Pertempuran Sungai Hydaspes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pertempuran Sungai Hydaspes
Sebahagian daripada the Wars of Alexander the Great
Le Brun, Alexander and Porus.jpg
Lukisan oleh Charles Le Brun menggambarkan Iskandar Zulkarnain dan Porus semasa Pertempuran Hydaspes
Maklumat am
Tarikh 326 BC
Lokasi Berhampiran Sungai Hydaspes (kini dikenali sebagai Sungai Jhelum)
Hasil Macedonian Pyrrhic victory[1]
Pihak yang berperang
Empayar Macedonian
penyokong Yunani
penyokong Empayar Persian
penyokong India
Paurava
(Kerajaan India Punjabi )
Komander dan pemimpin
Iskandar Zulkarnain Agung
Craterus
Raja Porus
Kekuatan
34,000 infantri,[2][3][4]
7,000 kalavari[5][6]
20,000 infantry,[7]
2,000 cavalry,[7]
85 war elephants,[8][9]
60 pedati[10]
Kerugian dan kehilangan
4,000 infantry killed,[11]
280 kalaveri terbunuh,[12]
8,000 tercedera[13]
12,000 infantry killed,[14]
400 cavalry killed,[10]
9,000 captured[14]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Pertempuran Sungai Hydaspes merupakan pertempuran yang berlaku antara Iskandar Zulkarnain Agung pada 326 BC menentang Raja Punjab, Porus (Pururava atau Purushotthama dalam Sanskrit) di Sungai Hydaspes (kini Sungai Jhelum) dalam daerah Punjab di India purba, berhampiran Bhera kini di Pakistan. Kerajaan Paurava bawah Raja Porus terletak dalam daerah Punjab yang kini merupakan Pakistan moden (lihat Pakistan Punjab). Hydaspes merupakan pertempuran utama terakhir yang disertai oleh Iskandar Zulkarnain. Sungguhpun menang, tentera Iskandar Zulkarnain yang keletihan, memberontak dan enggan mara lebih jauh ke dalam India. Tenteranya melihat penggunaan gajah perang buat kali pertama selepas bertahun semenjak Pertempuran Gaugamela. Raja Porus dan tenteranya menentang dengan sengit menentang tentera Macedonian yang sehinggakan dikagumi dan dihormati oleh Iskandar Zulkarnain.[15]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Pertempuran ini berlaku pada tebing timur Sungai Hydaspes, (kini dikenali sebagai Sungai Jhelum, anak Indus) berhampiran Bhera, Pakistan.

Awalan[sunting | sunting sumber]

Selepas Zulkarnain menewaskan baki Empayar Achaemenid bawah Bessus dan Spitamenes pada tahun 328 BC, dia memulakan kempen baru terhadap pelbagai raja India pada 327 BC. Sesetengah penyelidik meletakkan pasukan penjajah sebagai seramai 135,000 tentera,[4] sementara yang lain meletakkan anggaran pasukan pejuang sekitar 41,000[2] atau 46,000.[3]

Pasukan utama memasuki apa yang kini dikenali sebagai Pakistan moden melalui Genting Khyber, tetapi pasukan lebih kecil di bawah pemerintahan lansung Zulkarnain masuk melalui laluan utara, menundukkan kubu di Aornos (hari ini Pir-Sar, Pakistan) dalam perjalanannya. Pada awal musim bunga tahun berikutnya, dia menggabungkan pasukannya dan bersekutu dengan Taxiles (juga Ambhi), Raja Taxila, menentang jirannya Raja Hydaspes.


