Perisytiharan Kaherah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perisytiharan Kaherah merupakan hasil dari Persidangan Kaherah di Kaherah, Mesir, pada 27 November 1943; persidangan tersebut dihadiri oleh Presiden Franklin Roosevelt dari Amerika Syarikat, Perdana Menteri Winston Churchill dari United Kingdom, dan Generalisimo Chiang Kai-shek dari Republik China.

Perisytiharan ini merupakan kesinambungan hasil idea Piagam Atlantik 1941 keluaran Pihak Berikat dalam Perang Dunia Kedua yang menetapkan matlamat bagi perintah pasca-perang perintah tersebut. Suatu kenyataan berkaitan perisytiharan ini (Cairo Communiqué) disiarkan melalui radio pada 1 Oktober 1943.[1]

Teks[sunting | sunting sumber]

"Beberapa misi ketenteraan telah mencapai kata sepakat mengenai operasi-operasi ketenteraan menentang Jepun pada masa akan datang. Ketiga-tiga Sekutu Besar (The Three Great Allies, iaitu Amerika Syarikat, Britain dan China) telah mengungkapkan azam mereka untuk mengenakan desakan tidak henti-henti terhadap musuh kejam mereka melalui laut, daratan dan udara. Desakan ini sudah pun semakin bertambah."

"Tiga Sekutu Besar sedang berjuang dalam perang ini untuk membendung dan menghukum pelanggaran Jepun. Mereka tidak memburu laba mahupun berniat untuk memperluas wilayah taklukan. Tujuan mereka adalah untuk melucutkan hak Jepun ke atas semua pulau di Pasifik yang dirampas atau didudukinya sejak bermulanya Perang Dunia Pertama pada 1914, dan memulangkan semua wilayah yang dirampas oleh Jepun dari China seperti Manchuria, Formosa (Taiwan) dan Pescadores (Penghu) kepada Republik China. Jepun juga akan diusir dari semua wilayah lain yang dirampasnya secara keganasan dan ketamakan. Ketiga-tiga kuasa besar tersebut yang mengenang penghambaan rakyat Korea telah berazam untuk memastikan bangsa Korea akan menjadi bebas dan merdeka apabila tiba masanya."

"Atas matlamat-matlamat inilah Ketiga-tiga Sekutu, seiringan dengan matlamat-matlamat Bangsa-Bangsa Bersatu yang memerangi Jepun, akan terus bersungguh-sungguh untuk mengusahakan operasi-operasi berat dan berpanjangan yang perlu untuk memperoleh penyerahan kalah Jepun tanpa syarat."[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Cairo Communiquè, December 1, 1943". Perpustakaan Diet Negara Jepun. 1 Disember 1943.
  2. ^ Text of Cairo Declaration, Government of Japan website

Pautan luar[sunting | sunting sumber]