Wikipedia:Kelaziman penamaan tajuk rencana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Garis Panduan Gaya
Manual Gaya Penulisan Utama
Manual-manual tambahan
Bagaimana menyunting halaman
Garis panduan reka letak
Penulisan yang lebih baik
Unsur-unsur dasar
Tajuk rencana
Tajuk bahagian
Bahagian
Pautan
Imej: Tajuk
Imej: Tutorial
Kategori
Menyebut sumber-sumber
Unsur-unsur khas
Istilah teknikal dan takrif
Menerangkan jargon
Matematik: Simbol
Nama benda dan perkara
Nama khas
Nota kaki
Pengelasan orang
Perintah kendali: Contoh
Senarai
Tanda niaga
Tanda sengkang
Tarikh dan nombor
Gaya untuk halaman istimewa
Biografi
Halaman nyahkekaburan

Kelaziman penamaan tajuk rencana ialah suatu senarai garis panduan tentang bagaimana mencipta dan menamakan tajuk rencana.

Cara yang dikemukakan di sini adalah kelaziman, bukannya sesuatu yang harus dipatuhi. Ketika Wikipedia berkembang dan berubah, sesetengah kelaziman yang pernah berguna mungkin menjadi lapuk, dan mungkin "jelas" tidak sesuai. Bagaimanapun, jika anda mengalami keraguan, ikutlah kebiasaan.

Secara amnya, penamaan tajuk rencana harus mengutamakan pemahaman oleh sebahagian besar pembaca (tanpa menimbulkan kekekaburan sedapat mungkin), dan pada waktu yang sama, memudahkan penciptaan pautan ke rencana yang lain. Cara yang lain untuk menyatakan prinsip penamaan rencana Wikipedia ialah:

Penamaan tajuk rencana Wikipedia harus mengutamakan pembaca berbanding penyunting, dan pembaca umum berbanding pakar.

Selain daripada mengikuti kelaziman penamaan, mengikuti kelaziman mencipta pautan juga penting. Mengikuti kelaziman kedua-dua penamaan dan penciptaan pautan dengan tekal akan memastikan bahawa pautan akan dikaitkan ke tempat yang betul. Pautan peralihan harus dicipta sewaktu terdapatnya rencana yang mempunyai dua atau lebih nama (umpamanya, perkara atau benda yang mempunyai ejaan yang tidak sama, atau mempunyai nama yang lama). Sebaliknya, istilah yang digunakan untuk memerihalkan banyak istilah carian yang berbeza akan memerlukan halaman nyahkekaburan.

Jika anda ingin mencadangkan kelaziman penamaan baru, sila kemukakan cadangan anda dalam Perbualan Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana, sambil mengumumkan cadangan anda dalam halaman Permintaan untuk komen dan Kedai Kopi, serta dalam mana-mana satu halaman yang berkaitan. Sewaktu sepersetujuan dicapai, cadangan anda boleh diterima sebagai kelaziman penamaan tajuk rencana dan disenaraikan di bawah.


Kelaziman am[sunting | sunting sumber]

Huruf kecil untuk semua perkataan kecuali perkataan pertama[sunting | sunting sumber]

Kelaziman: Jangan gunakan huruf besar selain daripada perkataan pertama, kecuali perkataan itu merupakan kata nama khas (umpamanya, nama seperti Yosri) atau jika perkataan itu memang sudah biasa digunakan dengan huruf besar (umpamanya, Art Nouveau, tetapi bukannya Komputer Peribadi).

Disebabkan batasan teknik perisian MediaWiki, huruf pertama untuk tajuk rencana selalu memerlukan huruf besar. Biasanya, ini tidak merupakan masalah, tetapi ia menjadi masalah sewaktu huruf pertama untuk kata nama khas memerlukan huruf kecil (umpamanya, eBay). Huruf pertama untuk pautan dalaman Wikipedia tidak memerlukan huruf besar dan pembaca akan dituju ke halaman yang sama (umpamanya, komputer peribadi atau Komputer peribadi boleh ditukar ganti, jika perlu).