Pertempuran[sunting | sunting sumber]

Zulkarnain menyeberangi sungai Hydaspes

Porus menduduki tebing kiri SUngai Hydaspes, dan bersedia untuk mengundurkan sebarang cubaan menyeberang. Sungai Hydaspes cukup dalam dan laju sehinggakan sebarang cubaan menyeberang yang ditentang kemungkinannya akan memusnahkan keseluruhan pasukan menyerang. Zulkarnain menyedari bahawa menyeberang secara langsung akan gagal, dengan itu dia cuba mencari titik menyeberang. Zulkarnain mengerakkan pasukan berkudanya naik turun sepanjang sungai setiap malam, dengan diekori Porus. Akhirnya, Zulkarnain menjumpai tempat menyeberang yang sesuai, sekitar 17 batu ke hulu kemnya. Rancangannya adalah pergerakan mengepit klasik: meninggalkan jeneral Craterus dibelakang dengan sebahagian besar tenteranya sementara Zulkarnain menyeberangi sungai di hulu dengan bahagian kuat tenteranya, kemungkinannya terdiri dari 10,000 infantri dan 5,000 kuda. Craterus pula akan meranduk sungai dan menyerang sekiranya Porus menyerang Zulkarnain dengan keseluruhan tenteranya, tetapi akan kekal ditempatnya sekiranya Porus menyerang hanya dengan sebahagian tenteranya.

Zulkarnain secara senyap-senyap mengerakkan sebahagian tenteranya ke hulu dan kemudian menyeberang. Dia mendarat di atas pulau, bagaimanapun, menyeberang kesebelah sana sungai. Untuk menentang ancaman baru, Porus menghantar sekumpulan kecil tentera kalavari dan berkereta kuda di bawah pemerintahan anaknya untuk menghalang penyeberangan sungai tersebut. Pasukan kecil itu dengan mudah dipatahkan, dan anak Porus turut terbunuh. Porus kini menyedari bahawa pasukan menyeberang adalah lebih besar dan memutuskan untuk menanganinya dengan sebahagian besar tenteranya. Dia meninggalkan sebahagian kecil tentera untuk menganggu pendaratan tentera Craterus yang sedang menyebarangi sungai tersebut.

Ketika pertempura bermula, kalavari Macedonian sebenarnya terletak disebelah kanan barisan, tetapi Zulkarnain menghantar sepasukan kalavari untuk mengelilingi kebelakang tentera India dan menyerang mereka dari belakang. Tentera India bersedia dengan pasukan kalavari dikedua hadapan, gajah perang di hadapan, dan pasukan infantri dibelakang gajah.

Gajah perang ini menimbulkan satu keadaan yang amat sukar bagi Zulkarnain. Kebanyakan kejayaannya di medan perang adalah disebabkan keupayannya untuk memisahkan barisan musuh dan menyelit pasukan kalavari Teman khasnya melalui bukaan tersebut. Taktik ini telah digunakan dengan jayanya dalam Pertempuran Issus dan Pertempuran Gaugamela. Bagaimanapun, gajah India menakutkan kuda Macedonian. Hanya sedikit bau haiwan yang menakjubkan ini memaksa Zulkarnain mengubah strateginya.

Zulkarnain memulakan pertempuran dengan menghantar pasukan panah berkuda untuk menhujani kalavari sayap kiri India. Selepas itu, dia mengepalai serbuan biasa keatas kalavari sayap kiri yang dilemahkan. Sebagaimana dijangka, kalavari sayap kanan India memecut kesebelah sayap kiri untuk membantu kalavari yang diserang. Pada ketika ini, Zulkarnain menghantar pegawai Coenus dengan kalavari untuk samaada menyerang sayap kiri India dengan mengelilingi di belakang musuh, atau menyerang kalavari India selepas mengacah sayap kanan India. Dengan itu, Zulkarnain mampu memusnahkan kalavari India sementara mengurangkan pendedahan tentera berkudanya kepada gajah perang India. Sekiranya kalavari India tidak dimusnahkan, mereka mampu membahayakan formasi Phalanx dalam pertempuran berikutnya, dan kuda Macedonian mungkin tidak mampu membantu tentera bejalan kaki melawan kalavari India akibat jarak dekat dengan gajah.

Gabungan serangan kalavari dan infantri

Sementara itu, Macedonian phalanxes telah mara untuk menyerang rerbuan gajah perang, yang dihentikan, sungguhpun dengan kemalangan jiwa infantri yang besar. Macedonians akhirnya mengepong pasukan India, yang terpaksa menyerah diri beramai-ramai.

