Pengguna:Khairil annas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Khairil Annas Jusoh[sunting | sunting sumber]

PROF. DATO’ WIRA DR. KHAIRIL ANNAS JUSOH


DGMK, DSAP, DIMP, DMSM, JP, BMS, ACM, AMP, EFMIM

Pegawai Khas kepada YAB. Perdana Menteri Malaysia.

Pengarah Bahagian Dasar, Pejabat Perdana Menteri.


  • LL.B (1st Class Hons.) (IIUM)
  • LL.M (International Laws) (Cambridge)
  • MBA. (Islamic Banking & Finance) (IIUM)
  • PhD Asia e Universiti(AeU)
  • Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya
  • Ahli Majlis Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)
  • Profesor Adjunct (Universiti Teknologi Malaysia)
  • Profesor Adjunct (ISTAC – UIAM)
  • Emeritus Fellow Malaysian Institute of Management (MIM)
  • Felo Kanan Kehormat Institut Pemikiran Melayu (UiTM)
  • Fellow of Cambridge Commonwealth Society
  • Pesuruhjaya Sumpah Malaysia (W 622)


Latar Belakang[1][sunting | sunting sumber]

Profesor Dato' Wira Dr. Khairil Annas Jusoh, mewakili tokoh muda yang memperlihatkan keupayaan dalam pelbagai bidang dan disiplin. Berbekalkan latar belakang akademik yang kukuh, beliau mencipta nama dalam tradisi kesarjanaan, undang-undang, korporat dan politik selain terbabit dalam pelbagai inisiatif bukan kerajaan (NGO). Beliau kini diberi kepercayaan dan menumpah khidmat sebagai Pegawai Khas kepada YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak merangkap Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan di Pejabat Perdana Menteri.


Sejak dibangku pendidikan menengah lagi sebagai seorang yang mendambakan kecemerlangan beliau telah menjadi pelajar terbaik keseluruhan Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur.


Beliau memperoleh Sarjana Muda dalam bidang Perundangan dengan Kepujian Kelas Pertama (LL.B First Class Hons) daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Ijazah Sarjana dalam bidang Undang-Undang Antarabangsa(LL.M) daripada University of Cambridge, United Kingdom. Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam (MBA) daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta telah diterima masuk dan didaftarkan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya sejak 1996.


Pencapaian beliau tidak terhenti disitu. Umpama pucuk dicita ulam mendatang, kesarjanaannya termaktub apabila dianugerahkan sebagai Pemenang Anugerah Pelajaran di Raja dan Pingat Emas Tunku.


Khairil Annas telah dikurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah(DSAP) dan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang masing-masing membawa gelaran Dato' serta Datuk. Sempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Kedah yang ke-84, beliau telah dikurniakan Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) membawa gelaran Dato' Wira.


Tokoh muda ini diberikan penghormatan dengan lantikan sebagai Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Ahli Majlis Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Felo Emeritus Malaysian Institute of Management (MIM), Felo Kanan Kehormat Institut Pemikiran Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Adjunct di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Adjuct di ISTAC (ISTAC-UIAM) dan Fellow of Cambridge Commonwealth Society.


Berasaskan serba sedikit sumbangan dan kecemerlangan beliau di pentas masyarakat dan negara, penulis telah diangkat sebagai penerima anugerah Tokoh Alumni Sekolah Alam Shah Tahun 2009 dan Tokoh Alumni Universiti Islam Antarabangsa Tahun 2011.


Khairil Annas juga telah mendapat didikan dan pertauliahan dibidang Pemikiran Lateral daripada Pemikir Dunia yang tersohor iaitu Dr. Edward de Bono.Beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) dalam bidang kepimpinan dan politik, tentang YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, daripada Asia e Universiti (AeU).


Profil[sunting | sunting sumber]

KHIDMAT KEPADA PERSEKUTUAN / KEBANGSAAN[sunting | sunting sumber]

  1. Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP)
  2. Ahli Majlis Universiti Islam Antarabangsa (UIA)


KELAYAKAN AKADEMIK[sunting | sunting sumber]

  • 2011 - Ph.D Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan Asia e University (AeU)
  • 2003 - MBA Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan dan Perbankan Islam) Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  • 1997 - Perunding Bertauliah Pemikiran Lateral - APTT
  • 1995 - LL.M Sarjana Undang-Undang Antarabangsa University of Cambridge
  • 1994 - LL.B (Kepujian Kelas Pertama) Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

LANTIKAN / LANTIKAN AKADEMIK[sunting | sunting sumber]