Bagaimanapun, suatu cara pengubahsuaian telah dicadangkan untuk mengatasi masalah ini bagi mereka yang ingin mematuhi kaedah yang lebih lazim untuk penamaan tajuk rencana. Sila lihat: Kepekaan kes huruf dan pencarian

Rasional dan selok-belok sebenar: Sila lihat Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (Penulisan dengan huruf besar) dan Wikipedia: Kanonikalisasi.

Utamakan kata nama mufrad[sunting | sunting sumber]

Kelaziman: Secara am, ciptakan tajuk halaman hanya dalam bentuk kata nama mufrad, kecuali kata nama itu selalu digunakan dalam bentuk majmuk.

Gantikan adjektif dengan kata nama[sunting | sunting sumber]

Kelaziman: Adjektif (seperti automatik) untuk tajuk satu perkataan harus digantikan dengan kata nama (bagi contoh ini, automasi).

Rasional dan selok-belok sebenar: Sila lihat Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (adjektif)

Gunakan perkataan bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

Kelaziman: Namakan rencana anda dalam bahasa Melayu dan bubuhkan nama aslinya dalam ayat pertama dalam rencana anda, kecuali perkataan asli lebih biasa digunakan berbanding perkataan bahasa Melayu.

Rasional dan selok-belok sebenar: Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (gunakan bahasa Melayu)

Gunakan nama yang paling biasa untuk orang dan benda[sunting | sunting sumber]

Kelaziman: Gunakanlah nama yang paling biasa untuk orang dan benda, jika nama itu tidak bercanggah dengan nama orang atau benda yang lain.

Rasional dan selok-belok sebenar: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (kata nama am)

Gunakan nama tajuk yang padat, hanya jika boleh[sunting | sunting sumber]

Kelaziman: Jangan gunakan nama tajuk yang kabur seolah-olah nama tajuk itu tidak mempunyai makna yang lain. Jika semua perkataan yang boleh digunakan mempunyai makna berbilang, amalkanlah peraturan ikut kebiasaan dan menggunakan istilah yang lebih popular.

Rasional dan selok-belok sebenar: Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (ketepatan) dan Wikipedia: Nyahkekaburan

Utamakan frasa berbanding akronim[sunting | sunting sumber]

Kelaziman: Elakkan penggunaan akronim untuk penamaan tajuk rencana, kecuali nama itu biasa dikenali hanya dalam bentuk akronim dan diketahui secara meluas dalam bentuk itu (umpamanya, NATO, IBM).

Rasional dan selok-belok sebenar: Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (akronim)

Penggunaan "dan"[sunting | sunting sumber]

Kekadangnya, dua atau lebih konsep yang saling melengkapi atau amat berkait lebih sesuai untuk dibincangkan dalam halaman yang sama, berbanding satu halaman untuk setiap konsep itu. Jika boleh, gunakanlah nama yang merangkumi semua kes. Sebaliknya, jika ini tidak dapat dilaksanakan, gunakanlah nama masing-masing dan sambungkannya dengan "dan". Contoh: Akronim dan parap, Pioneer 6, 7, 8 dan 9, Kenaikan dan penurunan pangkat. Ciptakanlah halaman yang berasingan untuk setiap perkara atau benda (umpamanya, Pioneer 8), dan alihkan halaman itu ke halaman tajuk gabungan (atau melalui pautan dari halaman nyahkekaburan). Jika tidak terdapatnya susunan yang ketara, letakkanlah nama yang lebih biasa ditemui di hadapan (jika sesuai), dan ciptakan nama gabungan yang terbalik sebagai halaman peralihan (umpamanya, Parap dan akronim untuk halaman Akronim dan parap).

