Perdagangan bebas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perdagangan bebas ialah sistem dasar perdagangan yang membenarkan para pedagang bertindak dan berurusniaga tanpa campur tangan kerajaan. Mengikut hukum faedah berbanding, dasar sebegini membenarkan rakan dagang saling berlaba daripada perdagangan barangan dan perkhidmatan.

Mengikut dasar perdagangan bebas, harga mencerminkan permintaan dan penawaran sebenar, dan satu-satunya penentu peruntukan sumber. Perdagangan bebas berbeza dari bentuk-bentuk dasar perdagangan yang lain yang mana peruntukan barangan dan perkhidmatan antara negara-negara berdagang ditentukan oleh harga tetapan pihak berkuasa yang tidak semestinya mencerminkan ciri-ciri permintaan dan penawaran sebenar. Harga tetapan ini merupakan hasil dasar perdagangan pelindung yang mana kerajaan campur tangan dalam pasaran dengan mengenakan penyelarasan harga dan sekatan bekalan. Campur tangan kerajaan sebegini boleh meningkatakan atau mengurangkan kos barangan dan perkhidmatan yang ditanggung oleh pengguna dan pengeluar.

Antara bentuk campur tangan termasuk subsidi, cukai dan tarif, halangan bukan tarif seperti perundangan kawalan dan kuota, dan juga perjanjian perdagangan terurus antara kerajaan seperti Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Tengah (CAFTA) (itupun namanya tidak serupa dengan fungsinya) dan apa juga bentuk campur tangan kerajaan dalam pasaran yang menyebabkan harga tetapan.

Kebanyakan negara mengamalkan dasar perdagangan yang bersifat perlindungan, baik longgar mahuoun ketat.[1] Sejenis dasar sentiasa berlindung yang diamalkan oleh sesetengah negara adalah berbentuk subsidi pertanian, yang mana negara-negara berkenaan cuba melindungi industri pertanian masing-masing dari saingan luar negara dengan menetapkan harga rendah untuk hasil pertaniannya.[2]

Perjanjian perdagangan bebas merupakan unsur terpenting dalam kesatuan kastam dan kawasan perdagangan bebas. Butiran-butiran dan perbezaan antara perjanjian-perjanjian ini dikupas dalam rencana masing-masing.

Ciri-ciri perdagangan bebas[sunting | sunting sumber]

  • Perdagangan barangan tanpa cukai (termasuk tarif) atau sekatan perdagangan yang lain (seperti kuota import atau subsidi untuk pengeluar)
  • Perdagangan perkhidmatan tanpa cukai atau sekatan perdagangan yang lain
  • Ketiadaan dasar-dasar "pemutar belit perdagangan" (seperti cukai, subsidi, peraturan atau undang-undang) yang memberikan kelebihan kepada sebilangan kecil firma, isirumah, atay faktor-faktor pengeluaran
  • Capaian bebas kepada pasaran
  • Capaian bebas kepada maklumat pasaran
  • Ketakupayaan firma-firma memutarbelitkan pasaran melalui kuasa monopoli atau oligopoli berian kerajaan
  • Pergerakan bebas buruh antara dan dalam negara
  • Pergerakan bebas modal antara dan dalam negara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]