Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
Jenis Awam
Industri Perpustakaan
Ditubuhkan 1938
Ibu pejabat Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Bilangan lokasi Jalan Mahmood
Perancang utama YB. Dato' Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato’ Haji Hassan(Pengerusi)
Pemilik Kerajaan Negeri Kelantan
Laman web http://www.kelantanlibrary.gov.my (Portal Rasmi)
http://catalog.kelantanlibrary.gov.my (Web OPAC)

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) yang pada awalnya dikenali sebagai Perpustakaan Umum Carnegie yang ditubuhkan pada tahun 1938, hasil bantuan sebanyak 1,000.00 paun sterling dari Yayasan Carnegie di New York dan RM2,500.00 sumbangan dari kerajaan negeri Kelantan.

Bangunannya terletak di Jalan Doktor, Kota Bharu. Ahli Jawatankuasa yang terpilih pada waktu itu terdiri daripada En. A.C. Baker ;penasihat British, En.Gordon Hal, En. C.Crae dan YM Tengku Mahyiddeen. Bantuan sebanyak RM1,000.00 setahun diterima dari kerajaan negeri dari tahun 1939 - 1946. Walau bagaimanapun antara 1947 - 1949, pihak perpustakaan hanya menerima sebanyak RM500.00 dari kerajaan negeri sebagai bantuan tahunan.

Mulai tahun 1963, langkah-langkah pemulihan mula dijalankan dengan peruntukan tahunan sebanyak RM2,500.00 bagi perbelanjaan pengurusan dan pembelian bahan-bahan bacaan perpustakaan. Pada 1964, peruntukan telah ditambah kepada RM5,000.00 . Mulai 1hb. Januari 1965, pentadbiran perpustakaan telah diambil alih oleh Jumaah Amanah Perpustakaan Umum Carnegie. Hasil usaha Ahli Jumaah, perpustakaan ini mula dibuka kepada umum pada 1hb. Julai 1967.

Perpustakaan Umum Carnegie telah ditukarkan namanya kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan apabila Enakmen No.14 Tahun 1973 dikuatkuasakan. Pada waktu itu, perpustakaan ini dikendalikan oleh 3 orang kakitangan sahaja iaitu 2 kerani rendah dan seorang pelayan pejabat. Sehingga 1978, sumbangan dari kerajaan negeri adalah sebanyak RM5,000.00 setahun. Walau bagaimanapun peruntukan tahunan ditambah mulai 1979 - 1982 kepada RM35,000.00 setahun dan kakitangan juga bertambah kepada 6 orang.

Dalam Rancangan Malaysia Ketiga, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk pembinaan bangunan baru. Bangunan setinggi 3 tingkat dengan keluasan 31,000 kaki persegi di atas tapak seluas 1.13 ekar ini dibina di Jalan Mahmod, Kota Bharu. Urusan pembinaan dimulakan pada April 1981 dan siap sepenuhnya pada Oktober, 1982 dengan belanja yang meningkat hampir RM4 juta. Mulai 15hb. Februari, 1983 perpustakaan ini dibuka kepada orang ramai dan dirasmikan oleh KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan pada 1hb. April, 1983 dan secara rasminya telah dibuka kepada orang ramai.

Penubuhan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan ini antara lain ialah bertujuan untuk mengurus, menyelenggarakan dan memperluaskan penggunaan buku dan juga bahan-bahan perpustakaan kepada masyarakat. Setakat ini Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan telah mempunyai 7 buah perpustakaan cawangan dan 3 buah perpustakaan desa.

Ahli Lembaga Pengarah[sunting | sunting sumber]

Pengerusi[sunting | sunting sumber]

YB. Dato' Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato’ Haji Hassan

Timbalan Pengerusi[sunting | sunting sumber]

YB. Ustaz Mohamad Bin Awang

Ahli-Ahli:[sunting | sunting sumber]

YB. Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
YB. Dato' Pegawai Kewangan Negeri
YABhg. Dato' Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia
YABrs. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan
Wakil Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM)
YABrs. Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur
YBhg. Dato’ Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
YABrs. Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Kelantan
YABrs. Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan
YABrs. Tuan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
YABrs. Tuan Yang Di Pertua Majlis Daerah Tumpat
YABrs. Tuan Yang Di Pertua Majlis Daerah Kuala Krai
YABrs. Tuan Yang Di Pertua Majlis Daerah Gua Musang
YABrs. Pengarah/Setiausaha Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan

Alamat[sunting | sunting sumber]

Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
Jalan Mahmood,
15200 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim, Malaysia
Telefon: 609-7444522 / 609-7412522
Faks: 609-7487736
E-Mel: ppak@kelantan.gov.my

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]