Permainan adu nasib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Permainan adu nasib merujuk kepada jenis permainan yang mana hasilnya sangat dipengaruhi oleh alat perawakan, serta di mana pemain mungkin mempertaruhkan atau tidak wang ataupun apa saja yang bernilai. Alat perawakan yang lazim digunakan termasuklah dadu, gasing, daun terup, roda rolet ataupun bebola bernombor yang dicabut daripada bekas.

Sebarang bentuk permainan adu nasib yang melibatkan pertaruhan nilai wang adalah judi. Oleh itu, kesemua jenis perjudian adalah permainan adu nasib, tetapi tidak semua permainan adu nasib adalah perjudian.

Perjudian dikenal pasti wujud pada hampir kesemua lapisan masyarakat, walaupun banyak negara telah menguatkuasakan undang-undang larangan judi. Masyarakat pada zaman dahulu menggunakan tulang kambing biri-biri sebagai dadu. Sesetengah orang membentuk tabiat ketagihan berjudi sehingga sanggup mempertaruhkan walaupun makanan, pakaian serta tempat tinggal untuk terus berjudi.

Sesetengah permainan adu nasib mungkin melibatkan pengetahuan kemahiran permainan. Ia adalah benar di mana pemain perlu membuat keputusan berdasarkan pengetahuan yang lepas atau yang tidak lengkap, seperti permainan poker dan blackjack. Perbezaan antara 'nasib' dan 'kemahiran' adalah relevan memandangkan sesetengah negara mengharamkan atau setidak-tidaknya mengawal permainan adu nasib, manakala permainan adu kemahiran pula tidak diharamkan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.