Universiti Teknologi Malaysia
| Universiti Teknologi Malaysia اونيۏرسيتي تيكنولوڬي مليسيا |
|
|---|---|
|
|
|
| Moto: | Kerana Tuhan Untuk Manusia (Because of God, For Humanity) |
| Ditubuhkan pada: |
1904 (status universiti 1 April 1975) |
| Jenis: | Awam |
| Canselor: | Sultanah Hajjah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad Sultanah Johor |
| Naib canselor: | Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Bin Ujang |
| Pelajar: | 21,749 |
| Siswazah: | 17,946 |
| Pelajar sarjana/doktor falsafah: | 3,803 |
| Lokasi: | Skudai, Johor, Malaysia |
| Kampus: | Kampus utama di Skudai Kampus kedua di Kuala Lumpur |
| Penggabungan: | ASAIHL |
| Laman sesawang: | Universiti_Teknologi Malaysia |
Universiti Teknologi Malaysia atau dengan singkatan UTM merupakan sebuah universiti di Malaysia. Namanya ditukar daripada Institut Teknologi Kebangsaan kepada Universiti Teknologi Malaysia pada 1 April 1975. Walau bagaimanapun, UTM sebenarnya mencapai taraf universiti 3 tahun lebih awal iaitu pada 14 Mac 1972. UTM amat terkenal dalam bidang kejuruteraan baik didalam mahupun diluar negara.
Kampus utama UTM ialah di Skudai, Johor seluas 1222 hektar, manakala kampus cawangannya di Kuala Lumpur pula adalah seluas 18 hektar. UTM mempunyai 13 buah fakulti dan 17 buah kolej kediaman di kampus Skudai. Kebanyakan pelajar tinggal di dalam kampus.
UTM terpilih sebagai universiti penyelidikan keempat (selepas UM, UKM, UPM; USM menjadi Universiti Apex pada 2008) di Malaysia pada 2010.[1]
[sunting] Akademik
Fakulti dan pusat pengajian yang terdapat di UTM:
- Fakulti Alam Bina (FAB)
- Fakulti Biosains & Biokejuruteraan (FBB)
- Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA)
- Fakulti Kejuruteraan Biomedik & Sains Kesihatan (FKBSK)
- Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE)
- Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli (FKKKSA)
- Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)
- Fakulti Kejuteraan dan Sains Geoinformasi (FKSG)
- Fakulti Pendidikan (FP)
- Fakulti Pegurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM)
- Fakulti Sains (FS)Maklumat Lanjut Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia
- Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM)
- Pusat Pangajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS)
- Program Pengajian Diploma (PPD)
Kemudahan:
[sunting] Nota
- ↑ Pengiktirafan UTM sebagai universiti penyelidikan tepat pada masa Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri. 11/06/2010.
[sunting] Pautan Luar
- Laman Rasmi UTM
- Portal Rasmi SPACE UTM
- Laman Unit Perhubungan Alumni, UTM
- Laman Rasmi Prasiswazah UTM