Perbincangan pengguna:Edmundwoods/November 2007

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Peristiwa Terkini[sunting sumber]

Harap anda tak tambah peristiwa terkini jika anda langsung tidak bercadang menulis mengenainya. Saya tinggalkan Presiden Argentina untuk anda. ...Aurora... 14:12, 31 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Saya tak minta keseluruhan rencana, hehe, tapi kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan :) ...Aurora... 13:57, 1 November 2007 (UTC)[balas]

Shh...

Penerangan dari saya[sunting sumber]

Hai Sir Edmund, saya minta Didie sekat pengguna Fair tyco83 kerana perkataan "tyco" ini merupakan perkataan untuk "gangster" bagi saya berdasarkan kata dari orang gangster yang menyebutnya di sekolah menengah saya. Jika anda fikirkan pendapat saya ini mungkin salah, anda dialu-alukan untuk nyahsekat pengguna ini jika anda mahu. — Imran Al-Sahih 14:46, 3 November 2007 (UTC)[balas]

Jawapan SPR (2)[sunting sumber]

Hi Edmund, sebenarnya saya tidak hairan bahawa tiadanya penyumbang bagi tapak web saya. Saya sengaja memilih bidang yang tidak panas di Wikipedia bahasa Melayu supaya tidak bercanggah dengan kepentingannya. Sila fikir sebentar? Jika Wikipedia bahasa Melayu juga hanya merupakan portal teknologi maklumat sahaja, akankah ia berjaya, walaupun empat tahun sejarah serta jenama antarabangsanya? Saya rasa prestasinya akan lebih teruk daripada portal saya.

Tetapi meninjau kembali, saya telah silap. Sebenarnya, saya tidak perlu menghiraukan sebarang kepentingan Wikipedia bahasa Melayu sama sekali ketika memilih bidang portal saya kerana kesemua penyumbang di sini tidak menyokong saya walaupun banyak yang saya sumbang kepada Wikipedia bahasa Melayu. Mereka cuma gembira apabila menerima. Apabila bagi sikit, adoiii!!!! sakitnya gigi seolah-olah nak mati, hehehe! Sememangnya, semua orang mementingkan diri sendiri. Cuma tahap berbeza. Kan sekarang jelas?

Mementingkan diri[sunting sumber]

Biasanya orang yang mengaku dia mementingkan diri akan memberikan lebih banyak sumbangan daripada mereka yang mengatakan bahawa mereka tidak mementingkan diri. Ini adalah kerana mereka sentiasa sedar akan kelemahan sendiri. (Di manakah pejuang kemanusiaan yang tidak mementingkan diri itu, hehehe? Hilang terus selepas mukanya saya bantu mencuci, hehehe.) Namun saya kini berasa bahawa masa selama 18 bulan di sini adalah sia-sia sahaja. Kalau boleh mengembalikan masa, saya tidak akan berbuat demikian. Saya sepatutnya harus menyumbang kepada berbilang portal, bukan menumpukan masa pada mana-mana satu portal. Atau memulakan portal sendiri lebih awal. Kan lagi baik bagi saya jika kira-kira 5,000 buah rencana yang saya sumbangkan di sini disumbangkan di sana? Jika berbuat demikian, saya kini tiada sebarang pesaing lagi dalam bidang teknologi maklumat bahasa Melayu, hehehe.

Perjuangan sumber terbuka dan pelesenan GFDL[sunting sumber]

Banyaknya pejuang sumber terbuka dan pelesanan GFDL. Tetapi banyak mereka itu tidak tahu apa yang diperjuangkan mereka. Disebabkan perjuangan itu bersifat kemanusiaan, mereka turut berserta tanpa mengetahui sebarang apa yang terlibat, hehehe. Sila rujuk kepada arkib di Kedai Kopi untuk perbincangan panjang lebar tentang perjuangan tersebut. Akhirnya, cakap tak serupa bikin, ahhhhhhhh-ha-ha-ha-ha.

Forum Teraju[sunting sumber]

Tetapi suasana di Forum Teraju kelihatan amat baik, dengan semua penggunanya bersopan-santun dan tolong-menolong antara satu sama lain. Ini adalah kerana pentabirannya memang amat baik. Apabila salah seorang penyumbang cakap keras sedikit ketika menjawab soalan, pentabir portal mengirimkan e-mel kepadanya secara senyap. Namun macam mana kita tahu tentang perkara itu? Kerana penyumbang itu sendiri membongkar emel itu dan meminta maaf. Cara saya mudah sahaja. Jika orang baik kepada saya, saya lagi baik kepadanya. Jika orang itu nak keras, saya lagi keras!

