Bajingan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Penjahat)
Karikatur stereotaip bajingan.

Bajingan[1] (Jawi: باجيڠن), juga dikenali sebagai penjarah,[2] penjahat atau watak jahat dalam konteks kesusasteraan, drama dan sejarah ialah watak yang memainkan peranan antagonis atau watak jahat merancang dan melakukan pelbagai bentuk jenayah dan bertindak menentang wira atau watak protagonis dalam sesuatu cerita.[2]

Bajingan penting dalam sesuatu cerita kerana ia menonjolkan perbezaannya dengan watak utama sebagai watak lawan dan meneruskan jalan cerita. Perbezaan mereka dengan wira ialah wira biasanya mempunyai sifat-sifat berani, hebat dan baik sedangkan bajingan bersifat jahat, keji dan tidak bermoral.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Kata bajingan serapan bahasa Jawa (Hanacaraka: ꦧꦗꦶꦁꦔꦤ꧀) terbitan kata dasar ꦧꦗꦶꦁ bajing yang bermaksud "tupai".[3]

Perkataan penjahat terbitan kata dasar jahat turunan akar Proto-Melayu *jahat lanjutan dari akar Proto-Melayu-Polinesia *zaqat.[4]

Dalam sastera klasik[sunting | sunting sumber]

Dalam sastera klasik, watak bajingan kadangkala lain dengan watak bajingan dari zaman moden dan pascamoden kerana batas antara baik dan buruk mereka biasanya kabur. Sifat yang menyempadankan antara wira dan bajingan dalam sastera begini biasanya dibiarkan tidak jelas.[5]

William Shakespeare telah membentukkan tipa induk bajingan agar berdimensi tiga, bahawa nampak seperti manusia nyata, dan telah membuka laluan kepada sifat kompleks yang watak bajingan tunjukkan dalam sastera moden. Akan tetapi, perlambangan tokoh-tokoh sejarah dalam karya-karya Shakespeare dipengaruhi unsur-unsur propaganda daripada sumber-sumber Tudor, dan hasil kerjanya kerap menunjukkan sikap berat sebelah ini dan mencemarkan reputasi mereka. Shakespeare pernah menggambarkan Richard III sebagai seekor raksasa hodoh yang menghancurkan keluarganya kerana busuk hati.[6]

Dalam kisah dongeng[sunting | sunting sumber]

Kisah dongeng Rusia[sunting | sunting sumber]

Dalam sebuah analisis kisah dongeng Rusia, Vladimir Propp menyimpulkan bahawa kebanyakan cerita hanya mempunyai lapan para pelaku, satu daripadanya ialah bajingan.[7]:79 Analisis ini banyak diterapkan pada cerita-cerita yang bukan dari Rusia.

Perbuatan yang berada dalam lingkungan bajingan ialah:

  • kejahatan yang mencetus cerita, di mana bajingan mendatangkan bahaya kepada wira atau keluarganya
  • konflik antara wira dan bajingan, sama ada perseteruan atau pergelutan
  • mengejar wira setelah dia berjaya memenangi perseteruan ataupun mendapatkan sesuatu daripada bajingan

Apabila suatu watak menunjukkan sifat-sifat ini, tidak semestinya ia trop kepada genre kisah dongeng, namun ia boleh menunjukkan watak yang lakukan jenis-jenis perbuatan tersebut ialah watak bajingan. Oleh yang demikian, bajingan boleh muncul dua kali dalam sebuah cerita untuk memenuhi sesetengah peranan: sekali dalam pembukaan cerita dan kali kedua sebagai orang yang dicari oleh wira.[7]:84

Apabila suatu watak melakukan perbuatan atau menunjukkan sifat-sifat yang selari dengan analisi Vladimir Propp, watak itu boleh dilabelkan sebagai bajingan jati. Bajingan cerita rakyat dan kisah dongeng boleh memainkan pelbagai peranan yang berkuasa mencorak atau melangsungkan jalan cerita. Dalam kisah dongeng, bajingan boleh melakukan berbagai-bagai perkara yang berpengaruh; contohnya seorang ahli sihir yang berlawan dengan wira kemudian melarikan diri, dan benarkan watak wira mengejarnya, memainkan peranan "pembimbing" dan oleh itu bertindak sebagai pembantu kepada wira.[7]:81

Propp juga mengusulkan dua lagi tipa induk kepada watak bajingan yang jahat secara umum. Yang pertama ialah wira palsu: Watak ini sentiasa jahat dan mendatangkan dakwaan palsu bahawa merekalah wiranya dan hal itu perlu disangkal untuk mencapai penamat yang bahagia.[7]:60 Contoh yang boleh dijumpai dalam cerita rakyat Malaysia ialah daripada filem Putih (2001), di mana kakak tiri kepada Putih, iaitu Merah, mendakwa dirinyalah yang menyanyi dan telah menawan hati Putera Afdus.

Satu lagi peranan bajingan ialah pengirim, yang menghantarkan wira pergi mengembara. Pada permulaan cerita, permintaan bajingan mungkin nampak biasa dan tidak berbahaya namun niat sebenar pengirim mungkin sebenarnya mahu wira pergi mengembara dan tidak kembali selamanya.[7]:77

Peranan dan pengaruh yang bajingan mampu ada ke atas sesebuah naratif boleh diturunkan kepada watak lain – bagi meneruskan peranan mereka dalam naratif tersebut melalui watak lain. Hasil usaha bajingan biasanya diwariskan menerusi pertalian darah (keluarga) atau pengikut setia. Contohnya, jika seekor naga memainkan watak bajingan tetapi dibunuh oleh wira, watak lain (misalnya kakak naga itu) boleh mengangkat kerja bajingan yang lepas itu dan cari wira untuk menuntut bela.[7]:81

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ villain. (t.t.). Istilah Bahasa Melayu. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dicapai 3 Oktober 2020.
  2. ^ a b Safian Hussain (2017). Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur. m/s. 245. ISBN 978-983-62-0385-4.
  3. ^ en Roorda, Gericke (1901). "bajing". Javaansch-Nederlandsch Handwoordenboek. 33: BaSa-BaNga. E. J. Brill: Leiden, Belanda. m/s. 2: 741 – melalui Sastra Jawa kelolaan Yayasan Sastra Lestari. KN. eekhoorn, Sciurus
  4. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*zaqat evil; ugly". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 7 Mac 2023.
  5. ^ "The greatest villains in literature". The Daily Telegraph. 8 September 2017. Dicapai pada 5 Oktober 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ Blakeney, Katherine (2010). "Perceptions of Heroes and Villains in European Literature". Inquires Journal. 2 (1). Dicapai pada 25 Mac 2019.
  7. ^ a b c d e f Vladimir Propp (1968). Morphology of the Folk Tale (ed. 2). University of Texas Press. ISBN 0292783760. Dicapai pada September 5, 2019.