  • 2012 (kini) - Profesor Adjunct di ISTAC (UIA)
  • 2010 (kini) - Emeritus Fellow Malaysian Institute of Management (MIM)
  • 2009 (kini) - Profesor Adjunct di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • 2009 (kini) - Felo Kanan Kehormat Institut Pemikiran Melayu (UiTM)
  • 2006-2008 - Profesor Pelawat di Management and Science University (MSU)


DARJAH KEBESARAN/ BINTANG/ PINGAT[sunting | sunting sumber]

  • 2012 - Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (D.G.M.K) dikurniakan oleh KDYMM Sultan Kedah
  • 2010 - Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (D.S.A.P) dikurniakan Oleh KDYMM Sultan Pahang
  • 2009 - Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) dikurniakan oleh KDYMM Sultan Pahang
  • 2009 - Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) dikurniakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka
  • 2009 - Pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (J.P) oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah
  • 2009 - Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (A.C.M) dikurniakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak
  • 2008 - Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P) dikurniakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak
  • 2006 - Bintang Setia Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (B.M.S) dikurniakan oleh KDYMM Sultan Kedah
  • 1995 - Pingat Emas Tunku dianugerahkan oleh Yayasan Tunku Abdul Rahman
  • 1994 - Anugerah Pelajaran DiRaja / Pingat Jaya Cemerlang (P.J.C) dianugerahkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu


PENCAPAIAN CEMERLANG AKADEMIK[sunting | sunting sumber]

  • 1995 - Pelajar Terbaik Keseluruhan antara Universiti Malaysia Yayasan Tunku Abdul Rahman
  • 1994 - Anugerah Biasiswa Akademik daripada Cambridge Commonwealth Trust Fund kepada pelajar cemerlang dari Negara-Negara Komanwel
  • 1994 - Pingat Emas Mahasiswa Terbaik Keseluruhan Universiti Islam Antarabangsa
  • 1989 - Pingat Emas Pelajar Terbaik Keseluruhan Sekolah Alam Shah,Kuala Lumpur


ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN[sunting | sunting sumber]

  • 2011 - Tokoh Alumni (Pencapaian Khas) Universiti Islam Antarabangsa
  • 2008 - Tokoh Alumni Cemerlang Sek. Alam Shah Kuala Lumpur


PENCAPAIAN CEMERLANG KO-KURIKULUM[sunting | sunting sumber]

  • 1992 - Pembahas Terbaik Intervarsiti Malaysia
  • 1991 - Pembahas Terbaik Intervarsiti Malaysia
  • 1990 - Pembahas Terbaik Intervarsiti Malaysia
  • 1988 - Johan Kebangsaan Pidato Piala DiRaja
  • 1988 - Pembahas Terbaik Piala Perdana Menteri
  • 1987 - Johan Kebangsaan Pidato Piala DiRaja
  • 1985 - Johan Pidato peringkat negeri (Wilayah Persekutuan)


PENGALAMAN PROFESIONAL[sunting | sunting sumber]

  • Rakan Kongsi Utama Firma Guaman KHAIRIL & CO
  • Pakar Runding Pemikiran dan Pakar Motivasi
  • Pendraf Pakar Bidang Undang-Undang Kepada Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Pensyarah Undang-Undang dan Undang-Undang Syariah
  • Penulis Skrip Profesional kepada Radio dan TV
  • Moderator Profesional
  • Penterjemah Profesional


PENULISAN DAN PENERBITAN[sunting | sunting sumber]

  • 2009 - Penulis Evolusi Kepimpinan I: Tinjauan Teori-Teori Terpilih
  • 2009 - Editor Menakhoda Zaman / Helming the Times
  • 2009 - Editor Kewartawanan Malaysia: Praktis & Cabaran Dalam Era Revolusi Digital
  • 2010 - Editor Jawapan Najib
  • 2010 - Editor Transformasi Minda, Memeta Wawaan Melaksana Amanah
  • 2011 - Penulis Evolusi Kepimpinan II: Cetusan Lanskap Politik Malaysia (Razak, Mahathir, Abdullah dan Anwar)
  • 2011 - Penulis Evolusi Kepimpinan III: Denyut Nadi Siasah Melayu (Rahman, Razak, Hussein dan Mahathir)
  • 2011 - Penulis Evolusi Kepimpinan IV: Transformasi Bitara Najib Razak
  • 2011 - Penulis Pendekatan Wasatiyyah Dalam Menghayati 1Malaysia
  • 2011 - Editor Perkhidmatan Awam, Meneraju Perubahan Melangkau Jangkaan
  • 2011 - Editor Menjuarai Transformasi
  • 2012 - Editor Global Movement of Moderates

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Evolusi Kepimpinan I: Tinjauan Teori-Teori Terpilih". MPH Publishing.