Peristiwa Bermakna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang musketeer Janissari. Seluruh kor Janissari telah dibubarkan semasa Kemalangan Penuh Bermakna.

Peristiwa Bermakna (Bahasa Turki Uthmaniyah: واقعه خيريه Vaka-i Hayriye "Peristiwa Beruntung" di Istanbul, واقعه شريهVaka-i Şerriyye "Kemalangan Tak Beruntung" di Balkan; bahasa Inggeris: Auspicious Incident atau Auspicious Event[1]) merupakan pembubaran paksa kor janissari Empayar Uthmaniyah oleh Sultan Mahmud II pada 15 Jun 1826[2][3] berikutan suatu pemberontakan dilangsungkan kebanyakan dari 135,000 anggota Janissari menentang pemerintahan baginda.

Setelah pemberontakkan ini dikalahkan, para pemimpinnya dihukum mati, dan ramai anggotanya dibuang negeri atau dipenjara. Kor ini terbubar kemudian dibubarkan dan digantikan dengan pasukan tentera yang lebih moden.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sejak awal kurun ke-17, kor Janissari mula melepaskan fungsi mereka sebagai unit tentera elit. Kebanyakan anggota Janissari adalah bukan anggota tentera dan dengan mudah memeras ugut wang daripada negara serta mengawal kerajaan Turki, memburukan lagi keadaan kejatuhan empayar Uthmaniyyah. Sekiranya ada mana-mana sultan cuba untuk memodenkan struktur ketenteraan Uthmaniyah dan mengantikan Janissari akan dibunuh serta merta atau diturunkan dari takhta.[4]

Setelah beberapa lama, pihak kerajaan Uthmaniyah memutuskan bahawa, ia perlu mewujudkan sebuah tentera moden dan membubarkan Janissari yang semakin bertambah menandingi ketenteraan kuasa-kuasa Eropah. Jumlah anggota Janissari telah bertambah dari 20,000 pada tahun 1575, kepada 49,000 (1591), dan 135,000 pada tahun 1826.[5]

Pendahagian[sunting | sunting sumber]

Apabila Mahmud II mula menubuhkan pasukan tentera baru dan menggaji para penembak dari Eropah, anggota Janissari telah memberontak dan bertempur di jalan-jalan ibu kota Uthmaniyah, akan tetapi pasukan Sipahi yang lebih besar melawan dan memaksa mereka kembali pulang ke berek-berek tentera. Para sejarahwan Turki mendakwa pasukan yang menentang kor Janissari, sebuah pasukan yang besar dari segi bilangan, dikuasai oleh para penduduk yang membenci Janissari sejak bertahun-tahun.[4]

Sejarahwan mencadangkan bahawa Mahmud II sengaja mengapi-apikan pemberontakan dan memperincikannya sebagai "rampasan kuasa sultan ke atas Janissari". Sultan memaklumkan bahawa baginda menubuhkan pasukan tentera baharu, Sekban-ı Cedit, yang mana telah disusun dan dilatih bersama-sama berdasarkan struktur negara Eropah (yang mana pasukan tentera baharu juga akan dikuasai oleh orang Turki). Janissari melihat institusi mereka sebagai penting kepada kelangsungan hidup empayar Uthmaniyah, terutamanya kepada Rumelia, dan dahulunya telah memutuskan tidak akan membenarkan ia dibubarkan. Seperti dijangka, mereka memberontak dan bergerak menuju ke istana sultan. Mahmud II kemudian membawa keluar barangan Nabi dari perbendaharaan, bertujuan untuk menarik penganut Islam untuk berhimpun dan bersatu menentang Janissari.[6] Semasa penentangan ini, berek-berek Janissari telah dibakar oleh tembakan meriam menyebabkan lebih 4,000 anggota Janissary mati, dan ramai lagi yang mati semasa tentangan besar di jalan-jalan Constantinople (ibukota empayar Uthmaniyah, dan pusat pasukan Janissari). Anggota yang hidup sama ada melarikan diri atau dipenjara, dan harta benda mereka dirampas oleh sultan. Pada akhir tahun 1826, anggota Janissari yang ditawan, mewakili saki-baki pasukan ini, dihukum mati dengan kepala dipenggal di Kubu Thessaloniki yang kemudian dikenali dengan nama "Menara Darah" (kemudian sejak tahun 1912, dikenali sebagai Menara Putih). Kira-kira 100 orang Janissari melarikan diri ke Cistern of Philoxenos di mana ramai daripadanya mati lemas.[7]