Jangan gunakan "dan" untuk menghasilkan pendirian berat sebelah; umpamanya, jangan gunakan tajuk Islam dan terorisme, tetapi gunakanlah Terorisme pelampau Islam.

Jangan gunakan nama rencana yang membayangkan hierarki rencana[sunting | sunting sumber]

Jangan gunakan Malaysia/Pengangkutan sebagai ganti untuk Pengangkutan di Malaysia, walaupun Pengangkutan boleh dianggap sebagai sebahagian perkara Malaysia. Batasan ini disebabkan oleh perisian Wikipedia yang akan mencipta sebuah subhalaman apabila tajuk rencana mengandungi garis condong "/". Bagaimanapun, anda boleh menggunakan garis condong untuk halaman pengguna dan halaman perbualan pengguna.

Berhati-hati terhadap penggunaan aksara khas[sunting | sunting sumber]

Sebilangan aksara khas tidak boleh digunakan ataupun akan menimbulkan masalah. Umpamanya, anda tidak boleh menggunakan aksara paip (|), tanda kurung kerinting ({}), atau tanda kurung siku ([]) untuk tajuk rencana.

Tajuk rencana juga tidak boleh bermula dengan kod pautan antara bahasa yang diikuti oleh tanda titik bertindih. Umpamanya, sebuah halaman dengan tajuk FR:contoh akan menghasilkan ralat "tajuk buruk"; serupa juga dengan pautan antara wiki.

Untuk nama asing yang menggunakan tanda diakritik, sila lihat Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (gunakan bahasa Melayu).

Sila lihat Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (batasan teknik).

Elakkan penggunaan aksara bukan abjad angka untuk penegasan[sunting | sunting sumber]

Untuk memeliharakan kefungsian Pengindeksan abjad serta mengelakkan halaman peralihan yang tidak perlu, tajuk halaman harus tidak bermula dengan aksara bukan abjad angka jika aksara itu hanya digunakan untuk penegasan. Ingatlah juga bahawa Wikipedia bukan sebuah koleksi petikan berasingan; itulah bidang Wikiquote. Jika sepatah petikan wajar digunakan untuk mencipta sebuah rencana baru, jangan gunakan tanda petikan untuk bermula nama tajuk halaman itu; anda cuma diperlu memasukkan petikan sahaja.

Aksara abjad bukan angka mungkin masih sesuai jika istilah biasa untuk rencana itu dinyatakan dalam bentuk frasa bukan abjad angka. Dalam kes-kes ini, aksara-aksara itu bukan digunakan hanya untuk penekanan. Sebuah halaman peralihan mungkin amat membantu dalam kes-kes tersebut.

Contoh tajuk rencana yang tidak betul: ****Ensiklopedia**** , !Senarai perkara yang saya suka, seperti "Memancing Ikan".
Contoh penamaan abjad angka yang betul: *69
Contoh tajuk rencana petikan yang betul: Jadi atau tak jadi, Cogito ergo sum.

Kelaziman khusus yang lain[sunting | sunting sumber]

Bahasa Cina[sunting | sunting sumber]

Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (bahasa Cina).

Bahasa Jepun[sunting | sunting sumber]

Sila lihat: Wikipedia: Manual gaya penulisan (rencana mengenai Jepun).

Rencana baharu bagi individu disarankan mengikut susunan seperti di negara asal, iaitu format "[keluarga] [nama]" (contohnya Abe Shinzo dan Mutaguchi Renya).

Bahasa Korea[sunting | sunting sumber]

Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (bahasa Korea).

Bahasa pertuturan dan pengaturcaraan[sunting | sunting sumber]

Kelaziman: Bahasa yang mempunyai nama yang sama dengan benda yang lain harus mempunyai awalan "Bahasa" bagi kes bahasa pertuturan, dan awalan "Bahasa pengaturcaraan" bagi kes bahasa pengaturcaraan. Jika nama bahasa itu adalah unik, awalan tidak diperlukan, umpamanya: Bahasa Melayu, dan Bahasa pengaturcaraan Python, tetapi Esperanto, VBScript.