Layanan "berat sebelah"[sunting sumber]

Adakah Aviator dan anda berpuas hati atau tidak, saya tidak peduli. Asalkan kedua-dua anda jangan datang ke mana-mana satu portal saya lagi. (Saya akan membuka sekurang-kurangnya empat buah portal.) Buang masa anda dan buang masa saya. Kelihatan ketua Wikipedia bahasa Melayu juga bertindak seperti anda dengan membubuh url halaman penggunanya di portal saya, hehehe. Caranya tepat sama dengan cara anda, entah disengajakan atau memang kebetulan, hehehe. Adakah saya menghapuskan halamannya seperti dengan cara saya mengolah anda? Tidak! Sebaliknya, saya telah memeliharakan halaman penggunanya bak temuan arkeologi sebagai sebahagian sejarah portal Ensiklokamus, hehehe. Mungkin anda akan berkata. "Tak adil! Tak sama layanan!" Ya, memang tak sama. Dia ketua Wikipedia bahasa Melayu, lu siapa? Namanya boleh dijadikan iklan atau publisiti di halaman utama saya, apakah nilai nama anda?

Air mata buaya[sunting sumber]

Jangan pura-pura berasa sedih ibarat air mata buaya! Hanya orang yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan sesuatu projek, apa jua bentuknya, akan benar-benar berasa sedih apabila projek itu gagal. Adakah anda pernah menyumbang? Tak, kan? Anda hanya berak di sana. Saya tahu anda gembira. Sebenarnya, portal itu akan dibuka semula kemudian apabila saya mencapai sekurang-kurangnya 1,000 atau mungkinnya 5,000 rencana, hehehe. Jangan sedih, ya? hehehe.

Kebanggaan saya[sunting sumber]

Saya berasa bangga kerana portal saya itu kini adalah antara portal teknologi maklumat bahasa Melayu yang utama, jika bukan terbesar, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia, hehehe. Walaupun demikian, pencapaian di "seluruh dunia" itu langsung tidak bermakna. Ketika saya mengehoskan Ensiklokamus di Amerika Syarikat, saya benar-benar dapat perasan bahawa bahasa Melayu bukannya salah satu bahasa yang utama di arena antarabangsa. Hanya terdapat 16 orang pelawat yang mengunjungi portal saya selama 2 bulan, berbanding dengan melebihi 1,200 orang pelawat dalam tempoh yang sama (iaitu dua bulan juga) apabila tapak web saya dipindahkan ke Malaysia. Namun dengan saya seorang tunggal sahaja, saya telah mencapai hasil yang amat memuaskan. Kini, kamus istilah IT saya boleh bersaing dengan hampir semua kamus istilah IT dalam talian yang lain, hehehe. Tunjukkan mana-mana satu portal yang mempunyai melebihi 400 buah rencana IT, jangan cakap juga mempunyai kamus untuk memudahkan penterjemahan?

Memperalatkan agama Islam[sunting sumber]

Baik kita jangan bertemu pada bila-bila masa. Saya memang benci akan orang yang "masuk Islam" hanya untuk mendapatkan sesuatu, apalagi kalau yang didapatkan hanya merupakan pangkat penyelia di Wikpedia. Banyaknya oportunis yang memeluk Islam di Malaysia. Apabila mereka tidak dapat atau sudah dapat apa yang diingini, mereka tidak mengendahkan agama Islam lagi. Ini tidak bermakna bahawa semua orang Cina adalah sedemikian. Banyaknya orang Cina yang masuk Islam di negara China, tetapi mereka masuk kerana percaya akan agama itu, bukan kerana hendak mendapatkan sesuatu! Saya tidak mengesyaki orang Islam yang tinggal di China kerana mereka bukan sahaja tidak boleh mendapatkan sebarang manfaat duniawi dengan menganuti agama itu tetapi sebaliknya menghadapi ancaman daripada pihak kerajaan dan masyarakat mereka, sekurang-kurangnya pada suatu ketika.

Menepis air di tempayan, terpercik ke muka sendiri. Cepat-cepat arkibkan halaman ini, hehehe!! — Syarikat Pemunggahan Rencana 18:48, 4 November 2007 (UTC)[balas]


Itulah dia apabila saya mengatakan: "Banyaknya oportunis yang memeluk Islam di Malaysia. Apabila mereka tidak dapat atau sudah dapat apa yang diingini, mereka tidak mengendahkan agama Islam lagi."

Edmund The King of The Woods menjadi EdmundEzekielMahmudIsa untuk mendapatkan jawatan penyelia. Apabila sudah dapat jawatan itu, namanya dipulihkan pulak menjadi Edmund The King of The Woods, hehehe. Sebenarnya, nama apa yang hendak anda gunakan sekarang? — Syarikat Pemunggahan Rencana 15:39, 5 November 2007 (UTC)[balas]

Tentang anda - Are you a retired senior citizen?[sunting sumber]

