Pentadbiran tentera Jerman di taklukan Perancis semasa Perang Dunia II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pentadbiran Tentera di Perancis
Militärverwaltung in Frankreich (Jerman)
Occupation de la France par l'Allemagne (Perancis)
1940–1944
Bendera German-occupiFrance
Lambang German-occupiFrance
Bendera Lambang
Zon pendudukan Jerman (warna pink) dan Itali (warna kuning) ke atas Perancis: zone occupéecode: fr is deprecated , zone librecode: fr is deprecated , zone interditecode: fr is deprecated , Pentadbiran Tentera di Belgium dan Perancis Utara, dan pengilhakan Alsace-Lorrainecode: fr is deprecated
Zon pendudukan Jerman (warna pink) dan Itali (warna kuning) ke atas Perancis: zone occupée, zone libre, zone interdite, Pentadbiran Tentera di Belgium dan Perancis Utara, dan pengilhakan Alsace-Lorraine
StatusWilayah jajahan dibawah pentadbiran tentera Jerman
Ibu negaraParis
Panglima Tentera 
• 1940–1942
Otto von Stülpnagel
• 1942–1944
C.H. von Stülpnagel
• 1944
Karl Kitzinger
Era SejarahPerang Dunia II
22 Jun 1940
• Kes Anton
11 November 1942
25 Ogos 1944
Didahului oleh
Diganti oleh
1940:
Republik Ketiga Perancis
1942:
Perancis Vichy
1943:
Pentadbiran tentera Itali
Kerajaan Sementara Republik Perancis

Pentadbiran Tentera di Perancis (Jerman: Militärverwaltung in Frankreich; Perancis: Occupation de la France par l'Allemagne) adalah pihak berkuasa pendudukan interim yang ditubuhkan oleh Jerman Nazi semasa Perang Dunia II untuk mentadbir zon yang diduduki di kawasan utara dan barat Perancis. Zone occupée yang disebut ini dinamakan semula sebagai zone nord ("zon utara") pada November 1942, sementara zon yang tidak diduduki di selatan dikenali sebagai zone libre ("zon bebas") juga dijajah dan dinamakan semula sebagai zone sud ("zon selatan").

Peranannya di Perancis telah di atur oleh syarat-syarat yang ditetapkan oleh Perletakan Senjata Kedua di Compiègne selepas kejayaan blitzkrieg Wehrmacht yang menyebabkan Kejatuhan Perancis; pada masa yang sama pihak Perancis dan Jerman menganggap penjajahan itu bersifat sementara dan hanya tamat sehingga Britain mencapai kesepakatan, yang diyakini akan segera berlaku. Sebagai contoh, Perancis bersetuju bahawa askar-askar akan kekal sebagai tawanan perang sehingga semua permusuhan dihentikan.

"Negara Perancis" (État français), walaupun dari segi teori memperluaskan kedaulatannya diseluruh negara tetapi secara praktikal menggunakan kuasanya pada zon bebas, menggantikan Republik Ketiga Perancis yang telah dibubarkan. Oleh kerana Paris terletak didalam zon yang diduduki, kerajaannya yang berpusat di bandar Vichy, dalam negeri Auvergne, dan dengan itu ia lebih dikenali sebagai Perancis Vichy.

Walaupun kerajaan Vichy pada teorinya bertanggungjawab atas seluruh Perancis, pentadbiran tentera di zon yang diduduki adalah dibawah penguasaan de facto Nazi. Pemerintahan Nazi diperluas ke zon bebas apabila ia diceroboh oleh Jerman dan Itali semasa Kes Anton pada 11 November 1942 sebagai tindak balas kepada Operasi Torch, iaitu pendaratan tentera Bersekutu di Afrika Utara Perancis pada 8 November 1942. Kerajaan Vichy kekal wujud, namun kuasanya kini sangat terbatas.

Pentadbiran tentera Jerman di Perancis berakhir dengan Pembebasan Perancis selepas pendaratan Normandy dan Provence. Ia secara rasmi wujud dari bulan Mei 1940 sehingga Disember 1944, walaupun sebahagian besar wilayahnya telah dibebaskan oleh tentera Bersekutu pada akhir musim panas 1944.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Isabelle von Bueltzingsloewen, (ed) (2005). "Morts d'inanition": Famine et exclusions en France sous l'Occupation. Rennes: Presses Universitaires de Rennes. ISBN 2-7535-0136-X
  • Philippe Burrin (1998). France Under the Germans: Collaboration and Compromise. New York: New Press. ISBN 978-1-56584-439-1.
  • Robert Gildea (2002). Marianne in Chains: In Search of the German Occupation 1940–1945. London: Macmillan. ISBN 978-0-333-78230-9
  • Gerhard Hirschfeld & Patrick Marsh (eds) (1989). Collaboration in France: Politics and Culture during the Nazi Occupation 1940-1944. Berg Pub, ISBN 978-0854962372
  • Julian T. Jackson (2001). France: The Dark Years, 1940–1944. Oxford: Oxford University Press. ISBN 0-19-820706-9
  • Shtasel, Rebecca. "Workers’ resilience in occupied France: workers in Le Havre, 1941–1942." French History 34.2 (2020): 235-252.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]