Keluarga bahasa dan kumpulan bahasa harus menggunakan bentuk majmuk, umpamanya: Bahasa-bahasa Niger-Congo, bukannya Bahasa Niger-Congo; Bahasa-bahasa China-Tibet, bukannya Bahasa China-Tibet.

Rasional dan selok-belok sebenar: Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (bahasa).

Buku - karya[sunting | sunting sumber]

Kelaziman: Gunakanlah tajuk karya sebagai tajuk rencana, dan ikuti semua kelaziman am yang berkaitan.

Untuk menyahkaburkan, masukkan jenis karya dalam tanda kurung, umpamanya "(novel)", "(cerpen)", dll. Anda boleh menggunakan "(buku)" untuk menyahkaburkan buku bukan fiksyen. Jika nyahkekaburan yang lebih lanjut diperlu, masukkan nama keluarga pengarang dalam tanda kurung: "(novel Orwell)", "(cerpen Asimov)", dll.

Rasional, selok belok sebenar, dan kekecualian: Sila lihat Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (buku).

Filem[sunting | sunting sumber]

Kelaziman: Filem-filem sering mempunyai nama yang sama dengan filem, buku atau istilah yang lain. Sewaktu menyahkaburkan sebuah filem, gunakanlah "(filem)" dalam tajuknya hanya jika sebuah filem mempunyai nama itu, dan (filem TAHUN) jika terdapatnya dua atau lebih filem yang mempunyai nama yang sama itu (umpamanya Titanic (filem 1997)).

Rasional dan selok-belok sebenar: Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (filem).

Haiwan, tumbuhan dan organisma lain[sunting | sunting sumber]

Penulisan dengan huruf besar untuk nama am spesies telah diperdebatkan dengan hebat di Wikipedia bahasa Inggeris, tetapi sehingga sekarang, persoalan ini masih belum diselesaikan. Sebagai kedamaian sementara, kedua-dua huruf besar dan huruf kecil (kecuali kata nama khas) boleh diterima, tetapi halaman peralihan harus dicipta untuk bentuk alternatifnya. Nama sains harus ditulis dengan huruf condong, nama pertamanya (genus) dengan huruf besar, dan nama kedua (spesies) dengan huruf kecil. Umpamanya: Homo sapiens, Tyrannosaurus rex, Velociraptor.
Sila lihat: Tajuk rencana dan nama am.
Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (fauna).
Sila lihat: Penulisan dengan huruf besar.

Identiti[sunting | sunting sumber]

Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (identiti).

Isotop dan nuklid[sunting | sunting sumber]

Kelaziman: Isotop harus bermula dengan huruf besar untuk nama unsurnya, diikuti oleh tanda sengkang (bukan —) dan kemudian nombor jisimnya. Umpamanya, Helium-10, dan Uranium-235.

Jabatan kerajaan, menteri, dll[sunting | sunting sumber]

Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (jabatan kerajaan dan menteri).

Kapal[sunting | sunting sumber]

Kelaziman: Rencana kapal yang mempunyai awalan piawai harus dimasukkan dalam tajuk rencana, umpamanya KRI Badik, USS Enterprise. Sila perhatikan bahawa dalam teks rencana, nama kapal menggunakan huruf condong, tetapi awalannya tidak. Oleh itu, pautan paip harus digunakan. Umpamanya, [[HMS Ark Royal|HMS ''Ark Royal'']], [[USS Enterprise|USS ''Enterprise'']].

Rencana kapal yang tidak mempunyai awalan piawai harus menggunakan tajuk dalam bentuk: (Jenis) (Negara) (Nama); umpamanya, Kapal induk pesawat udara Soviet Kuznetsov ([[Kapal induk pesawat udara Soviet Kuznetsov|Kapal induk pesawat udara Soviet ''Kuznetsov'']].