Humm.... Saya bekerja, sebab itu saya kurang berbual. Bila lapang, saya terus menangani pesalah laku dan menaipkan maklumat yang ada dalam kepala/diterjemahkan. Biasanya saya habiskan 13 jam memantau laman ini. Cuma sekarang saya terpaksa kurangkan, disebabkan bebanan kerja memuncak sehingga akhir tahun, kepada 45 minit. Lagipun, biarlah tenaga baru pula yang menyambung wawasan ini. Sampai bila hendak bertongkat? Dari berdukung mula merangkat. Dari merangkak mula bertatih. Dari bertatih mula berjalan. Dari berjalan mula berlari... Yosri 08:31, 5 November 2007 (UTC)[balas]

Tolonglah cuba untuk beralah, Edmund.[sunting sumber]

Hai Sir Edmund, cubalah sedaya-upaya untuk beralah walaupun kemungkinan besar SPR menyakitkan hati anda. Lagipun juga, macamana anda nak hidup kalau anda tidak mempunyai sikap beralah. Boleh jadi gila tau kalau anda mempunyai sikap tak suka beralah. Kerana jika anda tidak beralah, maka akan terjadi pergaduhan besar, adakah anda mahukan itu? Dalam Islam, sesiapa yang beralah, walaupun dia betul, Allah (Tuhan) akan memberikan istana di syurga. Jika anda mahu hidup anda senang, dengar nasihat saya ini, saya harap anda faham maksud saya. Sekian Salam, Araka fi ma ba'd. (Shalom, Nitra’e bekarov!) — Imran Al-Sahih (Amram HaNe'eman) 12:55, 5 November 2007 (UTC)[balas]

Kalau begitu, saya akan sekejap lagi menasihat SPR. Terima kasih atas hati terbuka anda. — — Imran Al-Sahih 05:39, 6 November 2007 (UTC)[balas]

Jangan tulis kepada saya lagi[sunting sumber]

Anda berkata: "Kini air liur anda lebih dpd teh tarik...." Jika anda tidak hendak jawapan, jangan tulis kepada saya lagi okey, Edmunderrrr, EdmundEzekielMahmudIsa, Edmund King of the Woods, errrr........ kini saya pun keliru. Sebenarnya anda telah dilantik sebagai penyelia Wikipedia atas nama EdmundEzekielMahmudIsa, namun kekalkanlah nama itu. Jangan ketepikan nama itu selepas dilantik! — Syarikat Pemunggahan Rencana 18:13, 5 November 2007 (UTC)[balas]

Salah laku[sunting sumber]

Walaupun 1 laman, bahasanya menunjukkan bangsa asing, tidak mungkin dia mampu menyumbang bahasa Melayu, kecuali membuat kacau lagi. Lagipun pilihan laman menunjukkan seorang rasis. Tak perlulah mengambil risiko dengan IP sedemikian, terutama dengan peningkatan pesalah laku. Yosri 09:23, 7 November 2007 (UTC)[balas]

Sebab saya dan Aviator rasa istilah "hapus" lebih tepat dari "padam". ...Aurora... 13:17, 8 November 2007 (UTC)[balas]

Tentang Saya[sunting sumber]

PTS nih bukan sebab kepandaian seseorang tuh. Bagi yang lahir 1 Januari hingga 5 Januari layak untuk masuk ke darjah 1. Sekarang dah dilanjut hingga 15 Januari tapi kena buat rayuan. Ini bukannya Ujian Darjah 5. Ditulis dalam surat yang saya wajib masuk ke sekolah pada tahun 2000 dan saya layak untuk mengulangi peperiksaan UPSR ,PMR dan SPM. Terima Kasih. Andre Arthur 01:34, 9 November 2007 (UTC)

Oh maaf banyak2 ye kerana tak jemput anda memberikan pendapat mengenai pembukaan Wikiquote ms[sunting sumber]

Hai Sir Edmund, saya minta maaf banyak-banyak ye kerana buat masa itu terlalu banyak masa yang saya sibuk dan yang perlu terlalu banyak difikirkan. Jika anda sudah kemukakan pendapat anda di meta mengenai projek ini, bagus. Anyway, sekian, salam (shalom). — Imran Al-Sahih 11:28, 13 November 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih[sunting sumber]

Terima kasih atas penghargaan anda. Polar 11:28, 13 November 2007 (UTC)[balas]

Seperti juga Polar, terima kasih diatas penghargaan yang diberikan. Semoga anda senantiasa membantu dan memajukan Wiki Melayu. Salam. Hafrul 11:36, 13 November 2007 (UTC)[balas]

Opps, maaflah banyak2 kerana terlupa dan terlepas pandang mengenai perkara ini, terima kasih kerana memberikan penghargaan kepada pada hari Selasa, 6 November 2007 yang lalu. — Imran Al-Sahih 11:42, 13 November 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih jugalah atas penghargaan anda. — Didie 04:15, 14 November 2007 (UTC)[balas]

Sama-sama kpd semua. --Edmund The King of The Woods! 19:31, 13 November 2007 (UTC)[balas]
Kpd Polar & Hafrul: Sebenarnya saya pun tak berapa faham kenapa saya tiba-tiba terasa nak menganugerahi anda berdua, hehe... Anyway, both of you are great!
Kpd Didie & Imran: Kerana anda berdua berusaha menjaga keamanan ketika saya bertengkar dgn SPR.
You people are great! --Edmund The King of The Woods! 09:51, 14 November 2007 (UTC)[balas]

