Perbincangan:Kapal wap

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pindah tajuk[sunting sumber]

Saya cadangkan rencana ini dipindahkan pada kapal wap. Ini kerana kapal api (fire ship) merujuk kapal yang dibakar semasa perang laut sebagai senjata. Yosri (bincang) 04:40, 1 Januari 2014 (UTC)[balas]

@Yosri:, ya, saya pun ada terfikirkan masalah ini sebelum menterjemah rencana. Mengikut PRPM, "kapal api" ada dua makna: steamship dan fire ship. Dalam memilih nama rencana, saya menggunakan prinsip yang digunakan ahli bahasa untuk menerangkan mengapa kata majmuk seperti "matahari" tidak dieja terpisah seperti "kereta api". Mereka kata ejaan "matahari" (DBP) sudah mantap. Pada saya penggunaan "kapal api" untuk steamship sudah mantap dalam pertuturan BM. Pertama, ini dapat dilihat dalam (Google books) penulisan ilmiah dan juga oleh DBP sendiri. Kedua, ini mungkin tak ilmiah, tapi saya kenal beberapa orang amat tua yang masih menggunakan "kapal api" apabila bercerita tentang ibadat Haji. Kalau rencana tentang fireship ditulis, kita boleh wujudkan laman nyahkekaburan. --Algazel (hubung) 07:00, 1 Januari 2014 (UTC)[balas]
Jika dilihat pada google books, istilah kapal api lebih digunakan buku Indonesia. Buku Melayu guna kapal wap http://www.google.com/search?q=%22kapal+wap%22&hl=en&gl=US&tbm=bks&oq=%22kapal+wap%22&gs_l=mobile-heirloom-serp.12...16647.20145.0.21755.8.8.0.0.0.0.1262.1360.1j7-1.2.0....0...1c.1.24.mobile-heirloom-serp..7.1.1260.SO2UcdaCIMY Saya cenderung pada kapal wap kerana laman wiki Indonesia turut menggunakan kapal uap. Yosri (bincang) 08:14, 1 Januari 2014 (UTC)[balas]
Saya juga rasa kapal wap lebih sesuai. Kalau tidak silap saya, istilah ini memang sudah biasa digunakan. Lihat rencana Enjin wap. --Kurnia [ bual ] 08:52, 1 Januari 2014 (UTC)[balas]
Jadi, semua setuju dengan penggguna istilah kapal wap. SNN95 09:00, 1 Januari 2014 (UTC)[balas]

@Yosri:, @Kurniasan:, saya lihat sudah dipindahkan. Itu OK mahupun saya berasa marah sedikit kerana @SNN95:, walaupun saya tahu niat anda baik, saya fikir sepatutnya pemindahan dilakukan selepas mendapat maklum balas drp saya atau selepas dipastikan yang perbicangan ini sudah selesai—saya tahu saya bukan tuan rencana ini tapi saya pencetusnya. Misalnya, SNN95, saya ada tinggalkan pesanan dalam rencana ns:Wikipedia dan Common.js yang anda sunting, tetapi tidak melakukan apa2 perubahan kerana menunggu maklum balas dan menghormati suntingan/usaha anda.

Sekarang, saudara2, saya mahu mendapatkan kepastian. Saya bukan nak berkeras (insist) atau bertekak, tapi nak menetapkan prinsip fundamental agar tidak keliru pada masa hadapan:

1. Saya melakukan amalan biasa dan menggunakan takrif PRPM yang menyatakan kedua-duanya betul. Adakah itu memadai atau adakah kita juga perlu menggunakan penulisan lain sebagai rujukan penggunaan bahasa?

2. Tak salah, saya kira, jika kita mengguna penulisan lain, tapi bagaimana harus kita tentukan yang satu lebih sesuai daripada yang lain? Dengan bilangan pulangan gelintar Google, status penulis, bilangan buku, ruang akhbar, agak-agak, atau bagaimana? Consensus tidak mencukupi kerana dalam soalan penggunaan bahasa, tak semestinya majoriti, yang pada wiki ini boleh dikira dengan jejari sebelah tangan, itu betul. Kita perlukan sumber autoritatif.