Rasional dan selok-belok sebenar: Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (kapal).

Karya[sunting | sunting sumber]

Sila lihat: Buku - karya.

Kategori[sunting | sunting sumber]

Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (kategori).

Kimia[sunting | sunting sumber]

Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (kimia), serta Isotop dan nuklid (di bawah).

Komik[sunting | sunting sumber]

Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (komik).

Manuskrip[sunting | sunting sumber]

Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (nama manuskrip).

Masa (tarikh, tempoh, dll)[sunting | sunting sumber]

Sila lihat di atas: Nombor dan tarikh.

Muzik[sunting | sunting sumber]

Album dan pancaragam[sunting | sunting sumber]

Kelaziman: Peraturan piawai dalam bahasa Melayu untuk judul lagu dan album ialah penggunaan huruf besar untuk huruf pertama perkataan tajuk.

Bagi judul-judul lagu dan album-album, peraturan piawai dalam bahasa Melayu adalah untuk menggunakan huruf besar untuk huruf awal bagi perkataan-perkataan yang bukannya dari golongan kata penghubung (dan, tetapi, atau, untuk/bagi) dan kata depan (dalam, kepada, menerusi).

Jangan replikakan tipografi logo dan seni lukis album, walaupun penggunaan peralihan mungkin sesuai (umpamanya, KoЯn dialihkan ke Korn (kugiran)).

Untuk nyahkekaburan, anda harus menggunakan (kugiran), (pancaragam), (kumpulan), (album), atau (lagu) (seperti Anthrax (kugiran) atau Insomniac (album)); gunakanlah nyahkekaburan yang lebih lanjut hanya jika perlu (umpamanya X (kugiran Malaysia), X (kugiran Australia)). Kecuali terdapat beberapa album yang mempunyai nama yang sama (umpamanya Down to Earth), nyahkekaburan yang lebih lanjut tidak diperlukan. Umpamanya, Down to Earth (album Ozzy Osbourne) boleh diterima, tetapi Insomniac (album Green Day) tidak diperlukan. Nyahkaburkan album mengikut artisnya dan bukan tahun kecuali terdapat banyak album dengan nama artis itu. Jika sebuah lagu tidak mempunyai lirik, atau merupakan lagu instrumental yang bukan lagu utama), nyahkekaburan harus dibuat melalui penggunakan gubahan atau alat muzik.

Lagu[sunting | sunting sumber]

Kelaziman: Gunakanlah nama yang paling biasa untuk tajuk rencana, dan jika terdapatnya lebih daripada satu lagu dengan tajuk yang sama, masukkan nama keluarga penggubah dalam tanda kurung selepasnya. Umpamanya, War Requiem, Violin Concerto (Berg), Simfoni No. 6 (Mahler).

Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (lagu).

Opera[sunting | sunting sumber]

Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (opera).

Nama dan gelaran sejarah[sunting | sunting sumber]

Sila lihat: Orang.

Nombor dan tarikh[sunting | sunting sumber]

Namakan rencana mengenai nombor dan makna berkait dengan N (nombor), umpamanya 142 (nombor), bukan Satu ratus dan empat puluh dua atau Nombor 142. 142 dikhaskan untuk tahun (Masihi).

Kelaziman untuk Tahun: Secara amnya, tajuk rencana nombor tunggal dikhaskan untuk kemasukan diari. Oleh itu, namakanlah rencana sebagai:

Rasional dan selok-belok sebenar: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (nombor dan tarikh)

Garis panduan tersebut merangkumi perbincangan untuk:

  • nama halaman untuk rencana tarikh, tempoh, dan nombor;
  • penggunaan angka Arab dan angka Roman dalam nama halaman;
  • nama halaman untuk rencana mengenai pelbagai topik yang mengandungi penunjuk nombor dan/atau masa dalam tajuk.