Saya tak kata saya menolak, saya tak membantahpun penggunaannya. Dan saya tak mahu meneruskan lagi apa-apa perbualan kerana sudah tidak penting bagi saya lagi. Saya terpaksa makan pil semalam kerana hanya kerana benda remeh itu. O dunia... :) Polar 23:18, 14 November 2007 (UTC)[balas]


Sama-sama Edmund. Bersatu teguh, bercerai roboh. :) — Imran Al-Sahih 04:06, 15 November 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih, dan sama-sama :) ...Aurora... 14:51, 15 November 2007 (UTC)[balas]
Sama-sama. --Edmund The King of The Woods! 15:51, 15 November 2007 (UTC)[balas]

Tentang Komputer Saya[sunting sumber]

Sekarang saya dah boleh cipta rencana baru dengan syarat tak boleh masuk. What........ Saya tak kisah.......Qada dan qadar....... Saya sekarang cuba menukar komputer dari window xp ke window vista. Kalau berhasil saya bagi tau

Gelaran Sheikh[sunting sumber]

Contohnya panggilan macam abang ker. Macam siti lar, dalam kamus maksudnya puan tapi kalau saudara pergi ke Mesir, siti tu hanya digunakan untuk panggilan nenek! Maaf dipinta ,Ukhuwah terjalin....... Salam Ukhuwah Filah dari saya Putera Luqman Tunku Andre 06:44, 15 November 2007 (UTC)[balas]

Pesanan anda[sunting sumber]

Terima kasih atas pesanan anda. Sekiranya saya perlu menukar nama pengguna, saya perlu membuat permohonan untuk 3 versi Wikipedia. Masih sedang fikir nama yang baik. Saya berjanji akan menukar nama pengguna sebelum akhir tahun ini. Sekiranya nama pengguna saya masih tidak ditukar, anda boleh menyekat saya atau memohon untuk menghentikan saya sebagai penyelia. MSWiki 09:53, 15 November 2007 (UTC)[balas]

Saya berasa agak terkejut apabila melihat interwiki nama pengguna anda. Tidak kusangka anda membuka banyak lagi akaun di versi lain. Adakah anda melakukan perkara lain selain daripada melakukan interwiki?

Untuk PMR saya, saya sebenarnya agak risau tentang keputusannya. Baru-baru ini asyik bermimpi buruk tentang keputusannya. Bagaimanakah dengan SPM anda-masih belum habiskan? Maafkan saya kerana tidak dapat berbual dengan lebih lanjut kerana tidak ingin melanggar peraturan di sini. Wikipedia bukanlah forum untuk berbual. Walau bagaimanapun, hantarkan alamat e-mail anda kepada saya untuk memudahkan sebarang perhubungan yang tidak berkaitan dengan Wikipedia.

Terima kasih atas cadangan nama yang diberikan oleh anda. Terdapat beberapa hal yang perlu saya pastikan sebelum mengubah nama pengguna. Saya akan beritahu anda apabila ada masa. MSWiki 11:52, 15 November 2007 (UTC)[balas]

Saya rasa Edmund tau kan maksud xenophobia........ader pengguna guna nama tu sekarang. Putera Luqman Tunku Andre 17:17, 15 November 2007 (UTC)[balas]

Terima Kasih (2)[sunting sumber]

Syukran Jazilan , Merci dan Thank You. Putera Luqman Tunku Andre 17:22, 15 November 2007 (UTC)[balas]

You're welcome. --Edmund The King of The Woods! 17:23, 15 November 2007 (UTC)[balas]

Maaf, awak telah menggunakan perkataan 'Assalamualaikum' ke atas saya. Assalamualaikum bermaksud 'sejahtera ke atas kamu' dan jawapannya waalaikumusalam 'sejahtera ke atas kamu juga'. Tetapi jika seseorang bukan Islam memberi salam kami sebagai orang Islam harus menjawab 'waalaikumusam' yang bermaksud 'binasa ke atas kamu'. Tapi saya tak menjawab saya tau saudara tak tahu. Putera Luqman Tunku Andre 17:27, 15 November 2007 (UTC)[balas]

Mencelah sedikit: berkenaan hal pemberian salam, adalah tidak patut bagi orang Muslim menjawab salam orang bukan Muslim dengan ucapan "waalaikumussam". Sebaliknya, cara yang betul seperti yang dilakukan oleh Rasulullah ialah dengan menjawab "waalaikum" sahaja. "Waalaikumussam" (binasa ke atas kamu) adalah ucapan yang pernah diberi oleh seorang Yahudi kepada Rasulullah untuk mengejek Baginda.—Aviator, 00:22, 16 November 2007 (UTC)[balas]

Saya rasa keliru skrg... takkan saya nak ucap binasa terhadap org lain pula!? --Edmund The King of The Woods! 10:54, 16 November 2007 (UTC)[balas]

awak patut paham perkataan 'harus' dan 'wajib' dari segi Islam.

