Peribahasa bermula dengan huruf "T"

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Peribahasa Yang Bermula Dengan Huruf "T"

'Peribahasa" "Maknanya"
Tahu makan tahu simpan. Memegang rahsia dengan sebaiknya agar tidak bocor atau diketahui orang lain.
Tangguk di air keruh. Mencari keuntungan peribadi dalam perselisihan atau kekacuan.
Telaga di bawah gunung Seseorang wanita yang membawa keuntungan kepada suaminya.
Telinga tempayan. Orang yang degil dan tidak mendengar nasihat orang lain.
Telur di hujung tanduk. Sesuatu perkara yang sangat bahaya dan sulit.
Tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. Perasaan cinta atau kasih tidak mungkin datang dari sebelah pihak sahaja.
Tukang tidak membuang kayu. Orang yang bijaksana tahu menghargai semua orang dan manfaatnya.
Tinggak kulit pembalut tulang. Orang yang sangat kurus badanya.
Tabir sudah tergantung, tikar sudah terbentang. Orang yang mempunyai sesuatu hajat.
Tangkap muat Mengambil apa sahaja yang sempat.
Tebu masuk mulut gajah. Binasa sama sekali sudah tidak dapat ditolong lagi.
Tebal telinga. Orang yang tidak tahu malu.
Terlunjuk lurus kelingking berkait. Zahirnya kelihatan baik tapi hatinya berniat jahat.
Tepuk dada tanya selera. Kalau sudah terdesak sesuatu perkara tanya terpulang kepada keputusan kita.
Teras bertemu beliung. Dua orang yang berselisihan faham dan masing-masing tidak mahu mengalah.
Tikus membaiki labu Orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya akibatnya merosakkan barang tersebut.
Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tiada orang dapat meneka untung malang nasib seseorang.
Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan. Orang yang ditimpa kesusahan besar.
Tidak berasas tunas dari tunggul. Pangkat yang diwarisi oleh sanak-saudara.
Tunggul terbakar ditengah huma. Orang yang hitam legam.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Kamus perdana peribahasa Melayu (Penulis A.Aida dan Siti Nursakinah) Terbitan Al-Hidayah