Periuk api bertrek Goliath

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Periuk api bertrek Goliath kawalan jauh.

Periuk api bertrek Goliath - nama lengkap dalam bahasa Jerman : Leichter Ladungsträger Goliath (Sd.Kfz. 302/303a/303b) - adalah kenderaan pemusnah kawalan jauh jurutera jerman, yang juga dikenali sebagai kereta kebal kumbang ("beetle tank" oleh pihak Berikat).

Digunakan oleh Wehrmacht semasa Perang Dunia Kedua, kenderaan bertrek ini sekitar 4 kaki (1.2 m) panjang, 2 kaki (0.61 m) lebar, dan 1 kaki (0.30 m) tinggi. Ia membawa 75–100 kilograms (165–220 lb) bahan letupan tinggi dan bertujuan untuk pelbagai kegunaan, seperti memusnahkan kereta kebal, mengganggu pertahanan infantri, mengucar-kacir formasi padat tentera pejalan kaki, dan memusnahkan bangunan dan jambatan.

Pembangunan dan kegunaan[sunting | sunting sumber]

Tentera British dengan periuk api Goliath bertrek Jerman yang ditawan.
Goliath, versi pacuan eletrik (Sd.Kfz. 302)

Pada akhir tahun 1940, selepas mendapat kenderaan bertrek kecil prototaip yang dibangunkan oleh pereka kenderaan Perancis, Adolphe Kégresse dari Sungai Seine, pegawai perbekalan ("ordnance") Wehrmacht mengarahkan syarikat kereta Carl F.W. Borgward dari Bremen, Jerman untuk membangunkan kenderaan yang serupa bertujuan membawa minima 50 kg bahan letupan. Hasilnya adalah SdKfz. 302 (Sonderkraftfahrzeug, ‘kenderaan tujuan khas’), dinamakan Leichter Ladungsträger (‘penggangkut caj ringan), atau Goliath, yang membawa 60 kg bahan letupan. Sebagaimana yang anda boleh lihat di video ini yang dihasilkan oleh tentera Amerika Syarikat, kenderaan dipancu jarak jauh melalui kotak kawalan kayu ria menggunakan kawalan radio. Kotak kawalan dilekatkan pada Goliath melalui tiga utas kabel bersambung pada bahagian belakang kenderaan bagi membekalkan kuasa kepada versi pacuan eletrik. Dua utas digunakan bagi mengerakkan dan memandu Goliath, dan yang ke tiga bagi peletup. Goliath memiliki 650 m kabel. Setiap Goliath adalah pakai buang, bertujuan diletupkan bersama sasaran. Model awal Goliaths menggunakan motor eletrik tetapi, ia mahal untuk dihasilkan (3000 Reichsmarks) dan sukar dibaiki dalam persekitaran tempur, model berikutnya (dikenali sebagai SdKfz. 303) menggunakan enjin petrol yang lebih mudah lebih boleh diharap.

Goliaths digunakan di semua perbatasan di mana Wehrmacht bertempur, bermula pada musim bunga 1942. Ia digunakan terutamanya oleh unit Panzer khas dan unit jurutera tempur. Goliaths digunakan paling meluas semasa Kebangkitan Warsaw tahun 1944, ketika unit Wehrmacht dan SS digunakan bagi menghancurkan tentangan sengit Poland oleh Tentera Rumah Polish ("Polish Home Army" - Armia Krajowa). Oleh kerana Poland hanya memiliki senjata anti-kereta kebal yang terhad, sukarelawan sering dihantar bagi memotong kabel pemerintah Goliath sebelum ia sampai pada sasarannya. beberapa Goliaths juga dapat dilihat di pantai Normandy semasa D-Day, sungguhpun kebanyakannya tidak berfungsi akibat letupan artileri memotong kabel pemerintah mereka.

Sungguhpun keseluruhan 7,564 Goliaths di hasilkan, senjata sekali guna tidak dianggap berjaya kerana kos satu unit yang mahal, perlahan (hanya sekitar 6 mph, atau 9.5 km/h), melepasi halangan yang lemah (sekadar 11.4 sentimeter), kabel pemerintah yang terdedah dan perisai nipis yang gagal melindungi bom kawalan jauh dari sebarang bentuk senjata anti kereta kebal. Bagaimanapun, Goliath membantu meletakkan asas kepada teknologi kenderaan kawalan jauh selepas Perang Dunia Kedua.

Contoh yang terselamat[sunting | sunting sumber]

Goliath yang terselamat disimpan di Muzium Perang Kanada, Muzium Perbekalan Tentera Amerika Syarikat, Muzium Kereta kebal Bovington dan Muzium REME di UK, Muzium Kalavari Belanda, Muzium Kereta kebal Kubinka, Muzium Tentera Poland dan Deutsches Panzermuseum di Jerman.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Chamberlain, Peter, and Hilary Doyle (1999). Encyclopedia of German Tanks of World War Two, 2nd ed. London: Arms & Armour. ISBN 1-85409-214-6.
  • Jaugitz, Markus (2001). Funklenkpanzer: A History of German Army Remote-and Radio-Controlled Armor Units, trans. David Johnston. Winnipeg, Manitoba: J.J. Fedorowicz Publishing, Inc. ISBN 0-921991-58-4.
  • Jentz, Thomas L. Panzer Tracts, No. 14: Gepanzerte Pionier-Fahrzeuge (Armored Combat Engineer Vehicles, Goliath to Raeumer). S. Darlington, Maryland: Darlington Productions. ISBN 1-892848-00-7
  • Morison, Samuel Eliot (1957). History of United States Naval Operations in World War II vol. 11. Boston, Mass.: Atlantic Monthly Press. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]