Perayaan Hantu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perayaan Hantu
Perayaan Hantu
Nama rasmi

Agama Buddha:
Ullambana
(Cina Tradisional: 盂蘭盆, Cina Ringkas: 盂兰盆, pinyin: Yúlánpén)

Fahaman Tao dan kepercayaan tradisi:
Zhōngyuán Jié
(Cina Tradisional: 中元節, Cina Ringkas:

中元节)
Juga dikenali sebagai Bulan Hantu
Diraikan oleh penganut agama Buddha, Tao, agama tradisional Cina
Jenis Perayaan Asia dan agama Buddha
Kepentingan Pembukaan pintu Neraka, membolehkan semua hantu untuk mendapat makanan dan minuman
Tarikh malam ke-14 bulan qamari ke-7
Amalan Penyembahan nenek moyang, menderma makanan (kepada para sami dan juga yang telah meninggal), membakar kertas topekong, berdikir
Berkaitan dengan Obon

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Perayaan Hantu ialah sebuah perayaan Cina yang disambut oleh orang Cina di merata dunia. Dalam kalendar Cina (kalendar lunisolar), Perayaan Hantu jatuh pada malam ke-14 bulan ke-7.

Mengikut adat resam Cina, hari ke-13 bulan ke-7 dalam kalendar qamari bergelar Hari Hantu dan bulan ketujuh secara amnya dianggap sebagai Bulan Hantu ( 鬼月), iaitu apabila hantu-hantu dan roh-roh, termasuklah para leluhur yang lama meninggal, keluar dari alam ghaib. Ketika perayaan Qingming ahli keluarga yang masih hidup memberi penghormatan kepada leluhur mereka manakala pada Hari Hantu yang meninggal menziarahi yang hidup. Pada hari ke-13 ketiga-tiga alam Syurga, Neraka dan fana dibuka dan pada masa ini penganut agama Tao dan Buddha melaksanakan upacara amal untuk mengubah dan membebaskan penderitaan orang yang meninggal. Ciri-ciri terpenting dalam Bulan Hantu ialah penyembahan nenek moyang, yang mana ketaatan para keturunan disambungkan kepada para leluhur walaupun selepas kematian mereka. Kegiatan yang dijalankan pada bulan ini termasuk menyediakan persembahan makanan secara ritual, pembakaran wang neraka dan bungkusan yang mendandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh-roh leluhur yang menziarah, iaitu melayan orang yang meninggal seolah-olah mereka masih hidup. Makanan dihidangkan dengan kerusi kosong bagi setiap ahli yang meninggal dalam keluarga. Keraian yang lain termasuk melepaskan perahu kertas kecil dan tanglung di atas air, yang menandakan tindakan membantu roh-roh sesat mencari jalan.

Perayaan Hantu di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Perayaan Hantu di Malaysia dimodenkan dengan persembahan pentas seolah-olah konsert dengan sifat-sifat tersendiri dan berbeza daripada keraian Perayaan Hantu di negara lain. Pertunjukan pentas yang dikenali sebagai 'Koh-tai' oleh penutur bahasa Hokkien ini dipersembahkan oleh sekumpulan penyanyi, penari, dan penghibur di atas sebuah pentas sementara yang didirikan di kawasan perumahan daripada dana sumbangan para penduduk.

Perayaan Hantu di Jepun: O-bon[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: O-bon
Berlatarkan penerangan Jambatan Albuquerque, sukarelawan Jepun meletakkan tanglung berlilin pada Sungai Sasebo River pada perayaan Obon.

O-bon, atau cuma Bon, merupakan versi Jepun bagi Perayaan Hantu yang lama berubah menjadi cuti perjumpaan semula keluarga yang mana penduduk bandaraya kembali ke kampung halaman untuk membersihkan dan menziarahi kubur nenek moyang mereka.

O-bon yang sering merangkumi pesta tarian ini lama wujud di Jepun sejak lebih 500 tahun lalu. Perayaan Jepun ini diadakan dari 13 hingga 16 bulan Julai (masing-masing "Obon Sambutan" dan "Obon Perpisahan" respectively) di pantai timur Jepun (Kantō), pada bulan Ogos di pantai barat (Kansai).

Hari Ibu Vietnam[sunting | sunting sumber]

Di Vietnam, perayaan ini bergelar Vu Lan dan dijadikan Hari Ibu. Pada hari inilah sesiapa yang ibunya masih hidup akan berterima kasih, manakala yang ibunya sudah tiada berdoa agar roh ibu-ibu mereka diberkati.