Pergunungan Hose

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergunungan Hose
Titik tertinggi
PuncakBukit Batu, Sarawak
Ketinggian2,028 m (6,654 ka)
Geografi
Lokasi Sarawak,  Malaysia
Bersempadan denganMalaysia/Indonesia

Pergunungan Hose merupakan pergunungan yang terletak di daerah Bukit Mabong, Bahagian Kapit, Sarawak, Malaysia.

Ia menjangkau kawasan antara Sungai Baleh dan Sungai Balui. Pergunungan ini diliputi hutan hujan tropika yang menyokong ekosistem flora dan fauna di sini, termasuk juga spesies endemik yang banyak. Terdapat sekurang-kurangnya lapan spesies Nepenthes yang berasal dari pergunungan ini.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama pergunungan ini diambil sempena nama seorang pentadbir kolonial dan ahli zoologi British, Charles Hose.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Pergunungan Hose merupakan pergunungan yang amat terpencil. Keadaan bentuk muka bumi yang terpencil dan bergunung-ganang menjadikannya kawasan yang berpotensi tinggi sebagai habitat pelbagai spesies Nepenthes. Titik tertinggi di pergunungan ini ialah Bukit Batu yang ketinggiannya yang mencapai 2,028 meter.[1]. Terdapat juga sekurang-kurangnya empat puncak lain yang ketinggiannya melebihi 1800 meter. Antara gunung yang lain ialah Bukit Batu Tiban yang terletak di sempadan antara Malaysia dan Indonesia . Antara dua gunung ini terbentang lebih kurang 110 kilometer hutan yang lebih rendah iaitu dalam 800 m tidak melebihi 1300 meter. Hal ini menjadikan pergunungan ini amat terpencil.

Rujukan[sunting | sunting sumber]