Saya dh fhm skang lps baca buku, saudara mendoakan kesejahteraan saya dgn ikhlas. Mengapa saya perlu mendoakan keburukan kpd saudara pulak. Maaf dipinta ,Ukhuwah terjalin Putera Luqman Tunku Andre 16:02, 16 November 2007 (UTC)[balas]

OK tak apa, asalkan kita boleh hidup bersama dgn mesra tanpa batasan agama. Salam. --Edmund The King of The Woods! 16:08, 16 November 2007 (UTC)[balas]

Sebenarnya Jerman Barat dan Jerman moden merupakan institusi yang sama. Dalam penyatuan Jerman 1990, Jerman Timur hanya dimasukkan ke dalam (dissolved into) institusi Jerman Barat untuk membentuk Jerman bersatu. Kalau anda lihat, nama rasmi bagi kedua-dua Jerman Barat dan Jerman ialah "Republik Persekutuan Jerman". Oleh sebab kita tidak mempunyai rencana untuk Jerman Barat, jadi saya alihkan Jerman Barat kepada Jermanlah. -Yk Yk Yk 11:50, 16 November 2007 (UTC)[balas]

Btw, terima kasih atas penghargaan anda. -Yk Yk Yk 14:13, 16 November 2007 (UTC)[balas]

Sama-sama.
Tapi utk pasal Jerman pula, walaupun adalah kerajaan yg sama sebenarnya, namun tetap dua negara yg berbeza, jadi saya rasa tak perlu buat laman pelencongan Jerman Barat, kalau kita tak menulis rencana itu. --Edmund The King of The Woods! 15:05, 16 November 2007 (UTC)[balas]

Tahniah Mr Edmund.[sunting sumber]

Hai Mr Edmund, kerana dianugerahkan satu lagi pingat barnstar, kali ini dari saya. Di atas penghargaan anda yang bermakna. — Imran Al-Sahih 12:01, 16 November 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih banyak-banyak. --Edmund The King of The Woods! 15:05, 16 November 2007 (UTC)[balas]

Mengenai anugerah anda[sunting sumber]

Hai Mr Edmund, maaf banyak2 ye kerana lambat reply, sebab bercuti, sebenarnya saya menganugerahkan anda, "mengambil berat tentang wikipedia ms" kerana anda, walaupun tidak dapat aktif, sentiasa cuba berada di sini sekerap yang mungkin. Jadi itulah saya meletakkan sifat anugerah ini kepada anda. — Imran Al-Sahih 05:21, 20 November 2007 (UTC)[balas]

Good job[sunting sumber]

Good job. Very efficient of you. Dekoelie 17:44, 20 November 2007 (UTC)[balas]

Thanks! --Edmund The King of The Woods! 17:52, 20 November 2007 (UTC)[balas]

Rencana tersebut kosong, jadi barangkali pautan interwiki itu rosak atau kesan vandalisme. إير bukanlah perkataan Arab, sebaliknya mungkin merupakan transliterasi bagi perkataan Inggeris air.—Aviator, 18:20, 21 November 2007 (UTC)[balas]

"Laman ini tidak mengandungi sebarang teks. Anda boleh mencari tajuk laman ini di laman-laman yang lain atau menyunting laman ini." :) —Aviator, 11:15, 22 November 2007 (UTC)[balas]

Thank you[sunting sumber]

T.Q for your barnstar. I will continue to contribute to earn more barnstar from you. Have a nice day ahead. Kelly Ho 01:53, 22 November 2007 (UTC)[balas]

Tip buat rencana baru yang diterjemah dari wiki en[sunting sumber]

