Perbincangan:Mamula Moon

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mana satu keluar dulu? Terang Bulan ke lagu negeri Perak? Berdasarkan sumber saya, seni kata lagu negeri Perak dicipta pada tahun 1901, bukan 1888.—Aviator, 16:31, 15 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Pembetulan: Berdasarkan penelitian sumber, lagu Terang Bulan telah pun popular di Perak sebelum Perak mempunyai lagu kebesaran. Lagu ini diperkenalkan oleh Raja Abdullah sekembalinya dari perbuangan di Mahe, Seychelles. Asal usul lagu negeri Perak pula berdasarkan dua pendapat. Pendapat pertama menyatakan bahawa lagu Perak mula dimainkan pada tahun 1888, manakala pendapat yang satu lagi menyatakan pada tahun 1901. Sila ambil perhatian bahawa dalam kedua-dua pendapat ini, lagu Perak ini hanya digubah berdasarkan irama Terang Bulan (iaitu dalam bentuk skor) dan dimainkan tanpa seni kata.—Aviator, 17:02, 15 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Saya tidak tahu mana punya pendapat yang menyatakan lagu Trang Bulah dan ada di Perak 1888. Kalau dan ada takkan Sultan Perak berkenan ia digunakan sebagai lagu negeri. Ketika Sultan Idris dari Perak melawat England pada 1888, pembantu peribadi sultan (Aide-de-camp), Raja Mansur ibni Sultan Abdullah, menggunakan lagu yang asalnya ditulis oleh Pierre Jean de Beranger sebagai lagu negeri Perak. Selepas dia kembali baru senikatanya ditulis, sebab itu ia dikatakan 1901. Lagu Trang Bulan pula hanya wujud 1920-an - 1930-an. http://www.national-anthems.org/history.htm Yosri (bincang) 17:16, 15 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Perhatikan betul-betul. Macam mana rombongan Diraja ke England itu boleh tahu irama lagu itu, melainkan lagu itu sudah pun popular di Perak? Satu lagi, katakan bahawa lagu Terang Bulan muncul selepas lagu negeri Perak, yakni diambil daripada lagu negeri Perak. Bukankah aib kalau lagu kebesaran negeri diciplak, dijadikan lagu popular dan dinyanyikan di majlis-majlis tarian? Sebab itu apa yang saya faham ialah lagu Terang Bulan muncul dulu, kemudian lagu negeri Perak diambil daripada Terang Bulan, dan kerana itu lagu Terang Bulan menjadi makin popular. Ketika 1920-an dan 1930-an, Terang Bulan bukannya baru muncul dan nak jadi popular, tetapi sudah mencapai status "evergreen". Ya lah, "Many Malaysians who grew up in the 1920's and 1930's have fond memories of this tune." Aya tini adalah berdasarkan kesesuaian. Takkan pula nak tulis "Many Malaysians who grew up in the 1890's and 1900's"? Orang yang lahir pada 1890-an dan 1900-an dah tak hidup pada hari ini!—Aviator, 18:16, 15 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Sila ambil perhatian, rombongan Diraja ke England itu boleh tahu irama lagu itu kerana ada diantara mereka telah dibuang negara ke Mahe, Seychelles kerana pembunuhan J.W.W._Birch. Mereka tidak akan memilih lagu yang popular di negeri Perak kerana Residen British akan mati ketawa bila mendengar lagu negeri Perak dimainkan. Lagu Trang Bulan dimainkan di majlis-majlis tarian luar bidang kuasa negeri Perak, seperti di Singapura pada 1920's and 1930's. Ayat "Many Malaysians who grew up in the 1920's and 1930's have fond memories of this tune." adalah kerana selepas ia dipilih sebagai lagu kebangsaan Malaysia, ia tidak lagi dibenarkan dimainkan di Malaysia, hanya tinggal dalam ingatan. Yosri (bincang) 15:28, 17 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Betulkah dalam kalangan mereka ada yang dibuang ke Mahe? Kalau ya, macam mana boleh dapat jemputan British pula? Umpama memanggil banduan mengadap di istana. Setahu saya, yang dibuang negeri itu ialah Raja Abdullah, dan Baginda tidak dijemput ke England.—Aviator, 13:59, 20 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Hanya kerana anda tidak tahu bukan bererti tiada. Lagi satu tolong baca/selidik sendiri dulu, supaya tidak buang masa saya menerang berulang-ulang. Lihat petikan ini:-
Tuan Haji Mubin Sheppard yang pernah memegang jawatan Pengarah Arkib Negara telah membuat penyelidikan mengenai asal usul lagu Negaraku ini. Beliau mendapati cerita dari dua adik beradik iaitu Raja Aminah binti Almarhum Sultan Abdullah dan Raja Halijah binti Almarhum Sultan Abdullah dan juga dari Raja Kamarulzaman. Mengikut dua adik beradik ini kali pertama mereka mendengar lagu ini yang sekarang dikenali sebagai Negaraku ialah di Mahe, Kepulauan Seychelles di mana ayahanda mereka iaitu bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan.
....Pada masa itu Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Raja Harun bin Sultan Abdullah, Setiausaha Sulit kepada Sultan adalah seorang ahli muzik..... Yosri (bincang) 00:54, 23 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Apa yang anda ingin sampaikan sebenarnya? Tiada seorang pun yang anda sebut dijemput ke England. Dan rombongan England itu tidak tahu lagu itu KECUALI setelah dipopularkan oleh Sultan Abdullah (atau putera dan puteri Baginda) di Perak. Satu lagi, rasional pemilihan Terang Bulan sebagai lagu negeri ialah pembantu Sultan itu kan sedang panik. Dia tak ada masa nak fikir apa lagu yang sesuai. Sebab itulah dia cadangkan lagu Terang Bulan saja. Sebab pun banyak. Rakyat sudah kenal lagu itu, tak ada masalahlah kalau dijadikan lagu negeri. Sultan lagilah perkenan, kan lagu itu lagu kegemaran Baginda?—Aviator, 02:10, 23 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Humm... Masih tak faham. Macam ini. Petikan:- Mengikut dua adik beradik ini (anak Sultan Abdullah) kali pertama mereka mendengar lagu ini yang sekarang dikenali sebagai Negaraku ialah di Mahe, Kepulauan Seychelles di mana ayahanda mereka iaitu bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan. menunjukkan anak Sultan Abdullah first time dengar lagu ini di Mahe sebelum 1888. Mereka pun jadi besarlah. Bila sudah besar, seorang lagi anak Sultan Abdullah, Raja Harun bin Sultan Abdullah telah menjadi setiausaha peribadi Sultan Idris. Sultan Idris pergi ke England. Sampai England, orang mintak lagu rasmi. Lagu yang dimainkan tidak boleh popular di Perak kerana Residen British Perak akan pecah lubang bahawa lagu itu bukan lagu rasmi Perak. Raja Harun ingatlah lagu dia masa kecik-kecik di Mahe. Raja Harus mainkan lagu Mahe itu. Pass tu jadi lagu resmi negeri Perak. Pass tu irama itu sampai ke Singapura sebagai lagu Trang Bulan. Lagu Trang Bulan tidak mungkin sampai ke Perak kerana di Singapura dan Selangor/KL (yang berada perantaraan) pun belum dengar/ada rekod mengenainya, hanya 1930-1940 (1888-1930 = 42 tahun selepas itu) baru ada rekod mengenai Trang Bulan dimainkan dalam Bangsawan di Singapura. Yosri (bincang) 02:40, 23 Ogos 2008 (UTC)[balas]
Kejamnya. Sampai anak-anak pun kena buang sekali?—Aviator, 04:20, 23 Ogos 2008 (UTC)[balas]

Terima kasih kerana penerangan itu. Jadi tidak betullah kalau dikatakan bahawa lagu negeri Perak diambil daripada Terang Bulan. Sebaliknya lagu Terang Bulan diadaptasikan daripada lagu negeri Perak, tak begitu? Saya gambarkan salasilah lagu-lagu ini dalam rajah ini:

Skor gubahan Pierre-Jean de Béranger, Mahe (1880-an)
                      |
                      v
   Allah Lanjutkan Usia Sultan, Perak (1888/1901)
                      |
                      +----------------------------+
                      |                            |
                      v                            |
    Terang Bulan, Singapura & Indonesia (1920-an)  |
                      |                            |
                      v                            |
          Mamula Moon, England (1947)              |
                                                   v
                                       Negaraku, Malaysia (1957)

Jadi, tak patutlah kalau sesetengah penyokong Konfrontasi menuduh bahawa Negaraku diciplak dari Terang Bulan milik mereka, sedangkan lagu Terang Bulan itu sendiri diciplak dari lagu negeri Perak.—Aviator, 04:20, 23 Ogos 2008 (UTC)[balas]