Orang[sunting | sunting sumber]

Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (Orang) bermula dengan gagasan bahawa format nama <Nama pertama> <Nama akhir> merupakan penyelesaian yang menimbulkan masalah yang paling kurang untuk tajuk halaman orang tunggal.

Garis panduan itu menumpukan kepada kes-kes yang mempunyai format yang tidak ketara, umpamanya bagaimana mengendalikan nama tengah, adat resam penamaan Iberia, nyahkekaburan (sewaktu beberapa orang mempunyai nama yang sama), dan sebagainya.

Orang Rom kuno[sunting | sunting sumber]

Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (Orang Rom kuno).

Paderi Barat[sunting | sunting sumber]

Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (golongan paderi Barat).

Raja dan bangsawan[sunting | sunting sumber]

Untuk kebanyakan raja dan bangsawan Barat, sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (nama dan gelaran).

Parap[sunting | sunting sumber]

Kelaziman untuk mengendalikan parap merupakan sebahagian Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (orang).

Pertubuhan (umpamanya parti politik)[sunting | sunting sumber]

Kelaziman: Rencana pertubuhan (seperti parti politik) mengikut peraturan yang biasa, iaitu namakan rencana anda dengan terjemahan bahasa Melayu diikuti oleh nama asli dalam ayat pertama dalam rencana, kecuali bentuk nama asli lebih biasa digunakan dalam bahasa Melalyu berbanding bentuk bahasa Melayu.

Rasional dan selok-belok sebenar: Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana(penggunaan bahasa Melayu).

Pesawat[sunting | sunting sumber]

Nama pesawat adalah terlalu berbeza-beza untuk memberikan garis panduan yang lengkap di sini. Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (pesawat).

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Gunakanlah bentuk ini: kawasan politik, tarikh. Umpamanya, Pilihan raya umum Malaysia, 1999. Untuk pilihan raya masa hadapan yang tidak tentu tarikhnya, anda boleh menggunakan format Pilihan raya umum Malaysia ke-12.

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Seringnya, sekolah mempunyai nama yang sama. Sewaktu menyahkaburkan sekolah kerana sebuah rencana dengan nama yang sama sudah wujud, tempat sekolah yang paling am harus dimasukkan dalam tanda kurung untuk kedua-dua rencana itu, dan sebuah halaman nyahkekaburan dicipta.

Untuk cadangan lain dan perbincangan terkini, sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (sekolah).

Senarai[sunting | sunting sumber]

Kelaziman: Tajuk halaman untuk senarai butir-butir X harus merupakan Senarai X, dan bukannya X-x, X yang masyhur, Senarai X yang penting, Senarai untuk semua X, dan sebagainya. Sila lihat Wikipedia:Senarai. Pertimbangkanlah penciptaan kategori berbanding penggunaan senarai: kategori adalah lebih mudah untuk menyelenggarakan, walaupun ia tidak begitu fleksibel.

Senarai panjang[sunting | sunting sumber]

Jika senarai menjadi terlalu panjang sehingga perlu dipecahkan, ikutlah panduan Wikipedia: Kelazimanan penamaan tajuk rencana (senarai panjang) yang mengutamakan gaya Senarai roti: A, dan untuk julat, Senarai roti: W-X-Y-Z

Siaran[sunting | sunting sumber]

Stesen radio dan televisyen bagi negara yang biasa menggunakan huruf pengenalan, seperti di Amerika Utara, harus menggunakan huruf pengenalan rasmi yang diberikan oleh penguasa peraturan negara itu. Untuk negara yang tidak memerlukan huruf pengenalan untuk stesen penyiaran, gunakanlah nama rasmi stesen itu, ataupun nama yang stesen itu biasa menggunakan untuk merujuk kepada diri (umpamanya, Suara Rusia atau Radio Sawa) untuk tajuk rencananya. Banyak negara mempunyai stesen atau rangkaian yang mempunyai nama yang sama, umpamanya "Radio Satu" di sebahagian besar dunia yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Tajuk untuk rencana tersebut harus dipilih supaya mengurangkan kemungkinan kekeliruan dan penduaan dengan sedapat mungkin. Untuk negara yang mempunyai huruf pengenalan dan nama stesen, umpamanya di sebahagian besar Amerika Tengah dan Amerika Selatan, nama stesen biasanya harus digunakan, kecuali sewaktu huruf pengenalannya amat masyhur.