Hai Mr Edmund, saya mahu berikan tips kepada anda dalam buat rencana baru. Anda cut dan paste kandungan dari wiki en ke ms, kemudian anda terus terjemahkan 10% hingga 15% peratus kandungan tersebut, takpe kalau agak lama sikit pun takpe, asalkan tak log out akaun sendiri secara otomatik semasa hendak simpan rencana yang disunting lama. Anda hanya perlu tekan butang tunjuk perubahan untuk melihat kandungan yang hanya paparan dan belum lagi disimpan yang anda terjemahkan, atau, yang penting sekali, melihat samada suntingan terjemahan yang anda buat itu untuk tempoh lama boleh menyebabkan akaun anda log out secara otomatik. Jadi jika automatic log out ini berlaku akibat suntingan terjemahan yang lama, anda hanya perlu copy kandungan terjemahan dan yang belum diterjemah yang berada dalam wiki ms tersebut dan kemudian log masuk, tapi hati-hati, jika anda copy ayat atau kandungan yang lain seperti dari pelayaran internet lain, yang bukan dari kandungan terjemahan tersebut akan menyebabkan anda hilang copy asal tersebut. Jadi copy kandungan terjemahan yang berada dalam wiki ms tanpa copy ayat atau kandungan lain, dan kemudian log in dan ianya akan mengembalikan anda ke tajuk rencana baru yang anda mahu buat sebelum itu, kemudian anda paste kandungan terjemahan asal tersebut dan walla, anda masih boleh teruskan kerja terjemahan tanpa risaukan kandungan terjamahan asal yang akan hilang, kerana kandungan asal yang anda terjemahkan itu masih ada. Anda ada dua pilihan, samada mahu terus terjemahkan rencana baru tersebut atau simpan (save). Jika anda sudah tahu tips ini, bagus. Tetapi jika anda belum tahu atau hanya tahu sedikit, anda digalakkan untuk ikut tips saya ini. I wish you good and merry chrismas and a happy new year. Oh, btw, may you pass the examination test anda happy wikiing. Salam/Shalom. Lehitraot. — Imran Al-Sahih 10:43, 26 November 2007 (UTC)[balas]

Taman Greenwich[sunting sumber]

Mengenai Taman Greenwich yang anda telah menanyakan saya, ya - saya memang bertujuan untuk menghapuskan rencana tersebut tetapi saya tidak tahu caranya di Wikipedia Ms. --BukanTeamBiasa 16:18, 27 November 2007 (UTC)[balas]

Kenapa anda memadam template {{test}}. Saya menggunakannya bagi menjejak sejarah salah laku. Pesalah laku yang mempunyai sejarah test akan saya ambil tindakan lebih berat. Sekiranya anda memadamkannya, penyelia tidak akan tahu kali terakhir salah laku dilakukan. Yosri 00:39, 28 November 2007 (UTC)[balas]

Sebenarnya saya tidak peduli sekiranya IP dinamik. Sekiranya IP dinamik itu digunakan untuk salah laku berulang-ulang, pengguna tidak berdaftar akan saya sekat, kerana saya menganggap semua pengguna IP tersebut memang satu kepala. Kalau dia datang menggunakan IP baru sekalipun, sekiranya IP yang sama melakukan salah laku dalam masa terdekat (merujuk kepada tarikh pesanan ujian) semua IP tersebut akan saya sekat bagi pengguna tidak berdaftar. Oleh itu tarikh ujian penting bagi pemantauan pesalah laku tegar. Sekiranya dia tidak lagi membuat salah laku dan membuat sumbangan baik, baru saya hilangkan pesanan ujian tersebut. Oleh itu ujian yang baru diletakkan adalah penting untuk tujuan anti-salah laku. Yosri 11:54, 28 November 2007 (UTC)[balas]
Lebih baik anda biarkan setiap penyelia memutuskan perkara tersebut, dan bukannya membuat keputusan bagi mereka. Yosri 09:47, 29 November 2007 (UTC)[balas]

Bahasa Inggeris[sunting sumber]

Ini cadangan saja.. Bolehkah anda jangan salin teks bahasa Inggeris dalam rencana di Wikipedia bahasa Melayu? It's very silly, don't you think? Kalau anda minta bantuan terjemahkan sila sembunyikan teks bukan bahasa Melayu itu.

Satu lagi, saya sudah nyahsekat pengguna itu. -Yk Yk Yk 07:27, 28 November 2007 (UTC)[balas]

Artikel Malingsia kok dilarang dibuat? saya mau buat tentang penggunaan istilah itu oleh orang Indonesia.. oh ya, semoga sukses visi anda untuk mengejar wikipedia bahasa Vietnam, saya tak cakap bahasa Malaysia, mungkin anda bisa bantu saya terjemahkan ReogpunyaIndonesia 08:43, 28 November 2007 (UTC)[balas]

terima kasih, saya akan coba buat senetral mungkin ReogpunyaIndonesia 14:13, 28 November 2007 (UTC)[balas]

saya sudah buat awal dari artikel tentang Malingsia, masih kurang rujukan dan isi, nanti akan terus saya perbaiki, bisakah anda bantu saya terjemahkan ke bahasa Melayu? selain itu, jika ada kalimat yang dirasa tidak netral, bisa dinetralkan tidek? terima kasih ya '''ReogWarrior''' 14:39, 28 November 2007 (UTC)[balas]

Bahasa Indonesia sudah sangat banyak, jadi saya mau bantu proyek-proyek deakt lainnya, seperti bahasa Melayu yang juga digunakan orang Sumatera :) '''ReogWarrior''' 14:42, 28 November 2007 (UTC)[balas]

yah, saya tahu, tapi sayang, tidak bisa dihias seperti di EN atau ID, sampe di ID ada yg tandatangannya kotak kotak segala, disini munculnya malah kodenya yang muncul *_* '''ReogWarrior''' 14:57, 28 November 2007 (UTC)[balas]

oh, pantas saja tidak basih, terima kasih atas bantuannya (apakah bahasa Melayu bantuan itu maklumat? :) )'''ReogWarrior''' 15:00, 28 November 2007 (UTC)[balas]

Templat:Infobox Former Country[sunting sumber]

Hi, kenapa anda hapuskan templat ini Templat:Infobox Former Country? Terdapat rencana lain yang menggunakannya: Austria-Hungary, Dinasti Qing, and it looks fine to me. Just to inform you only. :)-Yk Yk Yk 06:32, 29 November 2007 (UTC)[balas]

Tips buat rencana baru (dikemaskini)[sunting sumber]

Hai Mr Edmund, saya mahu berikan tips kepada anda dalam buat rencana baru.

