Perjanjian Anti-Peluru Berpandu Balistik
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perjanjian Anti-Peluru Berpandu Balistik merupakan satu perjanjian yang ditandatangani oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet tentang penghadan sistem peluru berpandu anti balistik yang digunakan dalam mempertahankan kawasan daripada serangan peluru berpandu yang membawa kepala peledak nuklear.
Perjanjian ini telah ditandatangani pada 26 Mei 1972, oleh Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon dan Setiausaha Agung Parti Komunis Kesatuan Soviet Leonid Brezhnev. Ia telah dikuatkuasakan selama 30 tahun sehingga 2002 apabila Amerika Syarikat secara sebelah pihak menarik diri daripada perjanjian ini.