahawa strategi bukan perancangan dalam erti kata bekerja mengikut jadual yang tersedia, tetapi ia merupakan gerak balas pantas dan bersesuaian dengan keadaan yang bertukar. Perencanaan bekerja dalam sesuatu keadaan yang terkawal; tetapi dan keadaan yang berubah-ubah, perancangan yang bersaing akan saling berlanggar, dan menimbulkan sesuatu yang tidak dijangka.

Bab-bab[sunting | sunting sumber]

Seni Peperangan dibahagikan kepada 13 bab (atau piān), dan himpunan dirujuk sebagai satu zhuàn ("keseluruhan" atau "babad"). Oleh sebab setiap terjemahan menggunakan istilah berlainan bagi setiap bab, berikut perbandingan tajuk bab diberikan seperti berikut:

Chapter Lionel Giles (1910) R.L. Wing (1988) Ralph D. Sawyer (1996) Chow-Hou Wee (2003)
I Membuat Perencanaan Perkiraan Anggaran Awal Penilaian Terperinci dan Perancangan
((zh: 始計,始计))
II Berperang Cabaran Berperang Berperang
(Cina: 作戰,作战)
III Strategi Serangan Pelan Serangan Merancang Serangan Serangan Berstrategi
(Cina: 謀攻,谋攻)
IV Disposisi Taktikal Tataatur Disposisi Ketenteraan Disposisi Tentera
(Cina: 軍形,军形)
V Tenaga Pengarahan Kuasa Ketenteraan Strategik Angkatan Perang
(Cina: 兵勢,兵势)
VI Titik Kelemahan dan Kekuatan Ilusi dan Realiti Kevakuan dan Bahan Berisi Kelemahan dan Kekuatan
(Cina: 虛實,虚实)
VII Mengolah gerak Masuk Bertempur Pertempuran Tentera Olah gerak Tentera
(Cina: 軍爭,军争)
VIII Variasi Taktik Variasi Yang Sembilan Sembilan Perubahan Variasi dan Kebolehsesuaian
(Cina: 九變,九变)
IX Menuju Medan Pertempuran Menggerakkan Ketumbukan Mengolah gerak Tentera Pergerakan dan Penempatan Askar
(Cina: 行軍,行军)
X Rupa bumi Tataatur Mengikut Keadaan Tatabentuk Rupa bumi Rupa bumi
(Chinese: 地形)
XI Keadaan Yang Sembilan Keadaan Yang sembilan Sembilan Rupa bumi Medan Pertempuran Yang Sembilan
(Chinese: 九地)
XII Serangan Dengan Api Serangan Berapi Serangan Dengan Bahan Api Serangan Menggunakan Api
(Cina: 火攻)
XIII Penggunaan Pengintip Penggunaan Bahan Intipan Mengguna Pengintip Bahan Intipan dan Pengintipan
(Cina: 用間,用间)

Ringkasan bab[sunting | sunting sumber]

Halaman hadapan buku buluh klasik Seni Peperangan dari zaman pemerintahan Maharaja Qianlong


I. Membuat Perencanaan/Perkiraan memeriksa lima faktor asas (Cara, musim, rupa bumi, kepimpinan dan pengurusan) dan tujuh unsur yang menentukan hasil pertarungan ketenteraan. Dengan memikir, menilai dan membandingkan perkara-perkara ini, seseorang panglima dapat menilai kebarangkalian kemenangannya. Penyimpangan daripada perkiraan ini, jika lazim dilakukan, akan menimbulkan kegagalan akibat tindakan yang silap. Teks menekankan bahawa peperangan ialah satu perkara yang berat bagi sesebuah negara, dan tidak patut dimulakan tanpa berfikir panjang.

II. Berperang/Cabaran menerangkan bagaimana memahami ekonomi perang, dan bagaimana kejayaan memerlukan kemenangan dalam pertempuran muktamad yang dicapai dengan pantas. Bahagian ini memeberi nasihat bahawa kempen peperangan yang berjaya memerlukan penghadan kepada persaingan dan pergeseran.

III. Strategi Serangan/Pelan Serangan menyatakan bahawa punca kekuatan ialah kesatuan dan bukan saiz, dan membincangkan lima faktor yang diperlukan buat kejayaan dalam mana-mana peperanagn. Mengikut urutan kepentingan, faktor-faktor ini ialah: Serangan, Strategi, Sekutu, Tentera, dan Bandar-bandar.

IV. Disposisi Taktikal/Tataatur menerangkan pentingnya memeprtahankan kedudukan sedia ada sehingga pemerintah mampu mara dari kedudukan ini dengan selamat. Ia mengajar pemerintah tentang pentingnya mengenali kesempatan strategik, dan mengajar agar tidak menimbulkan kesempatan bagi musuh.

V. Tenaga/Pengarahan menjelaskan penggunaan daya cipta dan pengaturan masa dalam membina momentum angkatan perang.

VI. Titik Kelemahan dan Kekuatan/Ilusi dan Realiti menerangkan bagaimana kesempatan dapat diraih daripada peluang yang hadir dalam persekitaran medan perang ekoran kelemahan musuh di sesuatu kawasan.

VII. Mengolah Gerak/Masuk Bertempur menerangkan bahaya pertempuran langsung dan bagaimana memenangi pertempuran apabila pemerintah berhadapan dengan pertempuran langsung.

VIII. Variasi Taktik/Variasi Yang Sembilan menumpukan perhatian kepada perlunya kebolehlenturan dalam gerak balas tentera. Ia menerangkan bagaimana mengatur gerak balas apabila keadaan berubah, dengan jayanya.