  1. Anda cut dan paste kandungan dari wiki en ke ms, kemudian anda terus terjemahkan 10% hingga 15% peratus kandungan tersebut, takpe kalau agak lama sikit pun takpe, asalkan tak log out akaun sendiri secara otomatik semasa hendak simpan rencana yang disunting lama.
  2. Anda hanya perlu tekan butang tunjuk perubahan untuk melihat kandungan yang hanya paparan dan belum lagi disimpan yang anda terjemahkan, atau, yang penting sekali, melihat samada suntingan terjemahan yang anda buat itu untuk tempoh lama boleh menyebabkan akaun anda log out secara otomatik.
  3. Jadi jika automatic log out ini berlaku akibat suntingan terjemahan yang lama, anda hanya perlu copy kandungan terjemahan dan yang belum diterjemah yang berada dalam wiki ms tersebut dan kemudian log masuk, tapi hati-hati, jika anda copy ayat atau kandungan yang lain seperti dari pelayaran internet lain, yang bukan dari kandungan terjemahan tersebut akan menyebabkan anda hilang copy asal tersebut.
  4. Jadi copy kandungan terjemahan yang berada dalam wiki ms tanpa copy ayat atau kandungan lain, dan kemudian log in dan ianya akan mengembalikan anda ke tajuk rencana baru yang anda mahu buat sebelum itu, kemudian anda paste kandungan terjemahan asal tersebut dan walla, anda masih boleh teruskan kerja terjemahan tanpa risaukan kandungan terjamahan asal yang akan hilang, kerana kandungan asal yang anda terjemahkan itu masih ada.
  5. Anda ada dua pilihan, samada mahu terus terjemahkan rencana baru tersebut atau simpan (save). Jika anda sudah tahu tips ini, bagus. Tetapi jika anda belum tahu atau hanya tahu sedikit, anda digalakkan untuk ikut tips saya ini.

P/S: I wish you good and merry chrismas and a happy new year. Oh, btw, may you pass the examination test anda happy wikiing. Salam/Shalom. Lehitraot. — Imran Al-Sahih 10:43, 26 November 2007 (UTC)[balas]

Add Imran balik dalam friendster, please, thanks[sunting sumber]

Hai Mr Edmund, ada orang yang tidak bertanggungjawab sudah hack dalam akaun saya dan membuang senarai anda dalam bahagian Imran's friend. Iaitu bermaksud bilangan kawan yang saya ada dalam friendster. Maaflah banyak2 ye kerana tiada senarai nama anda dalam akaun saya. Saya memang tak tau siapa orang yang melakukan perbuatan tersebut. Tetapi orang tu sudah tiada lagi. Saya harap perkara sebegini tidak berlaku lagi, buat selama-lamanya. Terima kasih ye. Salam/Shalom. Lehitraout. — Imran Al-Sahih 12:37, 29 November 2007 (UTC)[balas]

Done! Selain daripada saya, orang itu ada buang orang lain tak? --Edmund The King of The Woods! 20:47, 29 November 2007 (UTC)[balas]

Tak takde, awak sahaja. It seem dia bercadang untuk mengapikan hubungan saya dengan anda. Tak mengapa, let move on with life. — Imran Al-Sahih 08:19, 30 November 2007 (UTC)[balas]

Tajuk rencana[sunting sumber]

Saya melihat anda mengalih rencana2 bahasa menjadi jamak (contohnya Bahasa Nuklear Melayu-Polinesia‎) dengan alasan lebih tepat. Sejak bila? Setahu saya bahasa Melayu sentiasa menggunakan tajuk mufrad. Jangan ikut wiki-en kerana tatabahasa bahasa Inggeris tidak sama dengan bahasa Melayu. Lihat buku Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan sebagai contoh. Bandingkan antara "Perak dan Baiduri" dan "Silver And Opals" atau "Kejutan Hari Lahir" dan "Birthday Suprises". ...Aurora... 14:34, 29 November 2007 (UTC)[balas]

