Persatuan Industri Rakaman Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Persatuan Industri Rakaman Jepun
ڤرساتوان ايندوستري راقمن جڤون
一般社団法人日本レコード協会
Kerangka
KependekanRIAJ
Jenis/bentuk sahPertubuhan Sunting ini di Wikidata
Keanggotaan (2021)18 anggota utama, 20 anggota bersekutu dan 24 anggota sokongan[1]
Anggota bagiArts and Culture Forum Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.riaj.or.jp Sunting ini di Wikidata
Twitter: riaj_prinfo Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan30 April 1942; 81 tahun yang lalu (1942-04-30)
Pengurusan
Pengerusi dan CEOShunsuke Muramatsu (Sony Music)
Naib pengerusiShinji Hayashi (Avex Inc.)
Naoshi Fujikura (Universal Music)
Takashi Yoshimura (Pony Canyon)
Kazuyuki Kobayashi (Warner Music)
Pengarah urusan kanan dan COOYasuharu Hara
Pengarah urusan dan ketua pengarahYoichiro Hata
Lokasi
Map
Ibu pejabatKita-Aoyama, Minato, Tokyo
Lokasi
Koordinat35°40′09″N 139°44′41″E / 35.669189°N 139.744656°E / 35.669189; 139.744656
Catatan kaki
[2]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Persatuan Industri Rakaman Jepun (RIAJ) merupakan kumpulan perdagangan yang terdiri daripada perbadanan-perbadanan yang terlibat dengan industri muzik. RIAJ dibentuk pada tahun 1942 sebagai Persatuan Kebudayaan Rakaman Fonogram Jepun dan mengguna pakai namanya yang terkini pada 1969. Beribu pejabat di Minato, Tokyo, RIAJ dianggotai oleh 18 syarikat ahli dan beberapa anggota bersekutu dan sokongan lain;[1] sesetengah syarikat anggota merupakan cawangan di Jepun bagi perbadanan berbilang negara yang beribu pejabat di tempat lain.

Antara kegiatan RIAJ termasuklah mempromosikan jualan muzik, penguatkuasaan undang-undang hak cipta, kajian mengenai industri muzik di Jepun serta bertanggungjawab dalam memberi pengiktirafan terhadap album dan single di Jepun. Persatuan ini juga menerbitkan buku tahunan RIAJ, suatu ringkasan perangkaan jualan muzik hujung tahun serta mengedarkan pelbagai data yang lain.

Pengiktirafan RIAJ[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1989, Persatuan Industri Rakaman Jepun memperkenalkan sistem pengiktirafan rakaman muzik dan ia diberikan berdasarkan pada angka-angka penghantaran cakera padat atau pita kaset yang dilaporkan oleh syarikat-syarikat rakaman. Pada prinsipnya, kriteria tersebut diguna pakai secara terhad untuk karya yang dilancarkan selepas 21 Januari 1989.

Jenis pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Buat masa kini, kesemua jualan muzik termasuklah single, album, single muat turun digital adalah di dalam kriteria yang sama. Tidak seperti kebanyakan negara yang lain, pengiktirafan tertinggi yang diberikan adalah "Juta".

Nilai ambang bagi setiap pengiktirafan
Emas Platinum 2× Platinum 3× Platinum Juta Berjuta-juta
100,000 250,000 500,000 750,000 1,000,000 2,000,000+

Kriteria lama (sehingga Jun 2003)[sunting | sunting sumber]

Sebelum penyatuan kriteria dan pengenalan kategori video muzik pada Julai 2003, suatu skala berasingan telah digunaa pakai untuk memberi pengiktirafan.[3]

Format Jenis Nilai ambang bagi setiap pengiktirafan[3]
Emas Platinum 2x Platinum Juta 3x Platinum 4x Platinum
Album Domestik 200,000 400,000 800,000 1,000,000 1,200,000 1,600,000
Antarabangsa 100,000 200,000 400,000 600,000 800,000
Single Domestik 200,000 400,000 800,000 1,200,000 1,600,000
Antarabangsa 50,000 100,000 200,000 300,000 400,000

Pengiktirafan digital[sunting | sunting sumber]

Pengiktirafan bagi lagu dan album yang dilancarkan secara digital bermula pada 20 September 2006 dengan menggunakan data muat turun yang dikumpul sejak awal 2000-an. Dari tahun 2006 hingga 2013, terdapat tiga kategori untuk pengiktirafan ini iaitu nada benar, nada benar penuh dan muat turun PC untuk lagu-lagu yang dibeli pada perkhidmatan dalam talian seperti iTunes. Pada 28 Februari 2014, kategori nada benar penuh dan PC digabungkan kepada kategori runut single.[4]

Format Nilai ambang bagi setiap pengiktirafan[4]
Emas Platinum 2x Platinum 3x Platinum Juta
Nada benar (R) 500,000 750,000 1,000,000
Runut single 100,000 250,000
Album

Penstriman sahaja[sunting | sunting sumber]

Setakat April 2020,[5] RIAJ telah mula memberi pengiktirafan kepada penstriman lagu, seperti yang dilakukan pada penghantaran fizikal dan jualan muat turun digital. Tidak seperti format penghantaran fizikal dan jualan muat turun digital, pengiktirafan penstriman mempunyai peringkatnya tersendiri kerana jumlahnya yang lebih tinggi berbanding format lain. Data penstriman tersebut diperoleh daripada pemberi perkhidmatan muzik dalam talian seperti Amazon Music Unlimited, Apple Music, AWA, d Music, Google Play Music, HMVmusic, KKBOX, Line Music, Rakuten Music, RecMusic dan Spotify.[6]

Nilai ambang bagi setiap pengiktirafan[5][6]
Perak Emas Platinum Berlian
30,000,000 50,000,000 100,000,000 500,000,000

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "会員社" [Syarikat anggota] (dalam bahasa Jepun). Persatuan Industri Rakaman Jepun. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2021. Dicapai pada 28 November 2021.
  2. ^ "Board of Directors" [Lembaga Pengarah] (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Industri Rakaman Jepun. Jun 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Julai 2021. Dicapai pada 28 November 2021.
  3. ^ a b "THE RECORD: 2003.07 No.524" [Rakaman: 2003.07 No. 524] (dalam bahasa Jepun). Persatuan Industri Rakaman Jepun. 10 Julai 2003. Dicapai pada 28 November 2021.
  4. ^ a b 音楽配信認定の基準 [Kriteria Pengiktirafan Muzik Digital] (dalam bahasa Jepun). Persatuan Industri Rakaman Jepun. 28 Februari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2014. Dicapai pada 6 Mac 2014.
  5. ^ a b ストリーミング認定 [Pengiktirafan penstriman] (dalam bahasa Jepun). Persatuan Industri Rakaman Jepun. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 26 Jun 2020.
  6. ^ a b Ronald. "The Recording Industry Association of Japan Debuts Certifications for Streaming" [Persatuan Industri Rakaman Jepun memperkenalkan pengiktirafan untuk penstriman] (dalam bahasa Inggeris). あらま! Japan. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2020. Dicapai pada 28 November 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]