Pengeboman Jolo 2020

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengeboman Jolo 2020
Sebahagian daripada Konflik Moro
Lokasi Bangsamoro di Filipina
Map
LokasiJolo, Sulu, Bangsamoro, Filipina
Koordinat6°03′11″N 121°00′04″E / 6.053°N 121.001°E / 6.053; 121.001
Tarikh24 Ogos 2020 (2020-08-24)
Jenis serangan
Pengeboman
Serangan bunuh diri
SenjataBom
Kematian15
Tercedera75
PelakuAbu Sayyaf Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pengeboman Jolo 2020 ialah insiden pengeboman yang berlaku pada 24 Ogos 2020. Serangan itu, yang didakwa dilakukan oleh militan Abu Sayyaf, membunuh 14 orang dan mencederakan 75 yang lain. Serangan pertama berlaku berhampiran sebuah trak tentera sementara Angkatan Tentera Filipina melakukan usaha kemanusiaan COVID-19.[1] Serangan kedua berupa bom bunuh diri, dilakukan berdekatan Katedral Mother Maria dari Gunung Karmel. Gereja itu sebelumnya dibom pada 2019, menewaskan sekurang-kurangnya 20 orang.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Selama lebih dari tiga dekad, militan Abu Sayyaf melancarkan beberapa siri serangan untuk memerdekakan Sulu dari Filipina. Sulu berpenduduk majoriti Muslim, sedangkan majoriti rakyat Filipina ialah Kristian Katolik. Pada tahun 2004, mereka melancarkan serangan pengganas terburuk dalam sejarah Filipina, membom sebuah kapal feri yang memgorbankan 116 orang. Pada tahun 2016, mereka setia kepada ISIS. Ciri-ciri khas mereka oalah penggunaan alat peledak improvisasi dan menculik orang asing untuk mendapatkan wang tebusan, terutama di wilayah Sulu.[3]

Pada Ogos 2020 sebelum pengeboman, pemerintah Filipina menangkap sejumlah militan yang terlibat dalam pertubuhan Abu Sayyaf. Pasukan pengaman di Sulu bersiap siaga untuk melancarkan serangan balasan.[4][5][6]

Serangan[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Ogos 2020, sekitar jam 11:54, sebuah bom motosikal yang diletakkan di sebelah sebuah trak tentera meletup di luar Paradise Food Plaza di pusat bandar Jolo, Sulu, membunuh sejumlah tentera dan orang awam. Polis dan tentera kemudian menutup dan mengawal kawasan sekitar letupan pertama. Seorang pengebom bunuh diri wanita mendekati kerumunan pegawai dan berusaha memasuki kawasan yang dijaga, tetapi ketika dia dicegat oleh seorang askar, dia meledakkan bom yang dibawanya, membunuh dirinya, askar yang sedang memintasnya dan tentera dan orang awam yang lain. Letupan kedua berlaku kira-kira 100 meter dari letupan pertama. Secara keseluruhan, tujuh tentera, satu pegawai polis, dan enam orang awam terbunuh; dan 21 tentera, enam pegawai polis, dan 48 orang awam cedera. Lokasi pengeboman itu berhampiran dengan tempat kejadian pengeboman Katedral Jolo pada 2019.[4][5][6][7]

Akibat[sunting | sunting sumber]

Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas pengeboman tersebut, tetapi pemerintah yakin bahawa kumpulan Abu Sayyaf bertanggungjawab atas serangan tersebut, dengan alasan bahawa mereka ialah satu-satunya kumpulan pengganas yang diketahui beroperasi di Sulu. Seluruh bandar di wilayah Sulu terpencil selepas letupan itu.[6][7]

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Dalam negeri[sunting | sunting sumber]

Sejurus selepas serangan itu, jurucakap presiden Harry Roque mengecam pengeboman itu, dengan mengatakan "pihak berkuasa sekarang sedang melakukan penyelidikan, yang termasuk mengenal pasti individu atau kumpulan di sebalik serangan pengecut ini."[8] Setiausaha Kabinet Karlo Nograles mengutuk serangan itu dengan "kata yang paling kasar" dan mengatakan bahawa keganasan "tidak memiliki tempat di dunia yang beradab".[9] Beliau juga berjanji akan menegakkan keadilan bagi mereka yang melakukan "serangan yang tidak berperikemanusiaan".[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Petty, Martin; (ed.) Davies, Ed; (ed.) Richardson, Alex (August 24, 2020). "Twin bombings kill 15, wound scores in Philippine south". Reuters. Dicapai pada August 24, 2020.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  2. ^ Gutierrez, Jason (August 24, 2020). "Two Explosions Rip Through Philippines, Killing at Least 14". The New York Times. Dicapai pada August 24, 2020.
  3. ^ "Philippines unrest: Who are the Abu Sayyaf group?". BBC World News. BBC. October 16, 2017. Dicapai pada August 24, 2020.
  4. ^ a b "Philippines: Twin explosions hit Jolo, killing at least 14". BBC News. BBC. August 24, 2020. Dicapai pada August 24, 2020.
  5. ^ a b "Two Explosions Rip Through Philippines, Killing at Least 14". NY Times. 24 August 2020. Dicapai pada 24 August 2020.
  6. ^ a b c Lacuata, Rose Carmelle (24 August 2020). "Philippine military eyes Abu Sayyaf as responsible for twin Jolo bombing". ABS-CBN News. Dicapai pada 24 August 2020.
  7. ^ a b Andrade, Jeanette I.; Alipala, Julie S. (25 August 2020). "Abu Sayyaf leader hunted after 2 blasts rock Jolo". Inquirer.net. Dicapai pada 25 August 2020.
  8. ^ "Philippines: Twin explosions hit Jolo, killing at least 14". BBC News. August 24, 2020. Dicapai pada August 24, 2020.
  9. ^ a b Kabiling, Genalyn (August 24, 2020). "Gov't vows to hold bombing perpetrators accountable". Manila Bulletin. Dicapai pada August 24, 2020.