Lihat juga Wikipedia:Kelaziman penamaan tajuk rencana#Utamakan kata nama mufrad. ...Aurora... 14:49, 29 November 2007 (UTC)[balas]
Itu pendapat anda sahaja ke? Bagaimana dengan kumpulan orang? Melayu, Cina, India, Celt dll? ...Aurora... 14:15, 30 November 2007 (UTC)[balas]
Ok, mungkin perbandingan dengan orang tidak tepat. Apapun, hujah saya bahasa Melayu sentiasa menggunakan tajuk mufrad masih kekal. Lihat contoh di Kamus Dewan dan Penerbit USM ini, malah orang Indonesia dan Brunei pun berpendapat demikian. Setahu saya, cuma peringkat paling atas (Austronesia dll) yang dimajmukkan. ...Aurora... 13:44, 1 Disember 2007 (UTC)[balas]

Nak tanya?[sunting sumber]

Salam Edmund, Maaf kalau nak tanya, adakah ada sekatan yang dibuat ke atas saya. Sebabnya di wikipedia lain saya boleh menekan 'sunting' yang berada di atas. Dan saya turut mencuba dengan membuat second account di wikipedia Melayu ini atas nama erm....... rahsialah dan ternyata ia boleh tekan sunting dan turut boleh mencipta rencana!

Owh lagi 4 hari, kamu akan habis SPM ya, sama tarikh dengan kakak saya yang ambil mata peljaran Bahasa Arab Tinggi. Erm.....
cuma nak ucap 'Selamat Hari Natal' dan 'Tahun Baru' walaupun lagi sebulan. Ingat 'Tahun Baru' ,ingat hari jadi saya k. Tolong saya akan masalah yang saya tanya ok.

Andre Arthur 21:24, 29 November 2007 (UTC)[balas]

Tapi memang boleh tekan '+', saya sebenarnya tidak boleh menekan pautan merah atau rencana yang belum dibuat. Kalau saya menggunakan second account, ia boleh. Andre Arthur 21:31, 29 November 2007 (UTC)[balas]
Kalau saya tau, saya tak tanya.... Andre Arthur 21:40, 29 November 2007 (UTC)[balas]
Boleh dikatakan saya ni Rabun IT lah jugak, nak buat screen shot tu guna camera ker?? Andre Arthur 21:45, 29 November 2007 (UTC)[balas]
Sebenarnya saya tak faham pun, harap awak ajar saya selepas ni cara nak buat screenshot dengan upload. Senang bagi e-mail awak pada saya dan saya akan kirimkan password saya ke saudara. Baru realkan. Boleh merasainya sendiri. Andre Arthur 21:59, 29 November 2007 (UTC)[balas]
Tapi mana alamat emelnya? Andre Arthur 22:19, 29 November 2007 (UTC)[balas]
Helo, maaf pasal wiki belum hantar e-mel pengesahan kepada saya. Maybe lambat sikit tak? Pas2 saya sekarang nak solat subuh lagi, saya hampir lupa kerana terlalu asyik dengan wikipedia dan friendster. Andre Arthur 22:39, 29 November 2007 (UTC)[balas]
Tak tahu mengapa ia begitu lembap, jadi saya akan hantar e-mel melalui second account.Second account saya dah verify e-mail. Andre Arthur 22:51, 29 November 2007 (UTC)[balas]
Tak faham, adakah saudara maksudkan password saya ? Andre Arthur 23:09, 29 November 2007 (UTC)[balas]
Saya dah hantar, saudara dah dapat ke?. Kalau dah dapat saya nak keluar. Andre Arthur 23:18, 29 November 2007 (UTC)[balas]
Adakah patut saya tanya birokrat2 ataupun sysop2 lain. Kalau ke Bugzilla tuh, saya tak faham sangat Bahasa Inggeris.
Harap saudara boleh tolong saya untuk report ke bugzilla tuh, saya sebenarnya tak faham sangat. Semua atas e-mail dan password yang sama Andre

Arthur 23:56, 29 November 2007 (UTC)[balas]

Kemana saudara foward kan tu, tiada apa pun mengenai bugzilla dalam e-mail saya? Andre Arthur
alamat e-mail siapa yang saudara tulis dalam dicussion saya. Macam mana saudara boleh tau e-mail saya. Saya kurang guna g-mail dan alamatnya andrearthur94@gmail.com tapi lebih baik saudara forward ke andreluqman@hotmail.com(padam lepas ini ya).Andre Arthur 21:51, 1 Disember 2007 (UTC)

Apakah maksud anda bahawa baru-baru ini tidak terdapat banyak sampah? Pada pendapat saya, baru-baru ini kurang pengunjung yang menggunakan Wikipedia. Mengapakah anda memulakan rencana baru yang memerlukan banyak terjemahan? Memang susah untuk menterjemahkan. MSWiki 11:45, 30 November 2007 (UTC)[balas]

Biasanya saya akan menulis rencana pada kertas sebelum taip semula pada kekunci komputer. Ini sememangnya agak menyusahkan. Baru-baru ini saya agak sibuk oleh itu, tiada masa untuk membuat banyak suntingan. MSWiki 14:44, 1 Disember 2007 (UTC)[balas]