3. Walaupun saya berasa yang penggunaan penulisan lain itu OK, saya sarankan yang kita meletakkan lebih prioriti pada PRPM, kerana ini dapat mengelakkan perdebatan yang panjang. Misalnya kalau saya (atau penyunting lain) nak liat, dalam kes ini saya boleh utarakan alasan yang seorang Prof Emeritus kajian BM menggunakan kapal api untuk steamship dalam kamusnya dan oleh itu, kita juga harus ...blah, blah, blah....tak habis nanti.

4. Kita hanya harus rujuk penulisan lain sekiranya PRPM senyap tentang sesuatu perkara.

Saya menghargai penglibatan saudara2 dalam perbincangan ini dan berharap kita akan dapat membuat kepastian tentang prinsip yang saya nyatakan dalam mukadimah tadi. Saya perlu kepastian ini untuk usaha2 penterjemahan masa depan. --Algazel (hubung) 03:02, 2 Januari 2014 (UTC)[balas]

Dalam kebanyakan kes kita ikut DBP. Tetapi jika ada dua pilihan yang digunakan oleh DBP, kita akan guna yang jelas lebih popular atau yang unik bagi subjek itu sahaja. Contoh jika ada dua kegunaan, gunakan yang satu makna, elakkan istilah dua makna. Jika masih tidak jelas atau tidak disenaraikan, lihat penggunaan popular di media/undian. Jika kedua makna sama-sama digunakan oleh DBP adalah unik, terpulang pada para penulis untuk menggunakannya. Dalam kes ini saya hanya kemukakan hujah kerana perkataan itu ada dua makna. Juga carian di google books menunjukkan buku rujukan rasmi menggunakan istilah kedua. Yosri (bincang) 04:19, 2 Januari 2014 (UTC)[balas]
Maafkan saya, @Algazel:... Nak marah pun tidak mengapa. Saya berminda terbuka, setiap teguran dan cuba memperbaikinya. Setiap manusia mesti buat kesalahan ditambah pula jenis saya yang suka membuat sesuatu tanpa persetujuan. Pasal perbincangan di Wikipedia:Suntingan salinan juga saya tidak perasan. Saya sentiasa melhat perubahan tetapi terlalu banyak suntingan baru yang dibuat oleh penynting baru sehingga menolak suntingan yang anda buat di perbincangan Suntingan salinan... Maafkan saya sekali lagi... Saya amat menghargai setiap teguran dan amarah penyelia dalam WBM ni... Harap ini tidak menjejaskan saya sebagai penyelia baru. SNN95 04:26, 2 Januari 2014 (UTC)[balas]
Nampaknya SNN95 sudah meminta maaf. Tindakan anda memang salah. Ingat juga, kalau ada rencana yang dicadang untuk dihapuskan, jangan terus dihapus melainkan ia vandalisme yang ketara. Tentang "kapal api" pula, saya tidak pasti ia popular atau tidak. Kalau tidak salah, dalam buku teks sekolah istilah yang digunakan ialah kapal berkuasa wap, atau kapal wap (lihat ini). Lagi pula, jika anda bandingkan hasil carian google antara "kapal api" dan "kapal wap", hasil carian kapal wap lebih tepat kepada steamship. --Kurnia [ bual ] 05:12, 2 Januari 2014 (UTC)[balas]
@SNN95: OK. jangan risau, saya hanya berterus terang dengan anda kerana saya fikir anda ada sikap baik dan social skill untuk menerima teguran sedemikian. Secara ikhlas, anda dan yang lain di sini juga dipersilakan untuk menegur saya jika saya membuat silap. @Yosri: saya setuju jika sesuatu istilah itu, misalnya "kapal wap" atau "kapal stim", dipilih kerana ia memberikan hanya satu makna—saya akan gunakan prinsip ini. @Kurniasan:: OK, kehadiran dalam buku teks sekolah Malaysia saya setuju (kerana hanya sekolah2 Malaysia menggunakan buku teks BM). Saya juga akan menggunakan prinsip ini. Terima kasih semua kerana memberi maklum balas. --Algazel (hubung) 06:20, 2 Januari 2014 (UTC)[balas]
In sya Allah, @Algazel: & @Kurniasan:... SNN95 07:33, 2 Januari 2014 (UTC)[balas]