Penyatuan Bulgaria dan Romania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta kesatuan Bulgaria–Romania jika ia berjaya dilaksanakan pada 1887 (atas) dan zaman moden (bawah).

Penyatuan Bulgaria dan Romania merupakan suatu usaha bagi menyatukan Bulgaria dan Romania menjadi satu negara, sama ada di bawah sebuah persekutuan, kesatuan peribadi atau konfederasi. Rancangan ini pernah diusulkan pada abad ke-19 dan ke-20, tetapi akhirnya menemui kegagalan. Gagasan ini pada mulanya memperoleh sokongan terutamanya di Bulgaria dan terdapat beberapa peluang untuk melaksanakannya. Cadangan tersebut biasanya diajukan oleh Bulgaria tetapi pihak Romania ingin memegang tampuk pemerintahan. Usaha ini akhirnya gagal disebabkan perbezaan budaya dan siasah di antara kedua-dua rakyat dan ditentang oleh kuasa-kuasa besar seperti Austria-Hungary dan terutamanya Rusia.

Gagasan ini sendiri mempunyai contoh bersejarah, kerana orang Bulgaria dan Romania pernah hidup bersama di bawah pemerintahan Empayar Bulgaria Pertama, yang memperluas kekuasaannya ke kawasan yang kini menjadi sebahagian dari Romania. Mereka juga pernah berada di bawah pemerintahan Empayar Bulgaria Kedua yang ditubuhkan melalui kerjasama antara orang Bulgaria dan Vlach (orang Romania) serta di bawah Empayar Uthmaniyah yang telah menewaskan empayar sebelumnya dan menakluk dan memerintah wilayah-wilayah yang didiami oleh orang Bulgaria dan Romania selama berabad-abad. Semasa penghujung abad ke-18, suatu konsep popular muncul di Balkan iaitu persekutuan bagi menyaingi empayar-empayar berhampiran dan menyelesaikan konflik di antara rakyat di kawasan itu. Gagasan ini akhirnya merebak di Bulgaria dan negara-negara pendahulu Romania (Moldavia dan Wallachia). Selepas penubuhan wilayah beruatonomi Prinsipaliti Bulgaria dan kemerdekaan penuh Romania pada 1878, hubungan dua negara tersebut dipertingkat, dan terdapat beberapa calon dari Romania untuk memegang takthta Bulgaria. Antaranya ialah Raja Carol I dari Romania dan bangsawan Gheorghe Bibescu, anak lelaki bagi mantan putera Wallachia. Akhirnya pada tahun 1879, seorang Jerman telah dipilih iaitu Alexander I.

Walaupun Alexander I mempunyai hubungan yang baik dengan Romania, beliau dipaksa untuk melepaskan takhta pada tahun 1886 berikutan tempoh pergolakan politik di Bulgaria yang disebabkan oleh Rusia, yang cuba untuk meluaskan pengaruhnya di negara itu. Disebabkan hal ini, Stefan Stambolov yang merupakan seorang pendukung anti-Rusia menjadi pemangku takhta. Satmbolov cuba untuk menubuhkan sebuah kesatuan peribadi bersama dengan Romania dan siri rundingan telah diadakan. Carol I mungkin menjadi ketua negara bagi dua kerajaan yang berbeza atau sebuah kerajaan yang tunggal. Walaupun Carol I berminat untuk menjadi penguasa Bulgaria, Rusia menentang keras dengan usaha ini, lalu mengancam untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Romania dan menyerang negara itu dan Bulgaria. Ini memaksa Carol I untuk melupakan kemungkinan tersebut. Selepasm itu, Ferdinand dari Sachsen-Coburg dan Gotha telah dipilih sebagai Putera Bulgaria pada Jun 1887. Pendekatan-pendekatan baru bagi mewujudkan sebuah kesatuan dicuba pada dasawarsa-dasawarsa kemudian dalam era komunis, terutamanya oleh Georgi Dimitrov. Walau bagaimanapun, Kesatuan Soviet menentang keras usaha itu dan pemimpinnya Joseph Stalin menganggap cadangan itu tidak dapat difikirkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Buku dan jurnal[sunting | sunting sumber]

  • Anghel, Florin (2017). "The correct price of Bulgarian communism: Romania as an external propaganda instrument (1947)" [Harga sebenar komunisme Bulgaria: Romania sebagai sebuah instrumen propaganda luar (1947)]. Historical Yearbook (dalam bahasa Inggeris). 14: 57–73.
  • Crampton, Richard J. (2005). A concise history of Bulgaria (dalam bahasa Inggeris) (ed. 2). Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-61637-9. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  • Hitchins, Keith (2014). A concise history of Romania [Sejarah pada Romania] (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. doi:10.1017/CBO9781139033954. ISBN 978-0-521-87238-6. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  • Lupu, Diana Cristiana; Niculae, Daniel Silviu (2017). "The Balkan Pact – history and modernity" [Pakatan Balkan – sejarah dan kemodenan]. Scientific Research and Education in the Air Force – AFASES (dalam bahasa Inggeris). 19 (2): 123–132. doi:10.19062/2247-3173.2017.19.2.17.
  • Madgearu, Alexandru (2016). The Asanids: the political and military history of the Second Bulgarian Empire (1185–1280) [Asanid: Sejarah politik dan ketenteraan Empayar Bulgaria Kedua (1185–1280)] (dalam bahasa Inggeris). Brill. ISBN 978-90-04-33319-2.
  • Nandriș, Grigore (1951). "The development and structure of Rumanian" [Perkembangan dan struktur Rumania]. The Slavonic and East European Review (dalam bahasa Inggeris). 30 (74): 7–39. JSTOR 4204290. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  • Nyagulov, Blagovest (2012). "Ideas of federation and personal union with regard to Bulgaria and Romania" [Gagasan persekutuan dan kesatuan peribadi berkenaan dengan Bulgaria dan Romania]. Bulgarian Historical Review (dalam bahasa Inggeris) (3–4): 36–61. ISSN 0204-8906.
  • Păcurariu, Mircea (2007). "Romanian Christianity". Dalam Parry, Ken (penyunting). The Blackwell companion to Eastern Christianity [Pendamping Blackwell ke Kristian Timur] (dalam bahasa Inggeris). Blackwell Publishing. m/s. 187–206. ISBN 978-0-631-23423-4. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  • Petcu, Marian (2012). Istoria jurnalismului din România în date: enciclopedie cronologică [Sejarah kewartawanan di Romania dalam data: ensiklopedia kronologi] (dalam bahasa Romania). Polirom. ISBN 978-973-46-3067-7.
  • Stoenescu, Alex Mihai (2010). Istoria loviturilor de stat în România: 1821-1999 [Sejarah rampasan kuasa di Romania: 1821-1999] (dalam bahasa Romania). 2. Editura RAO. ISBN 978-606-8255-04-0. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)

Laman sesawang[sunting | sunting sumber]

Akhbar:

Bancian:

The World Factbook CIA: