J.W.W. Birch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
James Wheeler Woodford Birch

James Wheeler Woodford Birch atau J.W.W. Birch (3 April 1826 - 2 November 1875) adalah Residen British pertama di Perak.

Birch dilahirkan pada 3 April 1826. Bapanya adalah seorang paderi, Reverend James Wheeler Birch, paderi gereja All Saints di Hertford, England.

Birch pernah berkhidmat dengan Tentera Laut DiRaja British buat seketika, dan ditugaskan berkhidmat di atas kapal HMS Alfred yang ditugaskan meronda pantai di Amerika Selatan. Jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh Birch adalah:

  • Disember 1846 – Pesuruhjaya Jabatan Jalanraya, Ceylon (sekarang Sri Lanka)
  • November 1852 – Penulis di Jabatan Perkhidmatan Awam, ditempatkan di Pejabat Wakil Kerajaan, Jaffna
  • April 1853 – Majistret Polis di Jaffna
  • Oktober 1853 - Galle.
  • Januari 1854 - Mallakam.
  • Januari 1854 - Chavakachcheri (memangku).
  • Ogos 1854 - Pemangku Penolong Wakil Kerajaan in Trincomalee - Perlantikan disahkan dalam bulan Disember 1854.
  • Mac 1856 – Hakim Daerah Batticaloa.
  • Januari 1859 to Mei 1862 - Pemangku Penolong Wakil Kerajaan, Batticaloa
  • September 1864 - Pemangku Penolong Wakil Kerajaan, Ratnapura.
  • Ogos 1865 - Kurunegala
  • Julai 1866 – Pemangku Penolong Wakil Kerajaan, Hambantota.
  • Oktober 1867 – Pemangku Wakil Kerajaan dan Pemungut Cukai, Wilayah timur. Perlantikan disahkan dalam bulan Jun 1868.
  • Mei 1870 to 1874 – Setiausaha Kolonial, Negeri-Negeri Selat.
  • November 1874 to 1875 – Residen British Pertama di Perak, dibunuh oleh orang-orang Melayu yang menentang penjajahan British

Maut di Pasir Salak[sunting | sunting sumber]

Pada November 1874, Birch dilantik sebagai Residen British yang pertama di Perak. Tugasnya adalah mengutip cukai dan mentadbir Perak.

Birch mentadbir negeri tanpa mengambil tahu peraturan kerajaan negeri yang telah lama diamalkan. Beliau juga tidak berusaha belajar adat resam orang Melayu dan Raja-raja Melayu. Birch mengeluarkan arahan menuntut semua hasil cukai dan pendapatan negeri dikutip pegawai kerajaan. Hukuman akan dikenakan kepada mereka yang mengutip cukai tanpa mengikut peraturan British.

Tindak tanduk Birch dan kelibatnya tidak menyenangkan orang Melayu. Beliau juga mendapat tentangan dari Sultan Abdullah, yang pada masa itu merupakan Sultan Perak di bawah pemerintahan British.

Birch terus bertindak agresif dan mentadbir dengan bantuan polis untuk menakutkan orang. Dato Maharaja Lela and Datuk Sagor (Seri Agar), ketua Kampung Gajah membantah arahan dari Birch dan pegawainya.

Pada 1 November 1875, Birch dan kumpulannya sampai di Pasir Salak. Orang Melayu yang bersenjata ketika itu sudah berkumpul di tepi sungai berhampiran dengan bot Birch dan mengonyakkan semua surat arahan British yang ditampal. Mereka kemudian membaling lembing ke arah Birch dan menghumbankannya ke dalam sungai.

Birch dikatakan dibunuh ketika beliau sedang mandi [1] (sesetengah pendapat lain mengatakan beliau sedang membuang air besar) didalam tandas rakit di sebuah sampan pegawai British. Birch telah dibunuh dengan kerjasama Dato Maharaja Lela dan rakan-rakannya iaitu Datuk Sagor, Siputum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim, Ngah Jabor dan lain-lain. Beliau dibunuh di Pasir Salak pada 2 November 1875. Kerani Melayunya, Mat Arshad, turut terbunuh dalam peristiwa tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Frederic Boase, (1892), 'Modern English biography: containing many thousand concise memoirs of persons who have died since... 1850'. Volume 1: A-H. Truro: Netherton and Worth.
  • Ceylon Civil Lists 1870.
  • Colonial Office List 1874.
  • Straits Settlement Blue Books.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]