Porus merupakan salah seorang daripada India yang dikagumi Zulkarnain. Tercedera di bahu, berdiri setinggi tujuh kaki, tetapi masih berdiri, ditanya oleh Zulkarnain bagaiman dia hendak dilayan. "Layan beta, O Zulkarnain, sebagai raja" jawab Porus.[16]

< P style= "MARGIN: 0px">

Kerugian yang dialami oleh pihak Macedonia bagi pasukan kalavari adalah jauh lebih rencah berbanding infantri, dengan hanya 280 terbunuh. Zulkarnain kehilangan sehingga 4,000 orang askar pejalan kaki, kebanyakannya pasukan phalanx,[11] sementara secara keseluruhan 12,000 tenteranya tercedera.[13] Mereka menghadapi kebanyakan serangan gajah, kerana kuda pasukan berkuda enggan menghampiri gajah tersebut. Pihak India mengalami kematian sehingga 12,000 dan 9,000 tahanan.

Keputusan dan kesan[sunting | sunting sumber]

Keberanian dan kemahiran perang Porus mengkagumkan Zulkarnain. Sungguhpun kalah, Zulkarnain tidak membunuh Porus dan membenarkan dia memerintah Hydaspes di atas nama Zulkarnain. Ini merupakan tempat terjauh Zulkarnain pergi kerana tenteranya enggan meneruskan kempen selepas melihat keupayaan pemusnah gajah perang dalam pertempuran dan setelah bertempur selama lapan tahun secara berterusan.

Ini bukanlah pertama kali samaada orang-orang Persia atau Macedonia melihat gajah perang. Terdapat 15 ekor gajah perang dalam tentera Darius di Gaugamela tetapi ia kelihatannya tidak memberi kesan besar dalam pertempuran. Pertempuran SUngai Hydaspes mungkinlah kali pertama mereka melihat serangan serbuan gajah. Pertempuran menentang serangan raksaksa (pachyderms) ini dikatakan mempunyai kesan psikologi terhadap tentera Zulkarnain, terutamanya tentera phalanxes. Keupayaan mereka bertahan serangan gajah perang merupakan bukti kemahiran dan displin mereka sebagai tentera.

Selepas itu, Zulkarnain mengasaskan bandar Nikaia, yang terletak di tapak pertempuran, (Kemenangan) bagi mengingati pertempuran tersebut. Dia kemudian mengasaskan bandar Bucephala, sebagai tanda ingat kepada kuda kesayangannya Bucephalus.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

Silam[sunting | sunting sumber]

Moden[sunting | sunting sumber]

  • Fuller, John (1960). The Generalship of Alexander the Great. New Jersey: De Capo Press.
  • Green, Peter (1974). Alexander of Macedon: A Historical Biography.
  • Manav Guha (2005). Porus and Alexander: The Battle of the Jhelum 327-326 BC. Orders of Battle. General Data LLC.
  • Harbottle, Thomas Benfield (1906). Dictionary of Battles. New York.
  • Rogers, Guy(2004).Alexander:TheAmbiguityofGreatness.NewYork:RandomHouse.
    *Welman,Nick.Battles (Major) and Army. Fontys University.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Welman
  • 2.0 2.1 Welman menganggarkan 41,000tentera keseluruhannya.
  • 3.0 3.1 Guha menganggarkan 46,000 tentera keseluruhannya.
  • 4.0 4.1 Harbottle menganggarkan setinggi 135,000 tentera keseluruhannya.
  • Arrian 5.18.3 menganggarkan 5,000 kalavari di bawahcavalry under Alexander's command.
  • Fuller estimates a further 2,000 cavalry under Craterus' command.
  • 7.0 7.1 Plutarch 62.1
  • Curtius 8.13.6
  • Metz Epitome 54
  • 10.0 10.1 Plutarch 60.5
  • 11.0 11.1 Green
  • Diodorus 17.89.3
  • 13.0 13.1 Welman dan Guha mengangarkan sekitar 12,000 tentera dalam pasukan Macedonian terbunuh atau tercedera.
  • 14.0 14.1 Diodorus 17.89.1-2
  • Fuller, p.198
  • Rogers, p.200