Perang Salib Albigensian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perang Salib Albigensian atau Perang Salib Kathar (1209-1229) merupakan kempen ketenteraan selama 20 tahun yang dimulakan oleh Gereja Roman Katolik untuk membasmi penyelewengan mazhab Kristian Kathar di Languedoc. Perang Salib ini dilaksanakan oleh Perancis dan berbaur politik, yang menyebabkan bukan sahaja pengurangan besar amalan Kathar tetapi juga membawa wilayah Occitania ke dalam kerajaan diraja Perancis dan pengurangan pengaruh Mahkota Aragon yang wujud ke atas wilayah tersebut.

Perang Salib ini diisytiharkan oleh Paus Innocentius yang menawarkan tanah yang dimiliki para penyeleweng agama kepada mana-mana bangsawan Perancis yang sanggup memerangi pengikut Kathar tersebut. Keganasan Perang Salib ini menyebabkan Perancis melakukan rampasan tanah yang mempunyai hubungan kebudayaan dan bahasa dengan Catalonia dan lebih kurang 200,000 kepada 1,000,000 orang mati.

Perang Salib Albigensian juga berperanan dalam penubuhan dan penginstitusian kedua-dua Order Dominikan dan Inkuisisi Zaman Pertengahan.