Kejadian selepas peristiwa[sunting | sunting sumber]

Para pemimpin Janissari dihukum bunuh dan harta benda mereka telah dirampas oleh Sultan. Anggota-anggota Janissari yang muda dibuang negeri atau dipenjara. Beribu-ribu anggota Janissari terbunuh dan oleh itu menamatkan riwayat pasukan elit ini.[8][2] Kumpulan Sufi dari Ikatan Persaudaraan Bektaşi, sebuah teras institusi Janissari juga dibubarkan, dan para pengikutnya dihukum mati atau dibuang negeri. Sebuah kor moden baru, Asakir-i Mansure-i Muhammediye ("Tentera Muhammad Yang Menang") telah ditubuhkan oleh Mahmud II bagi mengawal Sultan dan mengantikan Janissari. Ramai anggota biasa Janissari, terutamanya yang tinggal di wilayah-wilayah luar mula mencetus pemberontakan dan menuntut autonomi. Kristian di kawasan Balkan menjadi musuh akan jiran Muslim mereka dan mula bersatu untuk menentang pasukan tentera Turki yang datang dari Constantinople.[perlu rujukan] Beberapa Janissari terselamat dengan kekal bersembunyi dan bekerja biasa.[8] Berikutan dengan kemusnahan Janissari, Mahmud II dengan serta merta telah memerintahkan periwayat istana, Mehmet Esad Efendi (sekitar 1789–1848), untuk merekod versi rasmi kejadian, Üss-i Zafer (Asas Kemenangan), yang mana dicetak di Constantinople pada tahun 1828 dan menjadi sumber utama untuk kisah-kisah Uthmaniyah lain pada zaman ini.[9] Peristiwa ini membawa kesan buruk kepada Muslim yang baru memeluk Islam [[:]] dan masyarakat mereka di Balkan, yang mana kehilangan keistimewaan mereka, oleh kerana pemberontakan yang tercetus di seluruh Rumelia, terutamanya di Bosnia dan Albania.[perlu rujukan]

Mengambil kesempatan kedudukan lemah ketenteraan di empayar Uthmaniyah berikutan peristiwa ini, empayar Rusia memaksa Uthmaniyah untuk menerima Konvensyen Akkerman pada 7 Oktober 1826.[10]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Goodwin, Jason (1998). Lords of the Horizons: A History of the Ottoman Empire. New York: H. Holt. m/s. 296–299. ISBN 0-8050-4081-1.
  2. ^ a b Kinross, pp. 456–457
  3. ^ Shaw, pp. 19–20
  4. ^ a b http://www.gozlemci.net/5611-vaka-i-hayriye-hayirli-olay.html
  5. ^ George F. Nafziger (2001). Historical Dictionary of the Napoleonic Era. Scarecrow Press. m/s. 153–54. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  6. ^ Finkel, Caroline (2005). Osman's Dream. John Murray. m/s. 435. ISBN 0-465-02396-7.
  7. ^ Barber, Noel (1973). The Sultans. m/s. 135–136. ISBN 0-671-21624-4.
  8. ^ a b Goodwin, pp. 296–299.
  9. ^ Levy, Avigdor. "The Ottoman Ulama and the Military Reforms of Sultan Mahmud II." Asian and African Studies 7 (1971): 13 - 39.
  10. ^ Charles and Barabara Jelavich The Establishment of the Balkan National States, 1804-1920, University of Washington Press, 1986. ISBN 0-295-96413-8. pp. 48-51

Rujukan[sunting | sunting sumber]