Perang Mamluk-Uthmaniyyah (1516–1517)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perang Mamluk-Uthmaniyyah
(1516–1517)
Sebahagian daripada Perang Uthmaniyyah di Timur Dekat
Abraham Ortelius - Tvrcici imperii descriptio.jpg
Wilayah Empayar Uthmaniyyah, diambil dari Theatro d'el Orbe de la Tierra de Abraham Ortelius, Anvers, 1602, dikemaskini berdasarkan edisi tahun 1570.
Tarikh 1516-1517
Lokasi Anatolia, Syria, Mesir
Hasil Kemenangan Uthmaniyyah, kejatuhan Kesultanan Mamluk
Yang berperang
Flag of the Ottoman Sultanate (1299-1453).svg Empayar Uthmaniyyah Mameluke Flag.svg Kesultanan Mamluk
Komander dan pemimpin
Flag of the Ottoman Sultanate (1299-1453).svg Selim I
Flag of the Ottoman Sultanate (1299-1453).svg Hadım Sinan Pasha
Mameluke Flag.svg Al-Ashraf Qansuh al-Ghawri
Mameluke Flag.svg Tuman Bey II

Perang Mamluk-Uthmaniyyah 1516–1517 adalah satu konflik di antara Kesultanan Mamluk di Mesir dan Empayar Uthmaniyyah, yang mana membawa kepada kejatuhan Kesultanan Mamluk dan penggabungan Syria, Mesir dan Semenanjung Arab sebagai wilayah di dalam Empayar Uthmaniyyah.[1] Perang ini menukarkan Empayar Uthmaniyyah dari memiliki kawasan kecil tanah Muslim, terutamanya yang terletak di Anatolia dan Balkan, kepada sebuah empayar besar yang terdiri daripada tanah-tanah traditional Islam, termasuk kota-kota bersejarah Mekah, Kaherah, Damsyik dan Aleppo. Ia bagaimanapun terus ditadbir dari Constantinople.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Hubungan di antara Mamluk dan Uthmaniyyah telah lama bertentangan: kedua-dua empayar bersaing untuk mengawal perdagangan rempah, dan Uthmaniyyah berharap agar akhirnya mereka berjaya mengawal kota-kota suci Islam.[3] Dalam konflik terdahulu, Perang Mamluk-Uthmaniyyah (1485–1491) telah tamat dengan jalan buntu.

Sultan Uthmaniyyah, Selim I baru sahaja mengalahkan Parsi dalam Pertempuran Chaldiran pada tahun 1514.[2] Beliau kemudian diaturgerak semula untuk menentang Mamluk, yang mana memerintah Syria dan Mesir, bagi melengkapkan kempen penaklukan Uthmaniyyah di Timur Tengah.[2]

Operasi[sunting | sunting sumber]

Kavalri berat] Mamluk sekitar tahun 1550. Musée de l'Armée.

Perang ini terdiri dari beberapa pertempuran. Tentera darat Mamluk lebih bersifat traditional, kebanyakan terdiri dari kavalri yang menggunakan panah, berlawanan dengan tentera darat Uthmaniyyah, terutamanya pasukan Janissaries, yang agak moden menggunakan arquebus.[4] Mamluk masih bangga dengan tradisi mereka dan tidak banyak menghargai penggunaan senjata api.[5][6]

Operasi di Levant (1516)[sunting | sunting sumber]

Uthmaniyyah berjaya menawan kota Diyarbekir di tenggara Anatolia.[2] Pertempuran Marj Dabiq (24 Ogos 1516) merupakan sebuah kemenangan muktamad bagi Uthmaniyyah apabila pemerintah Mamluk, Kansuh al-Ghuri telah terbunuh.[2] Jelasnya saiz pasukan Uthmaniyyah lebih besar dengan nisbah 3 kepada 1 berbanding Mamluk.[6] Syria fell under the rule of the Ottomans with this single battle.[6]

Pertempuran Yaunis Khan berlaku berhampiran dengan Gaza (1516) dan sekali lagi membawa kekalahan kepada Mamluk.

Operasi di Mesir (1517)[sunting | sunting sumber]

Meriam tampar Uthmaniyyah dengan 9 laras, pada awal kurun ke-16.

Selepas kematian Sultan Mamluk, Sultan baru, Tuman Bay, dengan terburu-buru mengerah anggota dari pelbagai kelas masyarakat dan Badwi, dan cuba melengkapkan tentera beliau dengan beberapa meriam dan senjata api, tetapi ia sudah terlambat dan dalam kuantiti yang kecil.[5][6] Akhirnya, Pertempuran Ridaniya berlaku di pintu masuk Kaherah pada 24 Januari 1517, yang mana menyebabkan komander Uthmaniyyah Hadım Sinan Pasha kehilangan nyawa beliau.[7] Dalam pertempuran ini , Selim I dan Tuman Bay berhadapan sesama sendiri. Senjata api dan meriam yang digunakan oleh Tuman Bay ternyata hampir tidak berguna, kerana Uthmaniyyah berjaya menyerang dari belakang.[6] Tuman Bay akhirnya berjaya ditangkap dan digantung pada pintu pagar Kaherah.[2]

Kempen ini disokong oleh sebuah armada yang terdiri dari kira-kira 100 buah kapal yang membekalkan anggota semasa kempen mereka hingga ke selatan.[8]

Beberapa hari berikutnya, Kaherah telah ditawan dan dijarah oleh Uthmaniyyah.[6] Akibatnya, Sharif Mekah menyerah kepada Uthmaniyyah, dan meletakkan kota-kota suci Mekah dan Madinah di bawah pemerintahan Uthmaniyyah.[2] Kuasa Uthmaniyyah meluas sehingga ke selatan Laut Merah, walaubagaimanapun kawalan ke atas Yemen masih lagi sebahagian dan berkelompok.[2]

Akibat[sunting | sunting sumber]

Pelindung kepala Uthmaniyyah dengan tanda kilang senjata Saint-Irene, Constantinople, sekitar tahun 1520. Musée de l'Armée.

Budaya dan organisasi sosial Mamluk diteruskan pada tahap wilayah, dan mengambil dan memberi pendidikan kepada "hamba" Mamluk diteruskan, tetapi pemerintah Mesir adalah seorang gabenor Uthmaniyyah yang dilindungi oleh militia Uthmaniyyah.[2][9] Kejatuhan Kesultanan Mamluk menyebabkan tamatnya Perang Laut Mamluk-Portugal, tetapi Uthmaniyyah kemudian mengambil alih cubaan untuk menghalang pengembangan Portugal di Lautan Hindi.

Penaklukan ke atas Empayar Mamluk juga telah membuka wilayah Afrika kepada Uthmaniyyah. Semasa kurun ke-16, kuasa Uthmaniyyah mungkin berkembang jauh ke barat Kaherah, di sepanjang pantai Afrika Utara. Hayreddin Barbarossa membina sebuah pangkalan di Algeria, dan kemudian menyudahkan Penaklukan Tunis pada tahun 1534.[2]

Kaherah kekal berada ditangan Uthmaniyyah sehingga tahun 1798, apabila Napoleon I mendakwa menghapuskan Mamluk dalam Penaklukan Perancis ke atas Mesir.[10]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]