Peratusan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Percent 18e.svg

Dalam ilmu matematik, peratusan ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100 (peratus bermaksud per seratus). Ia sering ditandai dengan tanda peratus, %. Sebagai contoh, 45% (dibaca sebagai "empat puluh lima peratus") sama dengan 45 / 100 atau 0.45.

Peratusan juga digunakan untuk menjelaskan sebesar mana sesebuah kuantiti dibandingkan dengan kuantiti yang lain. Kuantiti pertama seringkali mewakili sesebuah bahagian atau satu perubahan pada kuantiti kedua, yang sepatutnya lebih besar daripada sifar. Sebagai contoh, pertambahan $0.15 pada satu barangan yang harga asalnya bernilai $2.50 ialah peningkatan sebanyak 0.15 / 2.50 = 0.06 Nilai ini dinyatakan di dalam bentuk peratusan sebagai peningkatan sebanyak 6%.

Walaupun peratusan selalunya digunakan untuk menyatakan nombor-nombor di antara sifar dan satu, apa jua perkadaran tanpa matra boleh dinyatalkan dengan menggunakan peratusan. Sebagai contoh 111% ialah 1.11 dan -0.35% ialah -0.0035.