Sila lihat Televisyen (industri dan rancangan) di bawah.

Amerika Utara[sunting | sunting sumber]

Huruf pengenalan rasmi boleh dipastikan dengan rujukan kepada Sistem Pangkalan Data Umum oleh Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (fcc.gov), Spektrum Langsung oleh Jabatan Industri Kanada (sd.ic.gc.ca), atau COFETEL (cofetel.gob.mx). Berhati-hati bahawa:

  • banyak terbitan berkala, termasuk stesen-stesen sendiri, sering tidak menggunakan huruf pengenalan yang betul; dan
  • bukan semua huruf pengenalan mempunyai empat huruf; di Mexico, huruf pengenalan seringnya mempunyai lima atau enam huruf, dan di ketiga-tiga negara yang tersebut, huruf pengenalan boleh mengandungi hanya tiga huruf.

Jika huruf pengenalan rasmi mempunyai akhiran (hanya akhiran -CA, -FM, -LP, dan -TV kini digunakan), sebuah halaman peralihan atau [[[Wikipedia:Nyahkekaburan|nyahkekaburan]] harus dicipta untuk rencana itu tanpa akhirannya. Untuk stesyen yang tidak mempunyai akhiran, jika halaman nyahkekaburan diperlu (kerana huruf pengenalan rasminya bercanggah dengan kod lapangan terbang atau akronim), bubuhkanlah jenis perkhidmatannya dalam tanda kurung; umpamanya, "KSFO (AM)" atau "KDFW (TV)". Nota: Huruf pengenalan untuk semua stesen FM dan TV yang besar di Kanada mempunyai akhiran, sedangkan kebanyakan stesen Amerika Syarikat dan banyak stesen Mexico tidak. Sila lihat Huruf pengenalan Amerika Utara untuk maklumat lanjut mengenai amalan pemberian huruf pengenalan rasmi.

Nama jenama alternatif seperti "Fox 25", "The Edge", "Q107" atau "Jack FM" biasanya tidak unik, tetapi "Jack FM Toronto" atau "Q107 Memphis" adalah tidak sesuai sebagai tajuk rencana. Walau bagaimanapun, nama jenama boleh diciptakan sebagai halaman peralihan atau halaman nyahkekaburan, jika sesuai.

Jika sebuah syarikat penyiaran mengendalikan banyak pemancar siaran dengan huruf pengenalan yang berbeza, ciptalah tajuk rencana dengan huruf pengenalan untuk stesen utamanya, dan ciptakan halaman peralihan untuk huruf pengenalan yang lain. Jika sebuah stesen telah menukarkan huruf pengenalannya, masukkanlah seluruh sejarah stesen itu dalam huruf pengenalannya yang terkini kerana huruf pengenalan lamanya mungkin telah diberikan kepada stesen baru.

Syarikat[sunting | sunting sumber]

Kelaziman: Status undang-undang syarikat (Bhd, Sdn. Bhd., Corp., plc, LLC) biasanya tidak dimasukkan, umpamanya Microsoft atau Wal-Mart. Jika nyahkekaburan diperlukan, status undang-undang, bidang perniagaan utamanya, atau "(syarikat)" boleh digunakan untuk menyahkaburkan, umpamanya Dell, Inc., Halifax (bank) atau Converse (syarikat). Jika status undang-undang digunakan, nama status itu disingkatkan dalam tajuk rencana, dan ayat tajuk dalam rencana itu harus mengandungi nama status undang-undang singkatnya. Contoh: Permodalan Nasional Bhd. ialah salah satu daripada perbadanan yang terbesar di Malaysia.

Sila perhatikan bahawa "syarikat", "antarabangsa", "kumpulan, "industri", dan awalan atau akhiran yang serupa bukannya status undang-undang dan harus dimasukkan seperti yang ditentukan oleh syarikatnya sendiri, umpamanya JPMorgan Chase & Rakan-rakan (JPMorgan Chase & Co.), Syarikat Coca-Cola (The Coca-Cola Company).

Status undang-undang boleh juga dimasukkan dalam akronim untuk syarikat yang biasanya menggunakan akronim, seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Rasional dan selok-belok sebenar: Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (syarikat).

Televisyen (industri dan rancangan)[sunting | sunting sumber]

Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (televisyen) serta Siaran di atas.

Tempat[sunting | sunting sumber]

Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (tempat).

Bandar[sunting | sunting sumber]

Kelaziman: Secara amnya, tajuk rencana bandar tidak mempunyai kelaziman yang khas, kecuali terdapat nama bandar yang sama.

Perbincangan, rasional, dan selok-belok sebenar: Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (nama bandar).

Negara[sunting | sunting sumber]

Untuk kelaziman penamaan tempat di negara lain, sila lihat:

Topik negara tertentu[sunting | sunting sumber]

Kelaziman: Secara amnya, nama rencana negara mengenai topik dan kategori yang tertentu harus menggunakan bentuk "(perkara) (negara)", umpamanya Ekonomi Malaysia. Sila lihat: Wikipedia: Kelaziman penamaan tajuk rencana (topik negara yang khusus).

Templat stub dan kategori[sunting | sunting sumber]

Untuk perincian, sila lihat Wikipedia: Pengisihan stub WikiProjek Stub/Garis panduan penamaan.

Secara amnya, templat stub menggunakan huruf kecil untuk kata nama, kecuali kata nama khas terlibat. Penyingkatan dibenarkan hanya jika ia langsung tidak kabur, atau penyingkatan itu merupakan penyingkatan yang biasa, seperti geo, bio, dan sej untuk geografi, biografi, dan sejarah. Umpamanya, {{stub-bio-Perancis}} untuk orang Perancis, dan {{stub-geo-PolinesiaPerancis}} untuk geografi Polinesia Perancis.

Undang-undang[sunting | sunting sumber]

Akta-akta harus menggunakan tajuk dalam bentuk ringkas diikuti oleh tahunnya tanpa koma antaranya, umpamanya [[Akta Roti Canai 1234]]). Masukkan halaman peralihan, [[Akta Roti Canai]], jika Akta itu mempunyai nama yang unik.

Jika beberapa Akta mempunyai nama ringkas [[Akta Roti Canai]] yang sama, halaman [[Akta Roti Canai]] harus:

  • merujuk kepada Akta yang lebih terkenal dalam siri itu; atau
  • dijadikan halaman nyahkekaburan; ataupun
  • dijadikan halaman utama yang bertindak sebagai rencana mengenai siri Akta itu.

Jika dua Akta diluluskan oleh dua buah parlimen dengan nama dan tahun yang sama sebagai dua enakmen yang berbeza untuk undang-undang yang sama, ciptalah hanya sebuah rencana (umpamanya, Akta Kesatuan 1707); jika kedua-dua Akta itu merupakan undang-undang yang tidak sama, gunakanlah nyahkekaburan dengan tanda kurung berdasarkan kawasan kuasa atau entiti (umpamanya, Akta Komuniti Eropah 1972 di UK dan Republik Ireland akan menjadi [[Akta Komuniti Eropah 1972 (UK)]] dan [[Akta Komuniti Eropah 1972 (Ireland)]]).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]