IX. Menuju Medan Pertempuran/Menggerakkan Ketumbukan memerikan keadaan berlainan yang mungkin dihadapi angkatan perang sewaktu bergerak merintasi kawasan musuh dan bagaimana mengatur gerak balas apabila berhadapan dengan keadaan sedimikian. Kebanyakan bahagian ini menumpukan perhatian kepada penilaian niat musuh.

X. Rupa bumi/Tataatur Mengikut Keadaan melihat tiga hambatan am (kejauhan, bahaya, dan rintangan) dan enam jenis kedudukan susulan. Setiap satu daripada enam kedudukan medan ini membawa kelebihan dan kekurangan.

XI. Keadaan Yang Sembilan/Sembilan Rupa bumi memerikan sembilan keadaan (atau tahap) yang sering dihadapi sewaktu berkempen, daripada kedudukan bertaburan kepada ketumpuan hebat yang diperlukan pemerintah bagi menanganinya.

XII. Serangan Dengan Api/Serangan Berapi menerangkan kegunaan persenjataan, khususnya kegunaan api, dan juga bagaimana memanfaatkan keadaan persekitaran. Bahagian ini juga memuatkan nasihat kepada pemerintah agar sentiasa bersabar, tidak cepat baran dan bersikap berhati-hati.

XIII. Penggunaan Pengintip/Penggunaan Bahan Intipan menumpukn perhatian kepada mengembangan sumber maklumat. Ia menjelaskan lima kelompok pengintip dan bagaimana memanfatkan penggunaan mereka.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. "Zi" (子; "Tzu" in Wade-Giles transliteration) was used as a suffix for the family name of a respectable man in ancient Chinese culture. It is a rough equivalent to "Sir" and is commonly translated into English as "Master".
  2. Griffith, Samuel B. The Illustrated Art of War. 2005. Oxford University Press. p. 17, 141-143.
  3. Sawyer, Ralph D. The Seven Military Classics of Ancient China. New York: Basic Books. 2007. p. 149.
  4. Giles, Lionel The Art of War by Sun Tzu - Special Edition. Special Edition Books. 2007. p. 62.
  5. 5.0 5.1 5.2 Nicolas Werth, Karel Bartošek, Jean-Louis Panné, Jean-Louis Margolin, Andrzej Paczkowski, Stéphane Courtois, The Black Book of Communism: Crimes, Terror, Repression, Harvard University Press, 1999, hardcover, 858 pages, ISBN 0-674-07608-7, page 467.

Sumber dan terjemahan[sunting | sunting sumber]

  • Sun Tzu translated and annotated by Lionel Giles (2005). The Art of War by Sun Tzu – Special Edition. El Paso Norte Press. ISBN 0-9760726-9-6. 
  • Sun Tzu translated and annotated by R. L. Wing (1988). The Art of Strategy. Main Street Books. ISBN 0-385-23784-7. 
  • Sun Tzu translated and annotated by Ralph D. Sawyer (1994). The Art of War. Barnes & Noble. ISBN 1-56619-297-8. 
  • Sun Tzu translated and annotated by Chow-Hou Wee (2003). Sun Zi Art of War: An Illustrated Translation with Asian Perspectives and Insights. Pearson Education Asia. ISBN 0-13-100137-X. 
  • Sun Tzu translated and annotated by Samuel B. Griffith (1963). The Art of War. Oxford University Press. ISBN 0-19-501476-6. 
  • Sun Tzu translated by John Minford (2002). The Art of War. Viking. ISBN 0-670-03156-9. 
  • Sun Tzu translated by Thomas Cleary (1991). The Art Of War. Shambhala Publications. ISBN 0-87773-537-9. 
  • Sun Tzu translated by Victor H. Mair (2007). The Art of War: Sun Zi's Military Methods. Columbia University Press. ISBN 978-0-231-13382-1. 
  • Sun Tzu edited by James Clavell (1983). The Art of War. Delacorte Press. ISBN 0-385-29216-3. 
  • Sun-Tzu translated by Roger Ames (1993). The Art of Warfare. Random House. ISBN 0-345-36239-X. .
  • Sun Tzu translated by the Denma translation group (2001). The Art of War: the Denma translation. Shambhala Publications. ISBN 1-57062-904-8. 
  • Sun Tzu translated by J.H. Huang (1993). The Art of War: The New Translation. Quill William Morrow. ISBN 0-688-12400-3. 
  • Sun Tzu translated by Donald G. Krause (1995). The Art of War For Executives. Berkely Publishing Group; Perigee Books. ISBN 0-399-51902-5. 
  • Sun Tzu translated by Stephen F. Kaufman (1996). The Art of War: The Definitive Interpretation of Sun Tzu's Classic Book of Strategy. Tuttle Publishing. ISBN 0-8048-3080-0. 
  • Sun Tzu translated by Yuan Shibing (1987). Sun Tzu's Art of War: The Modern Chinese Interpretation. Sterling Publishing Co., Inc. ISBN 0-8069-6638-6. 
  • Sun Tzu translated and annotated by Thomas Huynh and the Editors of Sonshi.com (2008). The Art of War: Spirituality for Conflict. Skylight Paths Publishing. ISBN 978-1-59473-244-7
  • Sun Tzu translated in Hindi by Madhuker Upadhyay (2001). 'Yudhkala'. ISBN 81-7778-041-7
  • Sun Tzu (2003). The Art of War plus The Ancient Chinese Revealed. translated by Gary Gagliardi. Hillsborough, Washington: Clearbridge Publishing. ISBN 1-929194-42-0.