Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim UPNM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim
Maklumat umum
JenisPerpustakaan universiti
Ditubuhkan1995
No. telefon03-9051 3400
Koleksi
Saiz koleksi200,000 naskah buku
Pengurusan
PengarahMohammed Dzulkarnain Abdul Karim
Lokasi
LokasiUniversiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur
Malaysia Malaysia
CawanganPerpustakaan HATT Mizan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim atau singkatannya PJTI merupakan perpustakaan universiti bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Perpustakaan ini bermula sebagai Perpustakaan Akademi Tentera Malaysia pada tahun 1995 sebelum menjadi Perpustakaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia selaras dengan pewartaan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) kepada berstatus penuh universiti. Pada Disember 2011, Y.B. Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menyempurnakan perasmian nama Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan telah mula beroperasi pada 1 Jun 1995 sebagai perpustakaan utama Akademi Tentera Malaysia (kini, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia). Bermula 10 November 2006, perpustakaan yang dahulunya dikenali sebagai Perpustakaan ATMA telah menukar namanya menjadi Perpustakaan UPNM selaras dengan pengumuman Y.A.B. Perdana Menteri pada ketika itu untuk memberi status universiti kepada ATMA. Pada 10 Januari 2011, bangunan baharu perpustakaan (bangunan sekarang) telah mula beroperasi dan dibuka kepada para pengguna. Sebelum ini, perpustakaan terletak di tingkat empat dan lima Bangunan Bestari. Pada 9 Jun 2011, Lt Jen Dato' Wira Allatif Bin Mohd Noor, Naib Canselor UPNM pada ketika itu, telah melakukan pra-perasmian bangunan sebelum 15 Disember 2011, perasmian nama Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamid pada ketika itu.

Jeneral Tun Ibrahim Bin Ismail merupakan Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia yang ketiga.[1] Beliau turut pernah menulis dua buah buku iaitu Sudahkah Kamu Bertemu Mariam yang diterbitkan pada tahun 1984 mengenai pengalaman beliau ketika Perang Dunia Kedua; dan Ibrahim, Pahlawan Melayu iaitu mengenai seluruh kisah kerjaya beliau ketika era menjelang Kemerdekaan hinggalah beliau bersara. Selain itu, Jeneral Tun Ibrahim juga merupakan penerima pertama Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengajian Strategik) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia semasa Konvokesyen Pertama UPNM yang berlangsung pada 10 Oktober 2010.

Falsafah perpustakaan[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadi sebuah perpustakaan ketenteraan primer yang terbilang di peringkat nasional dan antarabangsa dalam memacu pengurusan sumber maklumat pendidikan sains pertahanan dan penyelidikan ketenteraan.

Misi[sunting | sunting sumber]

Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan serta sumber ilmu yang berkualiti dan menepati keperluan warga Universiti.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Menyediakan koleksi bahan-bahan rujukan pembelajaran dan penyelidikan serta bahan bacaan tambahan.
  • Berusaha memenuhi keperluan maklumat universiti dan proses penyebaran maklumat.
  • Menyediakan sistem yang efektif dalam pengurusan perpustakaan.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

  • Membangunkan koleksi maklumat Sains Pertahanan, Sains Teknologi, Perubatan dan Kesihatan Pertahanan yang komprehensif dan global.
  • Menyediakan prasarana teknologi maklumat yang terkini bagi tujuan penyebaran maklumat secara efisien dan efektif.
  • Memberi sokongan kepada proses penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran.
  • Menyediakan prasarana yang kondusif dalam proses pembelajaran di dalam Perpustakaan.
  • Memelihara repositori ilmiah Universiti.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Beberapa buah kemudahan asas perpustakaan tersedia untuk kegunaan pengguna, antaranya:

  • Katalog dalam talian Perpustakaan
  • Ruang bacaan terbuka
  • Bilik perbincangan
  • Makmal multimedia
  • Bilik auditorium
  • Loker penyimpanan barang
  • Meja karel
  • Ruang bacaan santai
  • Kemudahan fotostat dan cetakan
  • Bilik Pasca Siswazah
  • Mesin pinjaman layan diri
  • Mesin gelongsor buku
  • Kemudahan wifi
  • Saluran Astro

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

  • Perkhidmatan sirkulasi
  • Perkhidmatan penasihat pembaca
  • Perkhidmatan rujukan dalam talian
  • Sesi literasi maklumat
  • Pinjaman antara perpustakaan
  • Perkhidmatan pembekalan dokumen
  • Pameran perpustakaan
  • Perkhidmatan media
  • Pustakawan penghubung

Waktu operasi[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 07:30 pagi sehingga 11:00 malam; kecuali pada hari Jumaat ditutup sebentar pada jam 12:15 tengah hari sehingga 02:45 petang. Perpustakaan tidak dibuka pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum kecuali pada minggu ulangkaji dan peperiksaan.

Perpustakaan HATT Mizan[sunting | sunting sumber]

Bermula 2016, pihak Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATT Mizan) telah memberi kebenaran kepada pihak perpustakaan bagi menguruskan perpustakaan di hospital tersebut bagi kegunaan warga Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan UPNM dan juga warga hospital. Perpustakaan ini dibuka dari jam lapan pagi sehingga jam lima petang dari hari Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum.

Selain Perpustakaan HATT Mizan, koleksi rujukan berkaitan perubatan turut terdapat di aras tiga PJTI.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Obituary:Tun Ibrahim Ismail". Daily Telegraph. 26 Jan 2011. Dicapai pada 30 Jan 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]