Pengeboman kereta Yala 4 September 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengeboman kereta Yala 4 September 2009 berlaku pada hari Jumaat, 4 September 2009 jam 9.30 pagi di Yala, Selatan Thailand. Seorang polis sempadan mati terbunuh dan 12 cedera. Sebuah trak bernombor pendaftaran palsu meletup di luar sebuah restoran ketika 3 orang polis sempadan sedang singgah di situ.

Pelaku[sunting | sunting sumber]

Tentera Thailand menuding jari kepada kumpulan pemisah Islam . Bom seberat 32 dan 50kg menggunakan walkie talkie mengakibatkan sebuah trak dan kedai berhampiran mengalami kerosakan teruk.

Pada 3 September 2009, serangan letupan kereta di Pattani membunuh seorang lelaki. Seminggu lalu serangan di Narathiwat mencederakan 42 orang.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Lebih 3,500 orang terbunuh dalam keganasan harian di selatan Thailand sejak kumpulan pemisah Selatan Thailand tidak puas hati dengan layanan tentera Thailand di bumi orang Melayu yang berugama Islam itu. Mereka meneruskan perjuangan bersenjata sejak Januari 2004 untuk menuntut kemerdekaan bagi wilayah majoriti Muslim yang terdiri daripada Yala, Pattani dan Narathiwat.

Tentera Thailand terus mencengkam wilayah Selatan Thailand dengan menghantar lebih 66,000 bagi mengekang taktik gerila, pengeboman dan tembakan rambang. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]