Pertempuran Algeciras

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pertempuran Algeciras bermula pada 8 Julai 1801, antara tujuh kapal baris hadapan ships of the line, satu frigate dan satu brig skuardon British di bawah pemerintahan Laksamana Sir James Saumarez, dan skuardon Perancis tiga kapal perang baris hadapan dan satu frigate di bawah pemerintahan Laksamana Linois. Pihak Perancis dibantu oleh bot meriam Sepanyol dan meriam pantai, dan Saumerez kehilangan Hannibal, yang terdampar ke pantai, dan ditawan oleh pihak Perancis. Pihak British kehilangan 121 terbunuh dan 240 tercedera, pihak Perancis pula mengalami 306 terbunuh.

Pada 12 Julai, skuardon Perancis, yang menerima bantuan lima kapal Sepanyol semasa itu, sekali lagi diserang oleh Saumerez, yang berjaya menawan St Antoine dan meletupkan Hermenegilda. Pihak British kehilangan 17 terbunuh dan 100 tercedera; pihak berikat, 2,000, kebanyakannya dari Hermenengilda.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]