Perbezaan sebutan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Seperti bahasa bahasa lain, bahasa Melayu perbualan mempunyai banyak loghat, daripada Kelantan sehinggalah ke Batam. Setiap loghat mempunyai cara sebutannya tersendiri dan boleh dikenali dengan mudah oleh penutur ibunda.

Perbezaan antara bahasa Melayu basahan di Semenanjung Malaysia dan bahasa Indonesia terletak pada sebutan akhir perkataan-perkataan yang mempunyai huruf vokal a dan u, dan huruf r. Contoh contoh ditunjukkan di bawah:


Isi kandungan

[sunting] Vokal a kepada e pepet

Pengguguran bunyi vokal a kepada e pepet untuk perkataan yang berakhir dengan "a":


Bahasa Melayu
Piawai Semenanjung Malaysia Indonesia
apa ape apa
siapa siape siapa
mana mane mana
benda bende benda

Pengguguran bunyi vokal a ini adalah disebabkan pengaruh Johor-Riau, iaitu piawai bagi bahasa Melayu yang digunakan oleh MABBIM. Walau bagaimanapun, sebutan sebegini dianggap sebutan basahan. Sebutan yang sebenar ialah sebutan baku:


[sunting] Vokal u kepada o

Apabila huruf vokal u diapit dua huruf konsonan dalam suku kata akhir, pengguna bahasa Melayu Semenanjung Malaysia selalunya menggugurkan bunyi u dan menggantikannya dengan bunyi o. Contoh-contoh dipaparkan dalam jadual di bawah:


Bahasa Melayu
Piawai Semenanjung Malaysia Indonesia
telur telor telur
gemuk gemok gemuk
takut takot takut
batuk batok batuk


[sunting] Pengguguran r di hujung perkataan

Pengguguran ini sememangnya terlalu biasa dilakukan di Semenanjung Malaysia:


Bahasa Melayu
Piawai Semenanjung Malaysia Indonesia
kotor koto_ kotor
hancur hanco_ hancur
ekor eko_ ekor


[sunting] Pengguguran r di sempadan suku kata

Pengguguran bunyi ini tidak semestinya dilakukan oleh penutur bahasa Melayu Semenanjung Malaysia. Kadang kala bunyi r disebut terlalu laju sehingga kedengaran seolah-olah digugurkan:


Bahasa Melayu
Piawai Semenanjung Malaysia Indonesia
permainan pe_mainan permainan
kertas ke_tas kertas
terduduk te_dudok terduduk

[sunting] Vokal i kepada e taling

Penukaran bunyi vokal i kepada e taling sering dilakukan di Semenanjung Malaysia:

Bahasa Melayu
Piawai Semenanjung Malaysia Indonesia
itik itek itik
cirit birit ciret biret cirit birit
piring pireng piring

[sunting] Lihat juga

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain