Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara
Pusat pentadbiran
Bahasa
Keahlian
Ditubuhkan
 -  Pembentukan 1 Januari 1994[1] 
Kawasan
 -  Jumlah 21,578,137 km2 
8,331,362 sq mi 
 -  Perairan (%) 7.4
Populasi
 -  2010 (anggaran) 462,151,038
 -  Kepadatan 25.1/km2
54.3/sq mi
KDNK (PPP) 2010 (IMF) anggaran
 -  Jumlah $1,617.989 juta
 -  Per kapita $39,625
KDNK (nominal) 2010 (IMF) anggaran
 -  Jumlah $17,271.000 juta
 -  Per kapita $37,769
HDI (2011) 0.868 (very high)
Laman web
nafta-sec-alena.org

Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (Inggeris: North American Free Trade Agreement, Perancis:Accord de libre-échange nord-américain ALÉNA, Sepanyol:Tratado de Libre Comercio de América del Norte TLCAN) ataupun dikenali sebagai NAFTA merupakan perjanjian perdagangan bebas di Amerika Utara dengan mempunyai tiga negara iaitu Kanada, Amerika Syarikat dan Mexico.

Sebelum perjanjian ini, Kanada dan Amerika Syarikat melakukan kerjasama yang rapat dalam pelbagai aspek dengan membuat Perjanjian Perdagangan Bebas Kanada-Amerika Syarikat (CUFTA) pada 2 Januari 1988 untuk mengukuhkan lagi hubungan ekonomi.

Di bahagian belakang, dari kiri ke kanan;Presiden Mexico Carlos Salinas de Gortari, Presiden Amerika Syarikat George H. W. Bush dan Perdana Menteri Brian Mulroney, semasa menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) pada Oktober 1992.

Pada tahun 1994, Mexico turut serta dalam perjanjian ini dan menjadikannya Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara untuk meluaskan lingkungan perdagangan bebas. Ketiga-tiga negara ini menghapuskan sekatan perdagangan, menambah peluang pelaburan dan menggalakkan perdagangan asli. Sebelum NAFTA, Kanada hanya terikat dengan perjanjian perdagangan bebas dengan Negara-Negara Komanwel (termasuk Amerika Syarikat) serta negara Eropah yang lain. Setelah NAFTA dimeterai, Kanada mula menjalankan aktiviti perdagangan bebas dengan Amerika Selatan malah Mexico kini rakan dagangan keempat terbesar Kanada.

Akan tetapi perjanjian ini mengakibatkan kesan negatif pada peringkat awal, terutama masalah pencemaran dan kemasukan budaya Amerika serta kemuflisan ahli perniagaan Kanada yang tidak berupaya berasing dengan pemain ekonomi negara pesaing. Namun, akhirnya NAFTA berjaya meningkatkan kestabilan ekonomi untuk menguasai ekonomi dunia. Bukan sahaja di Amerika, namun di seluruh dunia. NAFTA juga tergolong antara pemain utama ekonomi global.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. NAFTA Secretariat. Nafta-sec-alena.org (June 9, 2010). Retrieved on July 12, 2013.
  • Kembara Khazanah Kanada m/s 82-83