Perigi Hang Li Poh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perigi Hang Li Poh

Perigi Hang Li Poh atau juga dikenali sebagai Perigi Raja[1] ini dibina pada tahun 1459 di bawah arahan Sultan Mansur Shah[2] kepada isteri baginda, seorang puteri dari negara China, Puteri Hang Li Poh.[3]

Perigi ini tidak pernah kering dan merupakan satu-satunya punca air semasa musim kemarau. Pihak Belanda membina tembok disekelilingnya pada tahun 1677 untuk memeliharanya sebagai perigi permintaan (wishing well).

Ada yang berkata bahawa mereka yang melontar duit syiling ke dalamnya akan kembali ke Melaka pada masa depan.[4] Perigi ini terletak di Jalan Puteri Hang Li Poh.


Rujukan[sunting | sunting sumber]