Franklin Delano Roosevelt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Franklin Delano Roosevelt
FDRoosevelt.png

Tempoh jawatan
4 Mac 1933 – 12 April 1945
Naib Presiden John N. Garner (1933-1941),
Henry A. Wallace (1941-1945),
Harry S. Truman (1945)
Didahului oleh Herbert Hoover
Diganti oleh Harry S. Truman

Lahir 30 Januari 1882
Taman Hyde, New York
Meninggal dunia 12 April 1945
Warm Springs, Georgia
Bangsa Amerika Syarikat
Parti politik Parti Demokrat
Pasangan Eleanor Roosevelt
Religion Episkopal
Tandatangan

Franklin Delano Roosevelt (30 Januari 188212 April 1945) ialah Presiden Amerika Syarikat ke-32 yang berkhidmat antara tahun 1933 hingga tahun 1945, setelah dipilih sebanyak empat kali. Beliau merupakan Presiden yang tunggal untuk berkhidmat melebihi dua tempoh. Seorang tokoh utama dalam abad ke-20, beliau telah ditempatkan sebagai salah satu daripada tiga Presiden Amerika Syarikat yang terutama oleh tinjauan-tinjauan kesarjanaan.

Semasa Zaman Meleset pada dekad 1930-an, Roosevelt mewujudkan Tawaran Baru untuk memberi bantuan kepada penganggur-penganggur, serta untuk memulihkan ekonomi, dan membaharui sistem ekonomi. Warisan-warisannya yang paling terkenal termasuk sistem Keselamatan Sosial dan pengawalan Wall Street. Penggunaan kerajaan persekutuan yang aktif secara agresif memberi tenaga semula kepada Parti Demokratnya. Gabungan Tawaran Baru yang ditubuhnya menguasai politik Amerika sehingga dekad 1960-an. Bersama dengan isterinya, Eleanor, Roosevelt masih merupakan batu uji untuk liberalisme Amerika.

Pihak-pihak konservatif melawan balik, tetapi Roosevelt dapat mengatasi mereka dengan tekal sehingga 1937, ketika beliau mencuba meluluskan rang undang-undang untuk memberi kuasa kepada Presiden Amerika Syarikat untuk melantik seorang Hakim Mahkamah Agung tambahan bagi setiap hakim melebihi 70 tahun dan 6 bulan yang mengadili perbicaraan. Cadangan itu merupakan gerak balas terhadap Mahkamah Agung yang telah menterbalikkan banyak daripada langkah-langkah Tawaran Baru. Gabungan Konservatif yang baru kemudian berjaya mengakhiri pengembangan Tawaran Baru, dan menamatkan banyak rancangan seperti WPA ketika perang bermula.

Selepas tahun 1938, Roosevelt memimpin negaranya daripada faham pemencilan ketika dunia menuju ke arah Perang Dunia II. Beliau memberi banyak sokongan kepada Winston Churchill dan usaha perang British sebelum serangan Pelabuhan Pearl menolak Amerika Syarikat ke dalam pertempuran. Semasa peperangan, Roosevelt yang bekerja dengan rapat dengan pembantunya, Harry Hopkins, membekalkan pimpinan yang tegas terhadap Jerman Nazi dan menjadikan Amerika Syarikat sebagai pembekal senjata utama dan pembiaya kepada Pihak Berikat yang menewaskan Jerman, Itali, dan Jepun. Roosevelt menurunkan 16 juta orang askar ketika Amerika Syarikat menjadi Gudang Senjata Demokrasi.

Di dalam negara, tempoh Roosevelt memperlihatkan keakhiran pengangguran, pengembalian kemakmuran, cukai-cukai dan kawalan-kawalan baru yang penting, 120,000 orang Jepun dan Amerika-Jepun dihantar ke kem-kem penempatan semula, serta peluang-peluang baru yang dibuka kepada orang-orang Amerika Afrika dan wanita-wanita. Ketika Pihak Berikat hampir mencapai kemenangan, Roosevelt memainkan peranan yang penting untuk membentuk dunia selepas perang, khususnya melalui Persidangan Yalta, dan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Roosevelt meninggal dunia pada hari sebelum kemenangan dalam Perang Dunia II dan diwarisi oleh Naib Presiden Harry S. Truman.

Pentadbiran Roosevelt mentakrifkan semula istilah liberalisme untuk generasi-generasi yang berikut dan menjajarkan semula Parti Demokrat, berdasarkan gabungan Tawaran Barunya, pada buruh, minoriti etnik dan ras, Selatan, jentera-jentera bandar raya, serta orang-orang miskin.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikisource

Ucapan dan petikan: audio dan transkrip[sunting | sunting sumber]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]